Study la wei!

Teguran dari mata yang memandang

Salam semua, ni adalah email yang saya post di group perubatan mesir tapi tidak disiarkan. Bila anda baca post nih baru anda tahu kenapa tak disiarkan, biasalah, benda yang benar dan pahit ni memang tak boleh diterima orang, namun saya siarkan semula, berpijak pada bumi nyata, berfikirlah secara bijaksana.

Salam semua, tidak lambat untuk menyatakan di sini selamat hari raya, semoga segala salah dan silap, terlaser sana sini secara sedar atau tidak, dapat dimaafkan dan bermulanya lembaran baru bagi menghadapi tahun seterusnya sebagai pelajar perubatan.

Selamat menghadapi peperiksaan akhir bagi abang2 dan kakak2 yang sudah tentunya sedang bertungkus lumus ketika ini untuk menjamah saki-baki ilmu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir yang tentunya mencabar dari segi pengetahuan, psychology, kesihatan, rohani dan rezeki. Sama-sama kami doakan yang terbaik dan jejak langkah kejayaan abg2 dan kakak2 dapat kita ikuti.

Tahniah pula diucapkan kepada sahabat2 yang telah melalui tahun ini dengan mendapat kejayaan gemilang. Semoga kejayaan ini dalam keberkatannya dan memantapkan jati diri dengan sifat tawaduk dan zuhud.

Berbalik kepada niat utama email ini ditulis, semoga semua dapat menerima pandangan ini secara professional dan lekatkan dalam minda masing-masing.

System pembelajaran di Mesir agak berlainan berbanding tempat lain. We have to adapt at our best in order to survive.

Apabila terdengar berita ada sahabat-sahabat yang gagal naik tahun, adik-adik yang kena hantar balik malaysia, sedih hati bagi mana-mana senior yang mendengarnya.

Entah mana silapnya?Lalai? Asyik main DOTA? Tidur banyak? Tak pergi kuliah? Asyik berjalan ajer atau bawa kawan2 berjalan? Sibuk buat website perubatan? Ke sibuk nk berbini atau berlaki? Wallahu alam. Kita tak duduk sama dengan diorang maka hal sebenar tak diketahui. Hanya empunya diri mampu menilai diri sendiri.

Secara kasarnya cubalah disiplinkan diri masing-masing untuk komited belajar sikit. Ibu bapa dan ahli keluarga punyalah mengharap. Kalau tahun satu nak pergi mesir tu menangis-nangis ahli keluarga di klia nak melepaskan kita pergi berjihad kat Mesir ni. Dah sampai sini, lain pulak dibuatnya!!

Cuba belajar sungguh-sungguh waktu kuliah ni. Fokus kat study betul2. Biarlah orang nak cakap kita takde life pun. Kita sendiri yang menentukan makna life kita sendiri. Orang lain hanya pandai cakap ajer. Habuk pun tak ada. Kita hanya buat yang terbaik. Allah sukakan muslim yang kuat berbanding yang lemah. Jadi belajar betul2. Mantapkan ilmu kedoktoran kerana itu tujuan utama datang sini. Barulah Allah suka sebab kuat dari segi ilmu. Ini takut dicop “takde life” study pun less than 3 hours per day, luckily if study.

Bila belajar sungguh2, maka bila cuti nanti, cutilah sungguh2 juga. Tak nak pegang buku pun takper waktu cuti.

Ini time belajar, sibuk main, sibuk berpersatuan, sibuk politik sana sini, sibuk main game, sibuk nak bawa kawan oversea berjalan kat mesir, sibuk pulak nak dirikan rumah tangga, sibuk berfotografi dengan kamera nicon, sibuk buat blog dan website bla bla bla bla,maka focus dah hilang, study pun macam tak study. Apabila exam fail, kena reseat paper, orang lain cuti 3 bulan tak sentuh buku dan lepas pergi mana-mana, awak nak buat benda lain pun terhalang sebab sibuk kena study untuk subject yang kena reseat. Duit pun habis kena beli tiket flight extra sebab takde seat. Dah habis reseat, rehat seminggu dua, dah start kuliah balik untuk tahun seterusnya. Siapa yang bangang kat sini? Orang lain duk sibuk bercuti, otak fresh untuk start tahun seterusnya, awak sibuk belajar takut fail, belajar terus menerus pulak tu, maka cuti bukan cuti lah, orang lain buat attachment kat hospital, pergi FIMA, pergi beraya, jalan sana sini. Awak duk kat mesir mengadap buku time cuti.

Maka lain kali masa belajar buat cara belajar, maka masa cuti memang cuti. Hati senang bercuti. Result pun bagus.

Kita ambil perubatan, bukan perakaunan, bukan business, bukan art, bukan agama. Tak cukup ilmu salah diagnose, salah ubat, salah itu salah ini pesakit mati dalam tangan sendiri. Cubalah sedar sikit. Di Malaysia sangat competitive. The more u know the wiser u’ll be. NO boundaries for knowledge. Kalau tak cukup ilmu, buat silap, kena marah kat consultant, tak pun disaman patient, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri yang belajar macam tahi.

Ana cuma kasihan ada orang yang belajar sangat rajin, kuliah tak tinggal, tapi mungkin cara study dia salah atau berat mulut minta pimpinan yang lain, maka fail exam. Berbanding duduk dengan senior yang hebat2 kat arma tuh tak pun rumah-rumah lain, kelas pun bahasa inggeris , kemudahan semua cukup, tapi belajar main-main dan result mcm tahi.

Tahun satu sepatutnya paling mudah sebab pengenalan. Tahap kesukaran semakin meningkat setiap tahun, dan konsep tawakal memang sangat2 diperlukan. Ini subjek tahun satu, tahun 2 pun ada fail, ada yang biar lepas 2 subject ajer untuk membolehkan dia masuk tahun dua. Ada yang langsung tak pergi exam reseat paper langsung sebab tahun satu still boleh carry dua paper. Maka bercuti senang-lenang kat Malaysia, ni spesies budak perempuan. Aku nak tengok boleh naik tahun ke tak tahun berikutnya. Khasnya budak cairo university dan ain syams, namun tak terkecuali segelintir budak alex yg turut sama buat perangai mcm nih. Perangai buruk macam ni dah terjadi dalam dua tahun ni. Mereka ni ingat senior tak tahu agaknya. Ambil kisah tak kisah ajer. Itu belum kes meniru, tak berkat, I want to see u can survive or not in the real world.

Just do our best. Do what you can,with what you have, right where you are-result tu kemudian cerita, tu rezeki masing-masing . Saya percaya rezeki itu setimpal dengan usaha yang kita berikan kerana saya percaya Allah Maha Adil. Ini belajar bagai membuang batuk di tangga, pastu claim tak ada rezeki, berimankah dengan sifat Allah Maha Adil tu??

Maaflah mulut laser skit. Tapi kalau tak abang-abang kakak-kakak yang nasihat siapa lagi nak nasihat. Family semua tak ada kat sini. Cuba sedar diri sikit dan rancang perjalanan hidup dengan betul.

“Manusia yang hebat adalah manusia yang memikirkan bagaimana untuk menjadi hebat” Sukarno pernah berkata “bagi aku 10 pemuda, akan kugoncang dunia” –Sepatutnya usia muda-muda seperti kita nilah sepatutnya kita buat habis baik , gegarkan dunia dengan kejayaan Islam. Ini umur muda-muda, sihat tubuh badan, badan sasa-sasa, produktiviti tak ada. Bukan setakat berkempen sana sini bantu palestine, demonstrasi marah sana sini, blog tak luput-luput dengan boikot Israel, tapi ilmu dan kepakaran tak ada, bila-bila masa boleh dijentik Israel, can we be a little bit wiser? Shut ur mouth and start working!

-tolong post kat kawan-kawan lain supaya dapat dimanfaatkan--

Terencat akal

Terencat akal Lamanya aku x update blog, bukan tak ada cerita, belum ada mood nak menaip panjang ……

Seorang ibu berumur 47 tahun dihantar ke wad bersalin university Kaherah oleh keluarganya. Ibu ini tidak seperti ibu-ibu yang lain. Tatkala ibu-ibu berbangsa arab ini menjerit-jerit kesakitan dalam wad, si ibu yang baru tiba ini diam seribu bahasa….cool !

"Makcik pernah mengandung sebelum ini?

Dia mengangguk.

"Berapa kali?

Jarinya mengisyaratkan 3.

"Semuanya lahir cukup bulan?"

Dia mengangguk.

Semuanya sihat , duduk dengan mak cik?

Dia menggeleng. "anak pertama dan ketiga tinggal dengan makcik. Anak kedua lahir cukup bulan tetapi meninggal beberapa minit selepas dilahirkan."

3002- itulah kod obstetric ibu tersebut( 3 full term, 0 premature, 0 abortion, 2 living offsprings)---ini adalah kod yang digunapakai oleh semua doctor untuk mengambil maklumat pesakit di wad bersalin. Sekiranya dapat tahu kod ini, doctor yang mengambil alih seterusnya dah faham serba sedikit tentang pesakit ini.

Aku tanya lagi,"Kedua-dua anak makcik tu sihat?"

Dia menggeleng. "Mosh kowayyesseen,"kata ibu arab tersebut.(tidak sihat). "mereka terencat akal" kata si ibu.

Aku terdiam seketika. Tanganku pantas menulis history. Banyak soalan menjelma di benakku namun aku perlu tanya satu soalan lagi untuk confirm my provisional diagnosis.

"Mak cik ada ambil ubat apa-apa?"

"L-thyroxin"

Aku dah faham. Lekasku panggil nurse. "Nurse, measure t3,t4 and TSH level,"pintaku.

Dr Refaat datang ke katil. Dibacanya history. Mulutnya terkunci rapat. Diambilnya sonicaid. "Decrease fetal heart rate. Cessarian"

Aku termangu kejap kat situ ambil sample darah.

"NOW!" sergah Dr Refaat. KUS SEMANGAT!!!. Terperanjat aku. Cepat2 kutolak katil si ibu ini ke bilik pembedahan.

SI ibu ini ada hypothyroidism. Pendek kata kekurangan hormone thyroid dalam badan. Tetapi tahap hypothyroidism belum sampai tahap kritikal yang dipanggil Myxedema.

Apa yang menggusarkanku adalah anak-anak kepada ibu hypothyroidism. Anak-anak yang dilahirkan akan terencat akal (cretinism) atau mati selepas dilahirkan(stillbirth). Tak hairanlah dua orang anak si ibu ini terencat akal.

Walaupun mengambil ubat, tahap thyroid hormone dalam badan si ibu belum sampai normal level. Maka anak di dalam kandungan ini memang akan terencat akal sekiranya hidup, atau mati selepas dilahirkan.

Namun tanggungjawab menyambut kelahiran terpikul di bahu, sama ada sihat atau tidak sihat, si bayi harus dilahirkan. Excitement menyambut bayi sihat tak ada waktu tuh, Cuma ketakutan menguasai diri sebab bayi ini akan menghadapi banyak masalah.

Dr Mona datang ke bilik pembedahan hari tu. Aku menghembus nafas lega.

Dr Refaat dan Dr Aisyah sedang berhamburan air ketuban. Rahim ibu sedang terbuka. Kepala bayi jelas kelihatan. Dr Refaat memasukkan kedua-dua tanggannya ke dalam rahim ibu. Dr Aishah bergerak pantas memicit abdomen ibu dengan forarm nya.

Kaku- bayi terkujur kaku, kebiruan, tidak menangis, tidak bergerak.

"yalla fesal,"kata Dr Mona. Kusambut bayi tersebut dari Dr Refaat dan terus bawa ke radiator.

Degupan jantung bradycardia, no spontaneous breathing. Kataku pada Dr Mona. Tanpa berlengah diambilnya Ambu bag. Ditariknya salur oksigen.

Dua minit berlalu. Bayi masih tidak dapat bernafas sendiri. Degupan jantung sangat lemah. Tanganku tak berhenti meng"ambu" bayi. Macam-macam kami buat untuk stimulate respiration dan degupan jantung bayi tersebut namun bayi itu masih lagi bergantung kepada ambu bag, berhenti sekejap ajer dah kebiruan bayi tersebut.

Mataku meliar. Dr Mona sibuk Ambu bayi tersebut, mataku tak henti2 memerhatikan sekujur badan bayi tersebut.

1.Tangan Hritik Rosyan rupanya! Desisku-bayi tersebut polydactily iaitu ada 6 jari setiap tangan dan kaki, maka bayi tersebut ada 24 jari! 2.Ku auscultate jantung bayi tersebut, abnormal heart sound, 3. generalized edema-seluruh tubuh bayi tersebut sembap, perut kembung 4. Kulit kebiruan. 5. Tidak bernafas sendiri 6.Tak ada bowel movement 7. Lidah besar 8.Lubang duburnya tiada

Tu yang aku nampak. Dr Mona kata bayi ini ada multiple congenital anomalies. We couldn't stop pumping the ambu bag. Dr pakar paediatric yang lain turut memeriksa bayi tersebut

Si ibu perutnya telah dijahit rapi. Si ibu meminta untuk melihat bayinya. Kami bawa bayi tersebut. Dr Mona menerangkan bayi tersebut sekiranya dapat hidup lama, dia juga akan terencat akal seperti abang-abangnya. Si ibu mengangguk sedih. Manik-manik air mata, berjuraian jatuh membasahi pipi.

Selepas 2-3 jam kemudian, doctor-doktor pakar berbincang dan bersepakat untuk menghentikan ambu bag bayi tersebut kerana bayi lelaki ini tiada peluang untuk hidup. Aku akur. Kubawa bayi ni kepada ibunya. Ibu ini mencium berkali-kali pipi dan dahi anaknya itu. Air mata ibu jatuh membasahi pipi anaknya. Si ayah dan nenek kepada bayi tersebut menangis ketika ditunjukkan anak ini.

Ku tak mampu berbuat apa-apa. Kuhentikan mengepam ambu bag bayi tersebut. Seminit kemudian bayi tersebut tidak lagi bernyawa. Jari kecilnya tidak lagi bergerak. Kucuba bersikap emotionless namun tewas dengan emosi sendiri……

p/s: check ur thyroid level especially the female(lebih-lebih lagi ada saudara-mara yang terencat akal atau mati selepas kelahiran), BEFORE decide to have a baby!

Si Ibu, Bayi dan Doktor Yang Malang

Si ibu, bayi dan doctor yang malang

Erk, Alhamdulillah, kenyang perutku. Santapan di kedai Dawar amat menyelerakan. Ayam panggangnya tak sama dengan ayam panggang kedai lain. Sedap betul.

Alamak, dah pukul 10pm! Aku tak solat isyak lagi ni. Desis hatiku. Langkah disusun ke arah Hospital Kasr el-Ainy Faransawi. Tempat biasa aku solat isyak di situ. Dalam perjalanan terserempak dengan abang Israk. "Abang baru balik lawat akram ngan Amman,"katanya. Aku yang dah lama tak melawat mereka ni terus melawat Amman dan Akram selepas menunaikan solat Isyak.

Setelah lebih kurang dua jam berborak dengan Amman, dan ibu bapa Si Akram, aku minta diri untuk ke hospital Kasr El-Ainy dalam university. Pada mulanya aku dah malas sangat dah nak pergi hospital untuk attachment malam tu. Kaki pun dah melangkah jauh ke arah rumah.

Tiba-tiba aku rasa serba salah pula. Baju Surgery dah pakai, alat semua dah bawa, bekal pun dah ada, tiba-tiba balik rumah pula, fikirku. Kalau ikutkan hati sampai bila nak Berjaya? Monolog sendirian memainkan peranan. Langsung aku hentikan niat untuk balik rumah dan kembali menapak ke arah hospital University.

Pukul 12 am. Suasana di luar wad bersalin tak sama dengan wad lain. Ahli keluarga sangat ramai tunggu di luar wad. Ada yang duduk berborak, ada yang baca quran doakan si ibu selamat bersalin. Ada yang bentang tikar,makan dan ramai juga menjalar tidur macam ular sementara menunggu si ibu keluar dari wad bersalin.

"Waduh-waduh, ni mesti ramai patient hari ni," daku berbisik. Seperti biasa Ayat Qursi dibaca sebelum aku masuk ke wad bersalin, tempat nyawa baru disambut dan juga tempat nyawa diambil Allah. Aku juga berdoa agar doctor-doctor pakar yang bertugas lembut hati nak ajar aku malam ni.

Suasana dalam wad seperti biasa, sesak dengan pesakit. Selalunya pukul 12 am sampai pukul 1 am ni semua doctor akan berehat sekejap sebelum menyambut ibu beranak untuk giliran yang seterusnya. Namun keadaan tak sama pada waktu itu. Ruangan menunggu tak ada doctor pun, hanya jururawat. Aku letak beg dan pasang alas kasut seterusnya masuk ke Labor room.

Patutlah tak ada doctor kat ruangan menunggu. Banyak orang sedang bersalin sekarang ni. Semua bilik untuk vaginal delivery dan cessarian penuh. Aku apa lagi, terus ambil glove dalam bag, dan terjah masuk ke O.T. Dr Mona nampak aku.Dia tersenyum.

"Kenapa datang lambat?" tanyanya. "melawat sahabat tadi,"jawabku. Dr Mona suruh ke bilik vaginal delivery untuk bertugas di sana. Dekat O.T biar dia handle. Aku tanpa banyak songeh terus ke bilik sebelah.

"Hamot ya doctor, hamot!" jerit seorang ibu. Ibu menjerit-jerit kesakitan. Nurse-nurse menjerit-jerit marah si ibu yang tak dengar cakap. Doctor zaitun menjerit-jerit suruh ibu baring dan mengangkangkan kaki untuk sambut bayi, namun tidak dipeduli oleh si ibu. Sakit,fikirku. Aku terus baca history dengan laju.

IUFD. (intra Uterine fetal Death). Anak dah mati. Aku teringat pada mama yang pernah menghadapi situasi yang sama apabila adik bongsuku mati dalam kandungan gara-gara mama aku ada PIH(pregnancy Induced Hypertension). Si ibu yang ada PIH akan ditahan di wad sebab dikhuatiri anak dalam kandungan akan mati. Si ibu yang di depan aku ni pun degil nak keluar wad waktu dia mengandung, sama macam mama aku. Sekarang anak dah mati. Apa yang mampu dibuat? Lain kali ikut cakap doctor, tak ada doctor yang senang-senang nak tahan pesakit dalam wad, dia mesti ada sebab.

SI ibu ini menjerit-jerit dan menampar-nampar mukanya kerana kesakitan. Aku hanya melihat tanpa emosi. Mungkin sebab dah biasa sangat tengok adegan menjerit-jerit dan menampar-nampar muka ketika vaginal delivery sehinggakan aku rasa benda tu normal di Mesir ini. Mayat bayi mesti dikeluarkan.

Selepas beberapa minit, Mayat bayi berjaya dikeluarkan. Umbilical cord dia ada "true knot" atau dalam bahasa melayunya bersimpul. Maka pengaliran darah terhenti dan menyebabkan si bayi mati. Aku balut mayat bayi lelaki tadi dan letak di ruangan berhampiran sebelum attendant lelaki mengambilnya dan diletakkan di peti sejuk sementara.

Gambar bayi yang mati tadi.

peti sejuk sementara yang menempatkan bayi yang mati sebelum, ketika atau selepas kelahiran di wad bersalin.

kelihatan ada dua bayi yang mati pada hari tersebut dan ditempatkan di dalam peti sejuk ini.

Anda boleh saksikan air minuman attendant arab yang bertugas diletakkan di bahagian atas manakala mayat-mayat bayi yang berbau berada di bahagian bawah. Mereka minum dengan selamba. WUEKKK!!

Antara pukul 12 dan 2 am, ada lebih kurang 14 delivery. Aku buat 3 vaginal delivery selebihnya doctor-doctor lain yang turut sambut. Aku baru sahaja nak bangun dari kerusi dan minum air, sekali doctor Rahmah menjerit "get ready, cessarian Section, emergency!"

Apabila dia kata 'emergency sahaja' nurse ngan attendant cepat-cepat pergi ke Operation Theatre untuk uruskan kelengkapan. Aku ambil fail dari katil pesakit dan aku baca history dengan pantas.

WANITA INI TELAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL AGOZA KERANA TIDAK SEDARKAN DIRI KETIKA BERADA DI JALAN RAYA OLEH ORANG RAMAI YANG MENJUMPAINYA. KERANA KETIADAAN PAKAR, HOSPITAL AGOZA TELAH MENGHANTAR PESAKIT TERSEBUT KE UNIT KECEMASAN HOSPITAL UNIVERSITY KAHERAH(KAS EL-AINY).

BELIAU DIRAWAT DI BAHAGIAN INTERNAL MEDICINE. SELEPAS DISIASAT, WANITA YANG KOMA INI DIDAPATI MENGANDUNG ANAK KEMBAR 28 MINGGU(TAK CUKUP BULAN) DAN SETERUSNYA DIPINDAHKAN KE BILIK BERSALIN.

Itulah kesimpulan yang aku dapat buat. Report Dr Mustaqim(pakar internal medicine) sangat panjang dan detail. Tak mampu aku tulis semuanya di sini.

Lab report aku baca. Kesemuanya merunsingkan aku. "Wah banyaknya complication" jeritku dalam hati. Aku campak fail tu atas katil. Aku pun terus berlari dapatkan Dr Hisham (pakar O&G) yang sedang lena tidur di atas sofa. "dr Hisyam, fe emergency"kataku.

Dr Hisyam dengan air liur kat pipi terus masuk O.T baca fail. Nurse-nurse dah siap sedia. Doctor Paediatrik dah standby tepi katil. Dr-dr lain tengah kelam-kabut menyambut kelahiran lain di bilik lain.

Dengan mata terkebil-kebil kerana mengantuk, aku capai kain gown yang sterile. Nurse tolong pakaikan. Aku kena tolong dr Hisyam ni.

15 minit kemudian, setelah amniotomy dilakukan, bayi perempuan pertama dikeluarkan. Susuk tubuhnya sangat kecil. Tak bergerak pun. Cyanosis all over the body. Dr Paediatrik iaitu Dr Mona yang bertugas di situ sambut bayi kecil ini dan bawa ke radiator.

Air ketuban bayi yang kedua ini sangat banyak. Tersembur ke ceiling. Cermin mata aku ngan Dr hisyam terpalit air ketuban. Janggut mahal Dr Hisyam terselamat sebab dia pakai mask.huhuhi. Dr Hisyam angkat bayi kedua, seorang lelaki. Aku ambil dari dia, dan menoleh ke belakang. Alamak!

Baru aku teringat mana ada doctor lain kat situ. Nurse tu suruh aku buat resuscitation, dia boleh tolong Dr Hisyam. Aku pun berlari ke radiator kedua.

Kedua-dua bayi kebiruan(cyanosis). Tak bergerak pun apatah lagi menangis. Di saat cuak tu aku lap bayi seperti biasa dan terus buat endotracheal intubation. Suction dibuat. Aku buat tactile stimulation namun tak berhasil.

Ambu bag!jeritku. Dr Mona jerit balik, "Cari ambu bag lagi satu,saya ada satu jer nih, bayi ni masih 0 apgar score." Lintang-pukang aku waktu tu. Tercari bawah meja, dalam almari, atas radiator, bawah radiator, tak ada! Bayi dah biru gelap! Aku angkat cepat-cepat ke radiator Dr Mona, ambu bag! Dr Mona pass Ambu bag kat aku, aku pump bayi kedua. Aku pass ambu bag kat Dr Mona, dia pump bayi pertama, dia pass balik ambu bag kat aku, dan begitulah seterusnya.

Tak cukup ambu bag punya pasal! Ada satu sahaja kat situ! Demi menyelamatkan kedua-dua bayi terpaksa kongsi ambu bag. Bayi dah kurang birunya, tapi still biru! Nak buat macam mana nih?? Dr Mona dah masuk emosi!

10 minit kemudian, pakcik Adil datang, dia attendant waktu tuh. Diberinya ambu bag yg baru sterile. Aku dah lega dah. Dr. Mona, "take that one, and ambu this second baby". Aku akur walaupun hakikatnya waktu tu aku berfikir, advanced sungguh English Arab ni, "ambu" tu boleh tukar jadi kata kerja pulak. Huhuhuhu. Asalkan makna sampai, yer tak?

'Bayi lelaki yang aku "ambu" semakin lama warna semakin pink. Namun masih tidak menangis, ada degupan jantung tapi masih severe bradycardia, dan masih tidak ada spontaneous respiration.

Bayi perempuan yang Dr Mona handle semakin lama semakin biru. Anda boleh lihat beza kedua-dua bayi seperti gambar di atas(aku sempat snap, kalau bayi tak survive, gambar ni jadi bahan mahkamah lah jawabnya). Kakak H.O tu auscultate bayi perempuan,"no Heart Beat". Dr Mona cemas, manic-manik peluh jelas membasahi raut muka arabnya yang cun itu.

Diambilnya adrenaline dan dimasukkan ke endotracheal tube. Degupan jantung masih tiada. Dimasukkan dose kedua adrenaline, pun masih tiada.

Dalam hati aku waktu tu memang terdetik bayi perempuan itu tak mampu survive. Aku suruh dr Mona pump jantung mechanically. Ada kakak H.O datang tolong. Sebelah tangan aku mengepam ambu bag bayi lelaki, tangan kanan aku angkat kedua-dua kaki bayi perempuan dan flex the hips.

"What are you doing?"tanya Dr Mona. "Improve circulation, I saw Dr Mostafa did like this many times before"jawabku. "OIC,"desis Dr Mona. Kakak H.O tu teruskan ambu bayi perempuan dan Dr Mona sedang siapkan dose adrenaline ketiga. Dimasukkan adrenaline melalui endotracheal tube.

"Color improves,"kataku selepas beberapa minit. Dr Mona capai stethoscope dan periksa jantung. Bradycardia! Aku agak lega waktu tuh sebab degupan jantung dah kembali walaupun sangat lemah. Kakak H.O tu mempercepat "ambu" bayi perempuan.

Cuba bandingkan warna dan saiz bayi yang baru dilahirkan dan sihat berbanding bayi kembar tadi, berbeza tak?

"Dr Mona we need mechanical ventilation,"kataku. "I know,"jawabnya pantas.

Mobil Sony Ericson dikeluarkan dari poketnya dan Dr yang bertugas di BILIK INCUBATOR wad Paediatric dihubungi. Aku tak ingat nama Dr yg bertugas tu. Yang pastinya perempuan.

"I GOT BAD NEWS,"kata Dr Mona. "Sekarang semua mechanical ventilation sedang digunakan. Mungkin pukul 10 am nanti baru seorang bayi akan dipindahkan keluar dari mechanical ventilation. Tetapi salah seorang yang lebih baik prognosisnya yang akan dipindahkan ke atas." "bayi kembar lagi satu?"tanyaku pantas.

"Kita tak ada pilihan lain selain ambu terus-menerus atau biarkan bayi mati sekiranya sememangnya tak ada harapan"kata Dr Mona. Kakak H.O tu terkedu.

OWh shittttttttt!!!, inilah benda yang aku paling tak suka dalam bidang perubatan. Mengorbankan salah seorang sekiranya peralatan tak cukup. Kini aku yang terkedu.

Sememangnya inilah jalan yang paling rasional. Sekiranya alat ada satu, dan mangsa ada dua, maka mangsa yang ada peluang untuk hidup akan menggunakan alat tersebut. Memang nampak agak kejam tetapi akan jadi lebih kejam sekiranya mangsa yang tiada peluang untuk hidup menggunakan alat tersebut DAN MATI, manakala mangsa yang ada peluang untuk hidup bertukar menjadi tiada peluang untuk hidup dan MATI. Akhirnya kedua-dua MATI.

Perkara yang sama berlaku ketika kemalangan arwah Ammar dan Abdul Rahman(sahabat kami yang kemalangan tempoh hari). Apabila satu ambulan yang berkejaran dari jauh tiba di highway pada malam itu, waktu tu ada dua nyawa yang masih hidup, Ammar dan Abdul Rahman. Pada mulanya ambulan mengambil si Ammar tetapi selepas beberapa meter, mereka berpatah balik dan menurunkan si Ammar kerana doctor yang ada dalam bulan itu kata Ammar tiada peluang untuk hidup. Maka Ammar diturunkan dan Abdul Rahman dimasukkan ke dalam ambulan. Si Ammar melepaskan nafas terakhir di tempat kejadian selepas beberapa ketika manakala Abdul Rahman sempat diselamatkan dan masih bernyawa ketika kini. Al-fatihah untuk arwah si Ammar.

Cuba bayangkan sekiranya Doctor dalam ambulan itu tak membuat keputusan yang betul dan membawa Ammar guna ambulan. Arwah Ammar akan meninggal dalam perjalanan dan Abdul Rahman juga akan mengalami nasib yang sama sementara menunggu ambulan kedua yang datang dari jauh ke tempat berlakunya kemalangan. SEMOGA DISIMPANGKAN. Namun doctor arab yang bertugas itu sangat bijak untuk membuat keputusan pada saat-saat kritikal ini dan abdul Rahman dapat diselamatkan.

Membuat keputusan sebegini tidak tertulis dalam buku teks perubatan. Mereka yang berfikir, gigih mengambil pengalaman akan lama-kelamaan mengetahui cara membuat keputusan sebegini. Mereka yang sambil lewa belajar dan malas buat praktikal, maka akan menyesal kemudian apabila pesakit mati , kesan dari kebodohan dan kemalasan doctor yang bertugas. Aku tak salahkan orang lain. Kebanyakan doctor yang stress dan kena ambil tindakan disiplin dan mahkamah, memang mungkin disebabkan sebab yang tidak boleh dielakkan, TETAPI kebanyakannya BELAJAR SAMBIL LEWA,SETAKAT NAK LULUS EXAM, bila berhadapan dengan pesakit, salah buat keputusan dan pesakit mati. Aku tak salahkan orang lain.

Kembali kepada cerita di atas. Selepas mendengar berita malang di atas, aku serahkan Ambu bag bayi kedua pada Dr Mona manakala kakak H.O meng"ambu" bayi pertama.

Aku masuk O.T tadi. Seorang doctor pakar lain ada di samping dr Hisyam. Aku tak dapat tangkap perbualan mereka dengan jelas, cuma yang aku faham waktu tuh, aku dengar berita malang kedua.

Disebabkan komplikasi serius, Si ibu terpaksa buat hysterectomy iaitu operation membuang rahim. Aku terkedu. Emosi menjalar masuk dalam tubuh. Aku cuba bertahan.

Dr Hisyam suruh ambil consent isi, dan minta tanda tangan waris untuk membenarkan operation ini dilakukan. Aku cakap kat nurse yang duduk di luar. Nurse tadi keluarkan consent dan aku hubungi wad Internal Medicine. Dr yang ada di situ kata mereka menerima pesakit itu tanpa waris. Tiada ahli keluarga yang mengetahui bahawa si ibu sedang koma dan sedang sibedah sekarang!

Ya Allah,mengucap aku banyak kali waktu tuh. Dr Mona dah istighfar banyak-banyak dah waktu tuh. Masing-masing buntu nak buat macam mana.

Si Ibu masih tak sedarkan diri. Perutnya masih terdedah. Rahimnya masih bersambung dengan organ lain tapi bahagian atas atau fundusnya terpancul keluar dan diletakkan di atas abdomen si ibu.

"We have to do it now,"kata Dr Hisyam. Aku mengangguk sebagai saksi dalam consent ini. Dr Hisyam dan dr pakar sebelahnya(aku tak ingat nama dia) terus memulakan operation Total Abdominal Hysterectomy dan Bilateral Salpingo-Oophorectomy. Operation buang rahim, Fallopian tube dan Ovary sekali. Aku tak tahu sebab apa tube dan ovary dibuang sekali. Dr Hisyam cakap, tapi aku tak dapat tangkap sebab dia cakap istilah khas tu dalam bahasa arab.

Aku kembali ke radiator. Kakak H.O tertidur, tangannya pegang ambu, tapi tak pump, bayi daripada merah dah biru balik. "Kakak pergi tidur, biar saya pump,"kataku. Dia bangkit dan cari tempat di belakang pintu O.T untuk tidur.

Gambar kakak H.O yang tertidur. Aku ambil gambar ni sebab dia kata dia masih jaga dan mampu pump lagi. Pump apanya?? Bayi dah biru tuh!!

Dr Mona menguap panjang, tangannya tak berhenti mengepam walaupun matanya semakin kecil. Dia sudah bertugas hampir 24 jam dari semalam, belum rehat lagi. Cuba bayangkan. Tu pakar kanak-kanak! Kalau Medical Officer? Kalau Houseman? Tak payah cakap la. Kalau nak dekat solat subuh dan jalan macam zombie, sambut kepala bayi, tapi kepala dia yang tersenguk-sengguk, tertidur atas katil pesakit atau tertidur kat bilik persalinan baju atau tandas, aaaa tu houseman la tuh. Aku dah biasakan diri tidur alternate day kalau aku buat attachment hari ada kuliah berbekalkan Nescafe, so tak jadi masalah bagi aku.

Operation selamat dijalankan. Si ibu dah sedar. Tiba-tiba aku terdengar jeritan dari O.T. "nurse, kenapa si ibu tuh"tanyaku. "Dia menjerit tengok perutnya berbalut, bertanyakan dia di mana dan kenapa, dia kata waktu akhir yang diingat waktu dia sekolah menengah," kata nurse.

Aku tergamam. Membulat mata Dr mona dengar berita tersebut. Aku tengok kakak H.O tu dah jaga dari tidur dan mukanya cemas. Allahu akbar, terkumat-kamit bibirku melafaz zikrullah. Ingin tahu kenapa kami semua tergamam?

Si ibu telah hilang ingatan. Mungkin disebabkan factor yang menyebabkan dia pengsan di jalan waktu di Agoza tadi atau pun disebabkan delivery secara Cessarian tadi. Aku pernah terbaca dalam BUKU TEKS O&G WILLIAM, si ibu mungkin akan hilang ingatan sekiranya ada komplikasi sewaktu vaginal Delivery atau Cessarian seperti pendarahan yang berlanjutan, dan malfunction of the brain. Secara detail nya aku tak ingat sebab incidence berlaku 1 dalam sejuta. Sangat jarang. Disease ini ada nama khasnya namun aku tak ingat. Tapi kini ia berlaku di depan mata.

Bukan sahaja lupa tempat tinggal terakhirnya, dia tiada memory sama ada dia sudah bersuami atau belum dan tiada memory bahawa dia telah mengandung. Bagaimana Dr nak terangkan bayi yang kami pump dari pukul 2 tadi ni adalah bayi dia, sedangkan dia tak ingat apa-apa???????????

Aku blur waktu tuh. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan sebab. Mungkin allah hilangkan memory kerana Allah tidak ingin si ibu mengingat perkara hitam yang berlaku dalam tempoh ini atau pun mungkin ada hikmah lain. Yang pastinya nurse kena tenangkan si ibu dan minta alamat rumah waktu dia tinggal ketika sekolah menengah tersebut untuk trace ahli keluarganya. Polis akan melakukan kerja tersebut.

Tepat 8 am, dari pukul 2 am sampai 8 am. Sudah enam jam kami mengepam bayi kembar tersebut. Keadaannya masih sama. Kami yang amat mengantuk waktu tu tak dapat berbuat apa-apa. Penatnya tak dapat nak cakap. Kakak Houseman tu dah surrender. Aku tak boleh nak pass langsung ambu bag tu kat dia, dia pegang aje ambu tu dia terus tertidur, bayi biru balik! Shift tukar pukul 8.30, masing-masing dah tak sanggup nak tunggu lagi kat hospital.

Aku tanya kakak Houseman tu,"Macam mana kakak nak balik rumah? Jalan pun macam zombie nih?" Dia tersenyum. Matanya dah ptosis habis dah. Naik teksi la jawabnya.

DR Mona bangkit. Dia serahkan ambu bag kat aku. Maka aku ambu kedua-dua bayi tersebut. Dia tulis report untuk diserahkan pada Dr Paediatrik yang bertugas seterusnya. Wad bersalin kembali bising. Nurse-nurse sedang bertengkar. Perkara biasa. Apabila nak tukar shift, sekiranya nurse dan attendant yang bertugas sebelumnya tinggalkan report tak lengkap, barang bersepah-sepah, darah atas lantai tak cuci, maka nurse yang menyambung tugas akan menjerit-jerit sampai jadi bising Wad Bersalin tu. Aku dah biasa dengar.

Mengantuknya aku waktu tuh,berhenti ajer mengepam bayi akan cyanosis dan mati. Aku tak boleh berganjak langsung. Pukul 8.30 tiba, ada abang Houseman masuk. Dr Mona tersenyum. Dr Mona menyuruh abang Housman tu menyambung kerja mengepam sementara menunggu mechanical ventilation kosong.

Aku bangkit, kuangkat bag sandangku. "Pump continuously,"pesanku. Aku berlalu di belakang abang H.O tadi sambil sempat menepuk belakangnya. "take care," kataku. Dalam hati terdetik, selamat mengepam sehingga esok pagi! :-)

Doakan kedua-dua bayi kembar dapat survive, si ibu pulih ingatan dan kami dapat berjalan pulang dengan selamat walaupun berjalan macam zombie sebegini. Selamat Datang ke dunia perubatan.

Maaf,Anda Tidak Boleh Beranak Di Sini!

MAAF, ANDA TIDAK BOLEH BERANAK DI SINI

Inilah ungkapan yang Pakar O&G tu cakap kat pesakit tetapi dalam bahasa Arab. Dalam bahasa Inggerisnya "sorry, u can't deliver here". Ibu dah sangat dehyrasi dan menjerit-jerit kesakitan, sekali doctor cakap macam tu. What do you think? Jangan buat sebarang spekulasi. Ikuti kisah benar di bawah.

Hari itu hari jumaat, Siti Farhan dan Hazfyza tahun 4 University Kaherah datang pukul 9.30 pm pada hari itu, sejam lebih awal dari aku. Aku dah isi perut dan rohani(solat isyak) barulah menapak keseorangan dalam gelap malam ke Labor Room University Kaherah hari tu.

Pesakit tidak ramai pada hari itu. Setelah menyaksikan beberapa "delivery" pada malam itu dan belajar sama-sama, mereka berdua pulang dahulu ke rumah lebih kurang pukul 12 am. Aku yang masih segar bugar dan bermata burung hantu ini capai buku "cases in Obstetric and Gynecology" dan mula meneliti isi buku tersebut dari muka-ke muka.

Hampir pukul 1 am, seorang pesakit disorong masuk dari ruangan menunggu ke Labor Room untuk Vaginal Delivery. Kesakitan ibu bersalin jelas terpancar dengan jeritan yang memecah kesunyian malam. Ceh, macam bersastera pulak.

Plastik yang melapik punggung perempuan tersebut dah berapa kali jatuh. "Imsiki sirir ya madam!" jeritku (pegang katil , madam). Aku terpaksa jerit waktu tu. Disebabkan dia menjerit sangat kuat, maka doktor kena jerit lebih kuat dari dia supaya dia dengar. Aku tak perlu karaoke untuk berlatih vocal, pergi jer la labor room. Insyaallah pitch perfect!

Selalunya pesakit lebih ramai dari doctor. Hari tu pelik. Tak ramai pulak pesakit. Nurse sebelah aku kata hari jumaat memang tak ramai pesakit. Aik! Bersalin pun ada cuti??"laa ya doctor, homma kollo 3auzeen betweled fel bait 3ashan Gom3ah igazah, kollo ahlahom felbait" kata nurse(tidak ya doctor, mereka semua memilih beranak di rumah hari Jumaat kerana Jumaat cuti, semua ahli keluarga ada kat rumah untuk "take care" ).

"Owh" baru kutahu, nampak sangat aku jarang pergi hari Jumaat. HUhuhu. Pesakit tadi meronta-ronta lagi kesakitan atas katil. Dr Muhammad datang. Dia M.O di situ. Maka aku pun berganjak ke tepi. Dia dah ada, baik dia yang sambutkan?fikirku. Dimasuknya 4 jari ke cervix, dia suruh si ibu push bila ada contraction. ARRRRRRRgggghhhhhhhh, Aaaaaaarrrrrrrrrgggghhhhhh! Jerit si ibu, darah berlinangan keluar dari vagina.

30 minit diambil semata-mata untuk second stage ni oleh dr Muhammad. "Ke tepi, biar aku buat pulak" kata dr Ahmed. Ditekannya perut pesakit di area "fundus of uterus" dengan tangan dia. Menjerit lagi pesakit tuh. "Mosh 2adrah!!!, mosh 2adrahhhhhh!!!!! Hamut, Hamut, Hamut!!"kata si ibu (saya tak daya, saya tak daya, aku akan mati!aku akan mati! Aku akan mati!). Sepatutnya kita tekan fundus tu dengan forearm tau, BUKAN DENGAN SIKU!

Aku tengok dr Ahmad tu tekan dengan siku. Nak tegur aku siapa lak kat situ. Dia dah pakar. Aku pun diam dulu. Sekali Dr Refaat masuk. Dia ni head of department O&G. Orangnya muka manis dan nampak macam student, tapi rupanya head of department. Aku dah underestimate dah. Huhuhu

"What are you doing? Use your forearm, not your elbow!!"marah Dr Refaat. Barulah dr Ahmad guna cara yang betul. So aku dah lega. Bagus-bagus, at least someone voiced out! Aku tau pasal forearm ni waktu aku mula-mula attachment kat Labor Room ni akhir tahun lepas. Sebab dah kena suruh buat, maka tahulah, cuba kalau aku tak pergi Labor Room ni, maybe sampai dah kerja pun belum tentu aku tahu.

Setelah sejam lebih pesakit itu di"handle" oleh Dr Muhammad dan Dr Ahmad, tapi still tak boleh labor jugak, Dr Refaat sempat senyum muhibbah kat aku sebelum menyeluk tangannya ke pengangkang si ibu. "You can see this patient's cervix is approximately 4 fingers(lebih kurang 8 cm diameter) but you must also measure the outlet! Very narrow. Subpubic angle is acute. If she delivers vaginally, the episiotomy will be very big (episiotomy rahebah)"terang dr Refaat. Aku angguk tanda faham.

Kemudian dr Yassir pulak datang. Dia sempat dengar apa yang Dr Refaat cakap tadi. "We can make trial of labor "katanya. Waktu tu baru aku teringat tentang Management of Obstructed Labor ni. Dr Refaat terus suruh si ibu ni push. Namun setelah beberapa minit, si ibu nampak exhausted tersangat-sangat,

"SORRY MADAM, YOU CAN'T DELIVER HERE"kata Dr Refaat pada Si Ibu.

SI Ibu menangis,"ha3mel eih??". Teresak-esak dia. Kasihan sungguh hatiku pada waktu tuh. Cepat-cepat aku buang emosi! Doctor-doctor yang ada di situ terus tolak katil si ibu ke O.T. untuk Cessarian Section.

Aku berlari pergi ambil segala tube dan Ambu Bag. Obstructed labor yang berlanjutan sampai 2 jam lebih macam ini akan menyebabkan anak dalam kandungan asphyxia dan mungkin tertelan tahi sendiri(meconium staining).

Tahi sendiri?????????? Bagi adik-adik yang pelik, apabila bayi dalam kandungan asphyxia(tak cukup oxygen) anal sphincter si bayi akan terbuka sendiri. Maka tahi si baby(dipanggil meconium) yang berwarna hijau akan masuk ke amniotic fluid seterusnya dihisap kembali oleh bayi melalui mulut dan hidung. Ini akan menyebabkan paru-paru si bayi malfunction waktu lahir nanti.

Dalam O.T dah riuh-rendah. Lebih daripada 10 doctor O&G hadir. Ada 3 orang doctor bius dan 4 orang medical students. Dr paediatric waktu tu dah menghilangkan diri. Hari ini doctor lebih ramai daripada pesakit dalam O.T . Semua nak tengok obstructed labor tuh. Aku nak ajer ambil gambar suasana riuh-rendah dalam O.T tu tapi disebabkan takut kena marah, aku simpan balik mobil berkamera aku ke dalam poket.

Pesakit tak boleh bagi epidural aneasthesia pulak. Disungkupnya mulut dan hidung dengan Halothane, dalam beberapa saat si ibu sudah tidak sedarkan diri. Jelas di badan si ibu "bandl's Ring" (budak medic sila buat rujukan pasal ring ini, penting). Dalam buku O&G banyak kali termaktub, aku pun hafal, tapi tak pernah jumpa. Hari ini aku jumpa. Sangat jelas!.

Lower section Cessarian Section dilakukan. Terpancut keluar Ambiotic Fluid yang berwarna hijau(meconium staining) waktu amniotomy tuh. Mana pulak Paediatric ni?????????? Risau giler aku waktu tuh, yerla siapa pula nak resuscitate baby tuh? Baby ni high risk!!

Kepala dicapai dan terus seluruh badan bayi dikeluarkan dari rahim. Si nurse clamp umbilical cord dan potong. Waduh-waduh! Mana Peadiatrician ni? Semua doctor pandang aku. Selalunya aku yang resuscitate bayi kalau Dr Paediatric tak ada. Tapi bayi ni meconium aspirated dia sangat bahaya. Dah lama sangat aspirated sejak waktu trial of labor tadi!

Nak tak nak, aku cepat-cepat sarung glove dan ambil bayi dari tangan Dr Jeehan yang bedah tuh. Aku bawa cepat-cepat ke radiator. Dr Refaat ikut. Dr lain pun ikut nak tengok. Aku cepat-cepat lap bayi. Badan dia dah kebiruan sejak dibawa keluar dari rahim tadi (cyanosis). Aku capai suction saiz 8 dengan cepat dan suck terus mulut bayi tuh. Banyak gile meconium! Aku keluarkan suction tu dan suck pulak nasal baby. Bayi masih kebiruan!

Dr Refaat pegang suction. Aku apa lagi. Serah cepat la bayi tu kat dia! Dia sedut mulut bayi tu lagi sekali, hidung pulak. Still kebiruan. Lepas tu dia tanya Dr Paediatric mana??

Dia dah tanya macam tuh maknanya setakat itu ajerla dia buat. Sama ada dia tak ingat cara resuscitate bayi atau dia zuhud tak nak buat. Bagi aku ini bukan masanya zuhud. Frankly speaking O&G sangat sibuk belajar bidang O&G ni, bila bayi keluar ajer, dia pass kat paediatric. Tapi bila Paed tak ada, tu yg baby kebiruan sebelum datang Paeditrician tuh. Lama-lama tak ingatlah cara resuscitate.

Tuhan saja yang tahu takut tak takut aku waktu tuh. Dah la ramai dr O&G sedang memerhati, psycho giler! Aku capai suction dari Dr Refaat. Aku angkat baby kaki ke atas kepala ke bawah. Aku biar suction dalam mulut dia. Pastu aku tepuk belakang bayi. WUaa!! Dia Nangis! Tapi sekejap ajer, pastu senyap balik. Apgar Score waktu tuh dah 4! (markah penuh 10). Aku kene buat cara lain.

Aku ambil Ambu Bag cepat2, pastu aku pump sekejap! Waktu tu aku terfikir, kalau Ambu Bag tu positive pressure, maka meconium tu lagila akan masuk ke paru-paru! Aku dah silap! Cemas nak mati aku waktu tuh. Ya Allah selamatkan bayi nih!!!

Aku berhentikan ambu bag tu, aku letak jauh-jauh. "Dr Refaat, can u help me?" kataku. Dr lain nk hulur tangan. Bagus sangat. Aku suruh dia pegang kaki ke atas, aku tepuk kuat sikit belakang bayi. Suction tu aku letak sampai hypopharynx. Banyak meconium yang keluar! Tapi bayi still cyanosis! Endotracheal tube! Jerit ku! Aku tak pernah guna endotracheal tube ni kat bayi hidup. Waktu belajar kat kelas neonatology dulu aku practice kat bayi plastic ajer. Dekat labor room ni aku tengok ajer Paediatrician guna benda tuh. Aku tak pernah sentuh pun! Dah tak ada cara lain, aku masukkan endotracheal tube, nampak vocal cord!, Suction! Dr Refaat pass suction kat aku. Aku apa lagi, masukkan ke endotracheal tub, segala hijau yang aku nampak semua aku sedut. Dr Refaat waktu tu ambil alcohol terus dituang ke badan bayi untuk stimulate respiration. Bayi terbatuk!!

Aku tepuk lagi belakang bayi sambil baringkan ke sisi. Lagi banyak meconium keluar. Bayi dah nangis!! Fuh lega! Cyanosis semakin hilang. Cuma distal limb waktu tuh masih cyanosis.

Bila aku baru sahaja nak bagi adrenaline injection, waktu tu la baru nampak batang hidung Dr Mostafa . Entah ke mana dia escape. Geram betul! Dia tengok bayi tu dia periksa paru-paru dan jantung, lepas tuh dia suck skit then terus bagi adrenaline. Selepas beberapa lama, baru tangan bayi tu dah pink balik. Cuma kaki dia masih cyanosis. Paediatrician tu jelaskan sebab kenapa bayi tu masih cyanosis di kaki tapi aku tak dapat tangkap. Dengar-tak-dengar ajer aku waktu tuh. Ngantuk pun betul juga. Al least dia dah ada, aku dah lega, aku ngan doctor-doctor lain palingkan muka nak tengok si ibu, sekali dah siap suture perut!

Wah lamanya aku resuscitate!!!

Pengajaran-buatlah resuscitation banyak kali kerana setiap kali dilakukan skill akan bertambah dan nyawa bayi akan lebih selamat. Elakkan membuat kesilapan seperti yang aku lakukan di atas; jangan buat positive pressure ventilation guna ambu bag waktu MECONIUM ASPIRATION.

Fuh! Selesai! Bayi selamat! Cukuplah aku nak balik! Maka aku pun meng"escape"kan diri seperti Dr Mostafa…..(well I came there to learn, not to work, yet!)

Rahim Meletup !!!

Rahim Meletup!!

Disebabkan kedaifan berbahasa Melayu, pengarang gagal berjumpa istilah yang terbaik untuk menterjemah perkataan "rupture of uterus" dan istilah ini terus dijadikan Tajuk entry terbaru kerana lebih "catchy" dan "thrill!"

Hari ini seorang ibu dimasukkan di wad bersalin. Seperti ibu-ibu yang lain, setelah pemeriksaan oleh nurse, si ibu akan dibawa masuk ke ruangan menunggu untuk diperhatikan oleh doctor-doctor yang bertugas. Si ibu tidak mampu berdiri ketika keluar dari kereta. Kerusi roda diusung dari kereta sampailah ke wad bersalin. Aku dan kawan arab seperti biasa mengambil history dalam bahasa arab dan membuat pemeriksaan dengan Ultrasound, prosedur wajib yang akan mula-mula dilakukan.

"Mengandung," kataku pada Dr Ahmad. Mesti kalian berfikir, dah tentu masuk wad bersalin , maka tentulah mengandung! Aku tak salahkan mereka yang berfikir sedemikian namun aku tetap tak salah.(cis, keras betul kepala aku) Hampir semua orang arab akan buncit selepas berkahwin, baik lelaki mahupun perempuan. Menjadi masalah besar kerana kita tidak tahu perut itu buncit kerana penuh dengan lemak atau buncit kerana mengandung. Yang pastinya Dr Ahmad tak mengandung walaupun dia buncit. Hahahaha!

Selalu terjadi waktu di klinik dengan pesakit. Kita dah la kena ambil history dari dia. Secara detailnya kena tanya la dia datang sebab apa. Dah makcik-makcik yang datang semua perut macam bawa bayi, maka aku tanya la "Hadratak betegy el-mostashfa 3ashan el-7aml?(madam datang hospital sebab nak check kandungan?)" tanyaku. Berubah terus muka makcik tu. Dia terus bangkit dari kerusi. Aku terpinga-pinga.

"Makcik tu tak mengandunglah! Dia datang sebab vagina dia bleeding" jerit Dr. Mona yang memang kenal makcik tu. Manalah aku tahu. Desis hatiku. Dahla benda ni sangat sensitif kat Mesir ni. Tak pasal-pasal mak cik tu merajuk. Huhuhu.

Berbalik pada cerita tadi, so tak perlu tanya guna mulut,hanya dipastikan kandungan dengan Ultrasound. Kemudian barulah kita membaca presentation and lie of the baby, gestational age, amniotic fluid, fetal heart sound, jantina, any congenital anomalies dan pelbagai lagi menggunakan Ultrasound. Aku masih belajar cara guna. Nurse kat situ ajar aku cara nak guna. Credit for the nurse!

Ibu yang baru datang ni perutnya sangat besar. Termaktub dalam history multiparity yang bermakna dah banyak kali bersalin. Maka abdominal fascia, otot External Oblique, Internal Oblique dan Transverse Abdominis di perut tu memang dah longlai. Tu yang senang terbonjol. Orang Melayu mengamalkan berurut, diikat perut tu (aku dah lupa istilah dia, kena tanya wan, nanti aku update) maka takderla terbonjol perut tu ke depan lepas bersalin. Ala-ala Sofia Jane gituh. Pergh!! Mak cik ni juga ada history Cessarian Operation. Ada PIH pulak (pregnancy Induced Hypertension). Aku baca lab report dan cepat-cepat ambil Sonicaid letak atas perut. Baby dah asphyxia dah!

Dr. Ahmad pandang aku. Aku pandang Dr Mona. Dr Mona pandang aku balik. Siot! Pastu masing-masing senyum. "Please Guys I'm tired."kata Dr Mona. Waktu tu pukul 3 am. "I can assist but I don’t want to conduct"pesanku awal-awal. Nak tak nak Dr Ahmad kena buat Cessarian juga.

Ada sekali tu disebabkan masing-masing not available aku kena paksa buat Cessarian, bulan Mei kut, sebelum Exam Round rasanya. Nasib baik nurse banyak ajar nak buat macam mana lower segment CS, kalau tak aku lari balik rumah! Vaginal Delivery tak payah cakap lah. Apabila kepala bayi dah keluar dan tak sempat buat apa, nurse pun kena sambut, inikan pula kalau ada doctor available time tuh.

DR Ahmad sterile tangannya. Aku tengok Anaesthetist tengah buat epidural anesthesia. Aku sangat yakin dan percaya benda yang paling sakit dalam bersalin Cessarian ni bukan waktu perut terbuka tu, tetapi time epidural anaesthesia. Dan lagi sakit kalau anaesthetist tu kena masukkan jarum yang besar dan panjang tu banyak kali sebab tak dapat CerebroSpinal Fluid (CSF). Memang selalu terjadi. Nasib baik aku lelaki. Huhuhu(jangan trauma pula kaum ibu, banyak pahala demi pengorbanan si ibu)

Waktu operation pun tiba, CS ni sekejap ajer prosedurnya. Kalau Dr yang professional tuh tak sampai 15 minit pun dah siap semua. Nak tahu bila jadi lama operation tuh? Time inilah.

Apabila buka ajer peritoneum, bukan amniotic fluid ajer yang keluar, darah pun banyak yang keluar. "What happens?" I asked. Dr Ahmad tak pedulikan pertanyaanku. Raut wajahnya dah cuak. Tapi tetap buat kerja dengan penuh emotionless(the right thing to do). Dicapainya bayi lelaki tersebut terus dia pass kat aku. Aku pass pulak kat paediatrician yang bertugas.

Diseluk tangan ke dalam dinding rahim. "Oh no, the uterus has ruptured,"kata Dr Ahmad. Aku tak tahu rupture uterus tu terjadi waktu bila. Waktu mula-mula sampai tadi normal ajer. Maybe waktu beberapa minit sebelum operation atau ketika operation terjadi.

Amat bangang sekiranya kau tercegat di situ dan mempersoalkan bila benda tu terjadi. INI SUDAH OBSTETRIC EMERGENCY! (maaf bahasa kasar tetapi itulah hakikat, bangang gila, boleh mati si ibu tu sebab shock). Aku terus call tingkat atas hantar 2 pack darah type 0 dan berlari dapatkan Dr pakar yang sedang baca novel kat sofa tuh(sempat dia, cis!). Dr yassir letak buku dia terus berlari masuk ke OT itu. Tak sterile apa-apa pun. "Let me see it,"kata Dr Yassir. "Well you have to find the most lateral edge, the apex, and also see the extend of the rupture."

Dr Ahmad seluk tangan lagi. Dia cakap dia dah jumpa, waktu tu tangan dia di bahagian kiri pelvis. Aku nampak uterus tu tak central. " Remove your hand,"kataku lembut. Sekali aku nampak bonjol kat sebelah kanan, compress uterus itu ke kiri. "There is another lesion. Rupture of lower uterine segment into broad ligament. Moderate size swelling over here," kataku. Sebab aku tak confirm benda tu , aku terus kata "possible". Huuhuh. Selepas tu suruh Dr ahmad seluk ke situ juga. "He's right" kata dr ahmad.

Dr Yassir arahkan untuk incise swelling tuh. Evacuate bood clot tuh dan ajar macam mana nk suture semua koyakan itu dengan kemas dan kuat. Dr Ahmad yang buat. Aku belajar dan perhati macam mana dia buat, dengan penuh perhatian. Yerla, selalunya emergency ni unpredictable maka sekiranya aku tahu macam mana nak buat walaupun tak "hands on" aku berfungsi juga time emergency macam ni di masa hadapan. Tak adalah jadi useless dan hopeless doctor. Right?

2 jam wooo. CS ni jarang lebih setengah jam( di Hospital University Kaherah lah, kalau kat Malaysia lama gilaaaaaaaaaaaaaaa) . Tak percaya cuba experience sendiri. Minta maaflah kalau ada doctor Malaysia yang baca tulisan ini. Saya cakap direct aje yer, lama gila!. Ada seorang Chinese doctor ajer yang pernah saya hadiri di PPUM yang buat pantas dan cekap. Yang lain sakit kaki tunggu mereka habis buat kerja. Terhegeh-hegeh. Try tengok Doctor Arab buat macam mana. So adorable.

Setelah tamat prosedur tuh, Dr Ahmad berpaut kat bahu aku. "I'm exhausted habeby"he told me. "So do I,"balasku. Sekali ada patient disorong masuk ----"emergency"kata nurse yang tolak tuh. Aku, Dr Mostafa, Dr Yassir dan Dr Ahmad kesemuanya pandang Dr Mona.

"I smell SEXISM"kata Dr Mona.

"Well, we smell tutttttttttt enough" kataku selamba. Semua tergelak.

pengajaran: sila belajar topic rupture of uterus secara detail, kekurangan teory akan membantutkan perkembangan praktikal dalam masalah ini.

Nama-nama di atas bukan nama sebenar. Nama sebenar tidak boleh dinyatakan atas sebab MEDICOLEGAL IMPORTANCE.

Sambut Kelahiran Kembar

Sambut kelahiran kembar

Setiap hari daku datang hospital dengan fresh spirit dan penuh semangat juang untuk belajar. Hari ini aku datang ke Labor Room agak lewat. Dah solat Maghrib baru bertolak dari rumah.

Hari ini tiada beza dengan hari lainnya, sesak dengan ibu-ibu yang menjerit kesakitan menunggu masa untuk melahirkan anak dan sesak dengan doctor-doktor, jururawat, attendant dan cleaner yang tak duduk diam dalam labor room. Orang yang paling sibuk bukan doctor tetapi cleaner kerana perlu membersihkan di ruangan menunggu setiap 10 minit kerana di situlah si ibu tiba-tiba termuntah, air ketuban pecah(amniotic fluid), vagina tiba-tiba berdarah atau pun pelbagai discharge daripada ibu-ibu yang menanti untuk bersalin. Cleaner jugalah yg terpaksa membersihkan setiap Labor room untuk vaginal delivery yang akan dipenuhi darah, amniotic fluid atau pun kencing si ibu, meconium si fetus atau pun ibu yang melahirkan anak dan tahi(combo baik punyaaa). Si cleaner jugalah yang perlu membersihkan bilik Cessarian Operation yang berlumuran darah setelah setiap kali Operation.

Hari ni cleaner pulak yang menjerit. Aku ingat diorang memberontak tak nak buat kerja pulak, rupa-rupanya ada seorang ibu di katil ruangan menunggu yang tak conscious. Sonicaid diletak pada perut si ibu dan FHS (fetal heart sound) bacaannya agak rendah. Anak dalam kandungan dah asphyxia. Aku scan history dengan pantas. Ibunya ada hypertension, patutlah getus hatiku dan aduih! twin la pulak.

Seorang bayi berumur 28 minggu dan akaknya berumur 32 minggu. Kakaknya dalam keadaan Vertical tetapi songsang(kaki ke bawah atau dinamakan breech) manakala adiknya transverse lie(terbaring melintang macam superman). Cessarian! Kataku pada doctor-doktor yang ada.

Seorang Medical Officer pergi sterile tangan dia sementara aku menyiapkan kelengkapan menyambut bayi. Bayi ini berisiko tinggi, maka aku panggil seorang Paediatric untuk standby dalam Operation Theatre itu.

Ketika operation dijalankan, aku hanya sebagai pemerhati kerana tak pernah sambut bayi kembar, dah la tidak cukup bulan. Bahaya!! So aku standby tepi si ibu, memerhatikan bagaimana doctor membelah perut ibu. Dalam history termaktub polyhydramnios yang bermakna air ketubannya sangat banyak. So bila air ketuban nk keluar ajer, aku jarakkan sikit ke belakang dan air ketuban memancut keluar ke arah ceiling. Cepat-cepat nurse capai suction apparatus dan suck kesemua air itu. Kaki bayi pertama dah keluar dan dengan pantasnya kepalanya dikeluarkan. Doktor paediatric menyambut bayi pertama dan bergegas untuk resuscitate bayi di radiator. Bayi kedua dikeluarkan kepala dahulu kerana transverse lie, cepat-cepat aku sambut dan terus bawa ke radiator kedua.

Susuk bayi sangat kecil. Terasa buku O&G lebih berat daripada bayi tuh. Kulap cepat-cepat kepala dan badan bayi tersebut untuk mengelakkan hypothermia, kucapai Suction apparatus size 2 mm dan kusedut meconium, fluid dari mulut dan hidung bayi tersebut dengan pantas. Kugosok belakang bayi tersebut dan kutepuk tapak kakinya untuk merangsang respiratory systemnya. Bayi tersedak. Wua wuaa!!!! Nangis pun kau. Aku dah lega. Bayi kalau menangis maknanya bayi itu sihat dan perlu assess Apgar Score nyer. Aku tak assess dulu,dah 5 minit nanti baru aku assess, insyaallah bayi ini takperlu further resuscitation pun.

Aku angkat baby itu kaki ke atas kepala ke bawah, lebih banyak fluid keluar dan kusedut lagi dengan pantas(teknik ini aku belajar dari doktor lelaki, kalau doktor perempuan nampak aku buat macam ni dia jerit dah tapi cara ini berkesan asalkan jangan angkat tinggi sudah dan kepala dan leher bayi masih mencecah lantai). Kuturunkan kaki bayi dan kugosok belakang. Dia menangis dengan lebih baik dan regular ala ala Jacklyn Victor gituh. Umbilical cord nya aku picit dan dari situ aku dapat teka berapa heart rate nya (easy and reliable). 150 seminit. Well it should be no problem. Aku hanya letak alcohol pada belakang bayi untuk memastikan respiratory system berjalan dengan baik. Jantungnya diperiksa menggunakan stethoscope dan paru-paru turut diperiksa dengan menggunakan alat yang sama.

Dr paediatric suruh take over bayi pertama. Isk bayi pertama tu masih peripheral cyanosis lagi. Desusku dalam hati,"buatla kerja tu sampai habis." Geram hati aku. Kulakukan perkara yang sama seperti bayi kedua tadi. Aku buka Oxygen 40% dan salurkan tiub pada lubang hidungnya. Bayi itu seolah-olah dapat rasa tiub itu dan membawa hidungnya ke tiub dengan lebih dekat. Nak oxygen rupanya. Ni mesti dr paediatric tadi terlupa nk bagi Oxygen. Bayi pertama kembali pink colour dan aku lega. She is stable now. Dua-dua perempuan.

Kedua-dua bayi ditimbang sekali dengan besi clamp yang masih melekat dekat umbilical cordnya. 1.8 kg =underweight (normal newborn 3 kg). Pastu aku fikir balik, eh mana boleh compare dengan umur normal newborn yang cukup bulan. Twin ini tak cukup bulan. Setelah dikira, kedua-dua mereka preterm-appropriate for gestational age (AGA). Sesiapa yang telah belajar ilmu perubatan kanak-kanak pasti faham dengan istilah yang digunakan ini. Both are completely healthy tetapi masih perlu diletakkan dalam incubator kerana tidak cukup bulan dan risiko lain masih ada. Well I'm happy today.

Twins bring too much excitement to the doctor who receives the baby. Hari ini jantina perempuan lebih banyak daripada jantina lelaki. Secara tuntasnya saya katakan hari ini lebih baik. Nak tahu kenapa? Sebab 200 bayi yang lahir 3 hari sebelum ini semuanya perempuan. Tak ada lelaki langsung. Soon Egypt will be flooded with woman dan lelaki akan ada lebih banyak pilihan. Credit for the boys! Hahahaha

Bayi Tanpa Otak

Bayi tanpa Otak

Kisah benar yang kualami hari ni membuktikan kekuasaan Allah Subhanallahu Wataala.

Seperti malam-malam yang lain, aku akan "menempel" di bilik bersalin Hospital University Kaherah, Mesir. Ketidakcukupan doctor dan keletihan doctor-doktor yang bekerja lebih 24 jam untuk setiap sesi memaksa aku untuk menyambut normal labor atau membantu Medical Officer menyambut abnormal labor atau labor berisiko tinggi.

Malam itu dalam tapak tangan ini sendiri yang bersarung tangan, kuterima seorang bayi kurniaan Allah kepada sepasang suami Isteri penduduk Mesir, yang tak pernah kuketemu sebelum ini.

Bayi perempuan ini dilahirkan tanpa otak. Benar kataku. Tanpa otak atau dalam bahasa perubatan "Anencephaly newborn". Gambarnya ada kusisip di bawah:

Jika dilihat dari mukanya, ada congenital anomaly (neural tube anomaly) di bahagian mukanya dan sekiranya diraba (palpate) kepalanya, kepala bayi ini tidak bertengkorak. Hanya ada kulit lembik berambut yang mendap ke dalam. Bayi ini dilahirkan tanpa otak.

Aku terfikir jauh mengenangkan mengapa Allah jadikan bayi itu sedemikian rupa. Bayi itu bernafas namun kancing gigi (convulsion). Aku dapatkan doctor paediatric (katakan doctor x) yang bertugas pada malam itu. Beliau datang ke radiator dan memeriksa bayi tersebut.

"She is anencephaly. She will not survive. I will tell the mother and father. When they have seen the newborn put her here. She will die after a few moments," said doctor X.

Aku akur dengan kata-katanya. Namun aku curiga. Bukankah kejam sekiranya membiarkan bayi tersebut dengan radiator terpadam tanpa sebarang oral nutrients mahupun lampin atau baju seperti newborn lain, dan membiarkannya menanti saat diambil Allah? Aku terkedu waktu itu namun tidak berpeluang berfikir panjang kerana orang bersalin setiap minit dalam masa 24 jam.

Cukup masa..aku berlalu pulang

3 hari kemudian, aku datang kembali ke Labor room setelah bercuti hujung minggu(bukan cuti sebenarnya, banyak kena study). Dengan Nama Allah yang Maha besar, aku kaget, mulutku kelu tidak terkata selama beberapa minit apabila melihat bayi tanpa otak itu masih berada di situ. Belum mati walaupun tidak dinyalakan radiator, tidak diberi air, tidak diberi antibiotic, tidak diberi oral nutrients!

Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu itu. Aku lantas naik tingkat 5 dengan menaiki tangga dan memanggil pakar paediatric yang bertugas. Doktor Y yang bertugas hari ni. Beliau mengikutiku terus ketemu bayi tersebut. "We must not let her like this" katanya. Disuruhnya nurse mengambil oral tube dan nutrient yang diperlukan dan dengan bantuanku, disalurkan makanan ke mulut bayi tersebut. Parentral Vitamin K diberikan dan pemeriksaan menyeluruh dijalankan.

Saat itu, Dr X tiba dan memberi salam pada doctor Y tadi. Beliau terkejut dengan bayi tanpa otak yang masih hidup itu. Beliau diam membisu tidak berkata apa-apa memerhatikan Doktor Y membuat kerjanya. Setelah 4 hari bayi tersebut dijaga dengan penuh kasih saying olehku dan nurse-nurse yang bertugas, bayi perempuan itu melepaskan nafas yang terakhir di atas radiator Bilik Bersalin itu. Aku sedih namun tak mampu berbuat apa-apa memandangkan terlalu sibuk menyambut bayi-bayi yang baru lahir.

Selang beberapa hari kemudian, seorang lagi Bayi tanpa Otak lahir, namun kali ini disambut oleh doctor lain. Doktor X ada bertugas pada hari itu. "What should we do then?"ask me.

"We give her oral nutrient and you faizal please help me to manage this baby. We don’t know what will happen, it is Allah's job to give or to take lives. We do what we should do,"kata doctor X kepadaku. Hari ini baru aku dapat menjawab persoalan diriku tempoh hari mengenai mengapa bayi tanpa otak Allah lahirkan.

Bayi ini bayi istimewa, walaupun hanya 3 hari tempoh hayatnya, bayi ini dapat memecah keangkuhan doctor pakar Paediatric yang telah bertugas 30 tahun lamanya, mengubah persepsi beliau mengenai kehidupan dan mendidik doctor pakar ini menjalankan tanggungjawab penuh zuhud dan tanggungjawab.

Engkau terlalu istimewa sayangku..air mataku berlinang saat ini mengenangkanmu. Al-Fatehah

Papa ku koma (april 2009)

Papa ku Koma

Panas terik tengah hari itu bukan sahaja membakar kulit gelapku dan menyalai rambut panjangku, tetapi juga membakar tekadku untuk study di rumah dengan tekun hari ini kerana kepanasan di hospital membuatku sukar "bernafas" apatah lagi nak fokus waktu kuliah.

Sekali terdengar lagu Beyonce menerjah gegendang telingaku. Siapa pulak yang sms waktu tgh hari ni? Termaktub di mobilku sms daripada "mama+Malaysia". Kucepat-cepat tekan butang open waktu tuh.

"Salam angah, tadi mak cik call mama, dia kata papa awak di Hospital Seremban sekarang. Sakit teruk. Cuba awak call mak cik tanya dengan lebih lanjut" kata mamaku.

Berdegup kencang jantungku waktu itu. Terasa seolah-olah baru lepas berlari. Tachycardia dan fatigue kedua-dua belah kakiku.

Pembaca mesti pelikkan kenapa mamaku tak sibuk-sibuk pasal papa, at least sedih la sikit. Sebenarnya papa ku yang koma itu adalah ayah kandung aku. Mama aku telah menuntut fasakh di Makhkamah Syariah waktu aku berumur kurang 3 tahun.

Aku dan abangku dibesarkan oleh mama, nenek dan arwah datuk. Mamaku berkahwin semula setelah lama menjanda ketika umur aku 13 tahun, sewaktu aku di SMAPKajang. Kemudian aku dijaga pula oleh abah(ayah tiriku) seorang pegawai tinggi tentera yang penyayang, sungguh bertanggungjawab dan Strict.

Aku dan abangku tidak dipedulikan oleh papa(ayah kandung). Malas nak dikisahkan cerita sedih ni. Secara tuntasnya dia tidak bertanggungjawab.

Sebab tu mama aku buat "dunno" ajer, dah bukan suami dia, cuma dia maklumkan kepada abang aku dan aku melalui sms.Beberapa minit kemudian, mobil aku berdering kembali. Makcik dan pakcik aku(adik papa) menghubungiku. "Angah tak dapat balik ke? Papa angah teruk ni, dia di wad tingkat empat, xtau la wad apa nih"kata mak cik aku.

"Angah tak tahu lagi la makcik, kena tengok dulu flight available bila, duit cukup ke tak nak beli tiket." Dalam hati aku masih ada keraguan, selalunya ahli keluarga belah papa ni suka exaggerate lebih-lebih. Aku pun call mama, dia kata dia di hospital sekarang.

"Papa awak demam lama, batuk-batuk kering, demam waktu malam, berpeluh-peluh kalau malam tidur"kata mama. "Papa kena TB ke? Dia kat wad TB ke?"terjahku. "Tak taulah mama, jap mama tanya………a ah angah, pesakit kat depan ni kata wad ni wad TB" Aku dah agak dah. Early provisional diagnosis aku betul. Aku tanya lagi "macam mana mama tau keadaan papa tuh? Ada family ke sekali ngan dia tuh?" Mama kata Kak Ton bagitau. "Siapa pulak Kakton nih? "tanya aku. "Isteri baru papa awak lah, dia baru kahwin bulan lepas"selamba mama aku jawab.

Terkejut beruk aku waktu tuh. Beruk pun belum tentu terkejut macam aku. Di luar pengetahuan papa aku dah kahwin baru. Yang ini kiranya isteri ketiga dia la nih. Aku senyum sinis ajer waktu tuh sebab aku nak tengok berapa lama pulak perkahwinan ni boleh tahan setelah tahu perangai papaku sebenar. 

Isteri kedua dia dulu aku kenal anak-anak dia sebelum diorang kahwin lagi. Perkahwinan tuh bertahan tak sampai 2 tahun kalau tak silap. Well , anak-anak perempuan tu well educated, lambat laun diorang akan tahu juga. Memang betul firasatku. Saudaraku belah papa kata papa dihalau keluar dari rumah oleh anak-anak perempuan itu sendiri. Aku tak cakap banyak apabila tahu. He deserved it.

"Owh, dah kahwin rupanya"kata ku kat mama. "So when u saw him, do I have to return to Malaysia , based on his condition?"tanyaku. "You don’t need, just follow up his condition daily. You have lectures and round to be attended," kata mama. Aku setuju.

Esok harinya dapat sms lagi daripada mak cik aku, katanya papa dah masuk CCU selepas sesak nafas pagi tadi. Aku terus telefon hospital. Doctor Yu tu kata papa aku koma third stage, not responding to painful stimulus, depends on mechanical ventilation. Aku bergegas keluar dari hospital waktu tuh, pergi ke tahrir beli tiket. Cuma sempat pesan kat Ayep ngan Sukainah tolong ambil nota mana perlu, pulang ke Malaysia seminggu, URGENT.

Terjumpa kawan arab aku di tengah jalan, Ahmad dan Mostafa. Mereka ni dah macam adik beradik sendiri. Mereka tengok muka aku tak seperti biasa mereka terus tanya," Malak yabny?Fe haga?" aku terus bagitau situasi aku sekarang. Dipegangnya tangan aku terus naik tramco ke tahrir beli tiket flight.

Aku punya fikiran waktu tu dah terbang jauh dah. Abangku tidak dapat dihubungi. Dia berada di pelantar minyak. Dia seorang jurutera syarikat minyak tempatan. Di tengah-tengh laut tu mana ada internet, kabel network untuk handphone. So mustahil dapat contact dia. Dia naik ke darat pun paling kejap pun 2 bulan sekali di Miri. Memang akulah waris yang perlu berada bersama papaku pada saat-saat genting macam ni. Air mata aku dah puas berlinang dari kecil sampai ke besar mengenangkan nasib kami adik-beradik. Apabila papa aku dah koma macam ni, setitik air mata pun tak keluar. Aku tak tahu kenapa. Emosi aku telah ghaib.

Aku Berjaya dapat tiket untuk pulang ke Malaysia hari itu, tetapi sangat mahal, Le5000 untuk Egypt Air, yerla emergency seat, flight lain lagi mahal. Angkat ajer la. Duit simpanan aku yang kubawa rabak di situ. Nasib baik ada duit simpanan, kalau aku pergi Europe musim sejuk aritu, tak ada duit simpanan, menebal muka la meminjam dari kawan-kawan sebab nak beli tiket flight. Aku lebih memilih untuk meminjam dari kawan-kawan berbanding minta dari mama. Mama dah banyak sengsara, tergadai rumah di Shah Alam sebab nak bayar hutang dan memberi pendidikan kepadaku dan abangku. Aku tak sampai hati nak meminta lagi.

Malam itu, berbekalkan beg kecil yang diisi baju dan buku, terus aku ke lapangan Terbang Antabangsa Kaherah, kawan arab aku hantar. Banyak aku berhutang budi dengan mereka berdua ni. Rapat betul. Aku ngan abang aku pun takde la serapat macam ni. Mungkin mereka fikir aku keseorangan di sini tanpa keluarga, maka dijaganya aku dengan baik sekali, dah lima tahun dah. I love you guys.

Aku menaiki kapal terbang…………………………Fikiranku terasa terbang lebih laju daripada kapal terbang ini…….tidur adalah agenda terbaik sebelum berhadapan dengan emosi yang lebih menggusarkan ketika sampai di Malaysia nanti.Perjalanan mengambil masa 12 jam, sungguh meletihkan mental dan fizikal.

Sampai di Malaysia, aku call mama, abang aku lak yang jawab. "Aik, bila awak naik darat nih?" Rupa-rupanya waktu mama aku sms dia, kebetulan dia naik darat di Miri, terus dia beli tiket MAS ke KLIA. Alhamdulillah, ada rezeki dia tengok papa. Abang aku kata lagi 15 minit mereka sampai ke KLIA.

Naik ajer kereta, mama ngan abah suruh terus ke hospital Seremban, takut tak sempat jumpa pulak nanti. Nyawa ni Allah nak tarik bila-bila masa ajer. Aku dengan abang aku akur walaupun masing-masing berpandangan, letih tak terkira, boleh tak rehat dulu?

Setelah 30 minit abang aku memandu, ikut highway mana entah, terus je sampai. Aku buta arah sebenarnya. Balik setahun sekali, lepas tu jarang keluar drive, mana nak ingat jalan.
Sampai ajer hospital(pukul 12 am), kami tak boleh naik, yerla security tight hospital kerajaan ni. Lagipun bukan hospital sendiri. Kalau hospital University Kaherah tu, mana-mana bilik jer aku ada access nak masuk. Sini limited ok, maka perlu difahami.

Mama aku call mak tiri aku@isteri ketiga papa aku suruh ambil kami adik beradik naik atas. Maka terjumpalah kami adik beradik dengan mak tiri aku tuh buat kali yang pertama. Disambut dengan senyuman, kami salam dan terus naik tingkat 4 CCU( critical care Unit).

Aku masuk ajer bilik CCU tu aku tengok papa aku tak ada spontaneous breathing. Semua pakai ventilator. Aku tanya nurse , ada bagi Diazepam ke atau memang dia tak bernafas sendiri. Nurse tu kata Dr Yu bagi Diazepam.

Satu tips untuk bakal-bakal doctor: ANDA PERLU MENJADI ORANG YG TIADA EMOSI "EMOTIONLESS" KETIKA MANAGE PESAKIT. Sebelum masuk hospital aku dah mindset kepala aku macam tu, maka aku takder rasa nak menangis bila tengok keadaan papa aku yang sangat menyedihkan. Aku minta semua lab report. Nurse tu tak kasi dia kata ini medicolegal document. Aku terlupa bahawa aku bukan di hospital sendiri. Maka aku minta nak jumpa Dr yu. Dr yu datang 30 minit kemudian.

Papa aku punya Diabetes deteriorating, flaring up infection everywhere. Apparently moniliasis or Oral Thrush can be seen,pigmentation of the skin, severe cachexia, bilateral tender pitting edema until the level of the hip, palmar erythema, jaundice, oliguria , semua ni aku nampak waktu mula-mula aku masuk CCU tadi. Buat macam rumah sendiri, aku gapai stethoscope kat situ (stethoscope aku tertinggal dalam kereta) massive pneumonia papa aku, ada crepitation at both sides of lung.

Bila Dr Yu datang, aku minta nak tgk semua report. Aku cakap kat dia aku medical student tahun 5. Dia pun sibuk. Diserahnya semua dokumen tu kat aku. AKu tengok CXR (chest X-ray) ada massive pneumonia. CBC(complete blood count) ada leucocytosis, increase ESR, CRP. Liver function test aku teliti- Papa aku ada acute hepatic failure. Kidney Function test- creatinine lebih 200! Acute Renal Failure. Fasting Blood Glucose indicates diabetic (waktu ni dah control oleh ubat hospital). Aku minta Blood Culture and sensitivity, dia bagi yg semalam punya, macam-macam bacteria ada dalam darah papa aku seperti Corynebacterium spp., obligate anaerobes including Bacteroides, Peptoniphilus, Fingoldia, Anaerococcus, and Peptostreptococcus spp. Dan tentunya bacteria yang paling aku benci Streptococcus, Serratia, Staphylococcus and Enterococcus spp.

Aku tengok papa aku tu pupil mata dah tak reactive dah. Hati aku berdebar-debar waktu tu. Aku request waktu tu juga EEG. Nasib baik ada brain wave lagi, maknanya papaku belum mati otaknya lagi, cuma circulation failure ajer sekarang ni disebabkan septicaemia oleh polymicrob tadi.

Doctor tu sibuk, kena kendalikan 60 pesakit dalam satu masa, maka memang susah dia nak concentrate. Aku dengan muka tak malu interfere management papa aku. Dr Yu cakap kat nurse, "He knows what's he doing, the patient is his father". Right decision!

Aku pun apa lagi. Aku request CXR lagi, Ultrasound, Blood Culture untuk papa aku. Nurse tu kata "kan kami baru buat semalam?". "Saya perlu yang recent punya dan specific untuk fungal infection" kataku dengan optimis. Nurse tu akur. Aku pun terus jumpa abang aku, terangkan macam mana keadaan papa kat mama, abah(ayah tiri) dan mak tiri aku. Then decide untuk balik rumah subang.

Kembalinya aku esok hari, ramai gila saudara-mara aku belah papa hadir. Lama betul aku tak jumpa mereka. Yerla, papa pun dah berapa tahun tak jumpa, inikan pula saudara mara lain. Aku salam, malas nk berborak, terus minta masuk ke CCU. Disebabkan aku ni medical student, security tu tahu, dan nurse-nurse tu tahu, aku seorang ajer yang dibenarkan masuk.

Aku tengok Blood Culture malam tadi seperti yang aku jangka, macam-macam fungus dalam darah seperti Candida Albicans dan adik-beradik dia. Aku request antifungal treatment kat Dr Yu. Pastu aku tukar bagi multi-antibiotics yang lain untuk bacteria. Dr Yu tulis dalam report dan bagi intravenous infusion massively. Aku tengok Ultrasound- sekali tak reti baca.huhuhu.

Waktu undergraduate ni tau prescribe, indication dia ajer, dah H.O. nanti baru belajar detail. Tapi radiologist punya komen ada tulis kat situ. Ada mild ascitis in the abdomen tapi tak dinyatakan serous fluid atau darah yang berkumpul kat situ. Dr Yu tengok dia ignore ajer ascitis tu, maka aku pun ignore, kalau darah dah tentu dia sorong katil papaku ke emergency sekarang ni.

CXR sama macam semalam, tiada apa perubahan. Keadaan di luar CCU sangatlah bising. Saudara-mara papa aku memang ramai. Adik-beradik dia ajer dah berbelas orang. Inikan pula sepupu aku. Anak-anak sepupu aku. Pendek kata entah sapa-sapa. Aku tak kenal, jarang sangat jumpa. Dan aku malas nak jumpa. Mesti pembaca fikir teruknya la penulis blog ni, saudara sendiri pun tak nak jumpa.

Bukan apa, saudara-mara belah papa aku ni tak hiraukan kami adik beradik pun sejak dari kecil apabila keluarga kami berpecah. Tiba-tiba bila abang aku dah jadi jurutera berjaya, aku dah ambil medic, ramai pulak yang tetiba datang, baru nak meleret senyuman, baru nak tanya khabar, nak minta rekomen kerja daripada abang aku, suruh tengokkan jantung pakcik ni, pakcik tu nak operation jantung, kalau aku kenal mana doctor-doktor kat IJN tu minta kurangkan kos, baru la nak ajak datang rumah. Shit la! Kalau ada golongan ini yang baca blog ni, aku cakap terus-terang ajer. Pergi Mampus! Hipokrit punya manusia. Aku hanya menjalankan tanggungjawab aku pada keluarga belah mama aku yang membantu membesarkan aku dan abang aku dari kecil sampai besar. Itu aje. Waktu kat hospital aritu, mereka minta itu dan ini, aku cakap senang ajer, "takperlah, lain kali aje, tak berminat".

Malam tu ada baca yaasin kat rumah bapa saudara aku di Seremban. Abang aku pergi, aku tak pergi, aku nak jumpa doctor. Mereka suruh abang aku bermalam kat rumah mereka. Abang aku tolak. Aku tanya kenapa? Dia tak nak terhutang budi dengan keluarga belah papa ni. Good point. Maka pada malam itu aku dengan abang aku tidur hotel Royal Bintang kat Seremban tu sementara mak tiri aku nak stay kat hospital bersama tok cik.

Hari keesokan harinya, kami kembali ke hospital. Setelah kuperiksa papa, aku dapati tiada apa yang berubah. Antibiotics dan antifungal memperlihatkan kesan selepas 2 hari(Prof ENT aku habaq, kalau tak aku tak tahu nih). So aku memang expected hari tu tak ada apa. Cuma wajah murung mak tiri aku ajer yg jelas kelihatan. Aku jelaskan padanya kesan ubat tu akan nampak setelah 2 hari. Dia angguk. Aku pun decide untuk balik kampung tengok nenek aku di jelebu. Dia dah siap masak dah untuk kami. Kami yang kelaparan makan bersama-sama nenek dan moyang sehingga habis lauk tengah hari tu. Huhuhuh. Dah setahun tak makan sama, so bila makan, bersemangat la masing-masing.

Orang tua, gembira bila cucu dan cicitnya kembali membisingkan rumah, kalau tak rumah kampung tu sunyi aje. Termenung ajer menggamit memori. Sedih juga bila mengenangkan nenek dan moyang di kampung ni, namun apakan daya masing-masing ada kerja dan study untuk disempurnakan. Talian telefon ajerlah pengganti diri. Suruh guna internet nenek tak tau guna. Kalau ada sepupu balik kampung baru la dipasangkan webcam untuk nenek ngan moyang aku tu. Barulah senyum kembali berputik.

Nak maghrib tu aku minta diri untuk pulang ke rumah mama di Subang. Mama dah standby kat rumah dah ngan abah(bapa tiri aku). Adik beradik lain ada kat rumah tengok tv. Rumah kembali riuh. Malam tu mama ajak makan luar sebab anniversary mama ngan abah. Kami pun keluar malam tu makan di Damansara kalau tak silap, seperti biasa akukan buta arah, huhuhuh. Malam tu aku yang bayar makan semua. "Banyak duit angah," kata mama. "Kalau anak orang mampu belanja, takkan la mama abah pula angah tak mampu belanja" kataku. Tersedak abang aku. Mama aku bersorak " wah, wah panasnya telinga, keluar tahi telinga,hahaha". Aku cakap biasa ajer, tapi abang akulak yang tersedak, mama aku lak perli abang aku yang rajin belanja awek dia tapi susah betul nak keluarkan duit belanja parent. No offence bro!HUHUHu

Keesokan harinya , kami berdua kembali ke hospital. Aku bersyukur pada hari tu kerana antifungal dan antibiotic baru yang aku prescribed tempoh hari dah menunjukkan response. Mata papa mampu dibuka in response tu voice, Cuma temperature nya masih tinggi dan slightly tachycardia. Papa masih drowsy. Dia ingat tak ingat. Aku capai stethoscope yang kubawa terus ku periksa paru-paru papaku. Upper left lobe dah normal, cuma lobe lain masih ada crepitation.

Aku palpate liver dan aku nampak raut wajahnya berubah. Begitu juga apa bila aku palpate kaki kiri dia. Aku tulis dalam report tender hepatomegaly and left limb DVT for further investigation. Urine dah bertambah. Dr Yu senang betul kerja dia hari itu. "good morning dr faizal, how are you?" selepas itu dia baca report aku tulis dan terus request Doppler for DVT and CXR sekali lagi.

Saudara-mara yang menunggu di luar terus berkerumun mengelilingiku bertanya hal papa. Aku jelaskan keadaan sebenar. Masing-masing mengucap Alhamdulillah. Baru mak tiri aku tersenyum hari itu. Ada ke petang semalam Dr Yu tu cakap kat mak tiri aku tu keadaan papa aku teruk. Yerla. Mak tiri aku tu bukan doctor, orang kampung, mana la dia tahu perkataan good prognosis, bad prognosis nih. Menangis dia semalam, dia call suruh aku ngan abang aku datang hospital waktu kami kat restaurant tu. Aku buat pekak ajer.Bila aku jumpa dr Yu pagi tu aku tanya dia "what did u told my mother?She was damn worried." Dia hanya jawab "Isn't she?". Nak aje aku piuh pipi dr Yu waktu tuh.

Petang tu aku balik rumah Subang dan buat apa yang perlu sebab lusa esok malam aku akan kembali ke Kaherah. Aku pun tak risau sangat sebab aku yakin papa aku akan pulih seperti sediakala. Cuma aku pesan kat mak tiri aku jaga makan minum dia, sekali dah ada kencing manis, sampai mati akan ada kencing manis, papa kena kawal makan minum. Jangan merokok langsung walau sebatang kerana mengganggu healing process of the lung.

Esoknya aku singgah ke Giant Shah Alam yang sangat dekat dengan rumah untuk beli cermin mata. Kakak aku hantar, kemudian beli barang sikit. Mama waktu tu ada belajar agama di masjid Negara dengan kawan-kawan dia manakala abah pergi main golf, biasalah hari sabtu. Memang tu la kerja abah, golf , golf and golf. Aku kejut abang aku pergi Hospital Seremban. Papa aku dah kenal orang. Dia nak bercakap tetapi endotracheal tube menghalang dia untuk berbuat demikian.

Aku pesan kat pelawat-pelawat suruh kekalkan baca yaasin. Bukan apa banyak yang aku lihat di hospital kadang-kadang Allah bagi kesempatan untuk pesakit sedar dari koma dan sihat seperti sediakala, tujuaannya untuk memberi kesempatan bertaubat. Selepas itu banyak pulak pesakit-pesakit ini yang akan mati mengejut. Aku ingatkan semua yang hadir. Aku tutup mechanical ventilation sebab aku nampak papa aku dah boleh ventilate sendiri dengan rate 30/minute. Mak tiri suruh cabut, tetapi aku tak benarkan kerana papa aku boleh kena respiratory arrest bila-bila masa sahaja dan untuk masukkan kembali endotracheal tube itu, akan menyebabkan kecederaan pada salur pernafasan dan reflux esophagitis dari stomach acidity.

Petang itu aku maklumkan kat mak tiri aku dan family yang ada di situ aku kena pulang ke Mesir kerana ada peperiksaan dan kuliah. Tetapi aku tak benarkan mereka maklumkan pada papa kerana dikhuatiri papa hilang semangat. Abang aku akan stay situ lebih kurang seminggu sebelum kembali menjadi anak laut@ orang minyak.hahahah jangan marah bro!

Setelah aku buat apa yang patut di CCU pada hari itu, aku keluar dari CCU dan kembali menjadi manusia beremosi, of course setelah papa aku dah kujalankan tanggungjawabku. Aku mengorak langkah bersama abangku ke escalator dan berdoa semoga Allah memanjangkan umurnya. Kini papaku masih sihat bersama mak tiri aku. Kukirimkan doa dari jauh. Semoga papa bahagia bersama isteri tercinta. Dan biarkan aku bahagia kini bersama abangku, mama, abah , fitri, kaklong dan ili dan keluarga sebelah ibuku. Aku dan abang hanya mampu call sekali sekala dan menziarah papa aku sekali-dua kali setahun. Lebih dari itu aku tak mampu. Hati mereka yang menjagaku sejak dari kecil perlu dijaga dan aku tak ingin disakiti lagi…tiba masanya aku bahagia. Doaku dari kejauhan.

Karnival 2008 sebalik tabir

Karnival Perubatan 2008-di sebalik tabir, dugaan dan fitnah
Blog ini ditulis untuk meluah perasaan-dont expect benda yg baik2 ajer aku nk tulis kat sini-benda yang baik aku x perlu luahkan kat org-benda yang x baik itu yg perlu-stress management-read at ur own risk!!!!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ni nak cerita sedikit pasal Karnival Perubatan yang diadakan tempoh hari. Yang ni dari perspektif pengarah Karnival, kalau korang dapat cerita lain tu maknanya daripada perspektif org lain yer, tolong jangan samakan.
Tanggal 30,31 Januari dan 1 February yang lalu bertempat di dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, perubatan telah berjaya mengadakan Karnival Perubatan 2008.
Dengan tenaga 24 executive committee dan 77 orang ajk kecil, kami telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti seperti acara dalaman ( chess, dam aji, win loose or draw, ping pong, pencarian perempuan melayu terakhir, sudoku, pre evolution soccer, kuiz al-quran, scrabble, regu, spelling bee, balas pantun, goreng pisang), acara luaran (bowling, bola tampar, bola keranjang, futsal, netball, balapan) dan pelbagai acara sukaneka.
Di samping itu diadakan juga jualan makanan seperti bazaar selama 3 hari di Arma yang mendapat sambutan pelajar perubatan di Mesir, pelajar agama Azhar, pelajar perubatan Russia yg bercuti di sini dan lain2 lagi.
Pada hari terakhir juga kami adakan sambutan khas untuk pelajar2 senior tahun akhir yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan mendapat keputusan yang mengkagumkan. Semoga yang hadir sedikit sebanyak mendapat inspirasi dan motivasi daripada mereka. Itu saja yang mampu kami berikan untuk masyarakat perubatan di sini. Banyak dugaan yang berlaku sejak perancangan program ini lagi. Tak terkata dibuatnya.
Yang mampu dibuat hanya menelan dan memikirkan jalan penyelesaian. Ada option lain??? Antara perkara yang tak dapat dilupakan ketika khemas siap dipasang sendiri oleh tulang empat kerat Unit jualan dan makanan dibantu rakan2 lain.
Ada ke patut khemah tu boleh runtuh pada hari pertama. Kain khemah tu boleh terbelah dua disebabkan angin yang sangat kuat. Ada sahabat yg pegang kain tu di suatu penjuru, ketika angin kuat tu, khemah tuh nak terbang dah, dgn sahabat2 tu skali terangkat, tak tercecah kaki ke Bumi, tapi jatuh balik laa, gravity Bumi masih kuat. Saya dah cemas, ni kalau jatuh, habisla, peniaga2 tengah memasak, pelajar2 tgh makan dalam khemah, maka saya mengambil keputusan terdesak untuk menurunkan khemah. Tak payah pakai khemah atas sebab keselamatan.
Sejuknya memang tak terkira, pakai khemah pun dah sejuk mcm tuh. Sup nasi ayam yang panas pun bila nk makan jadi sejuk, menggeletar tangan yg menyentuhnya. Sukaneka lelaki pukul 7 am hari Jumaat, kurang mendapat sambutan. Sejuk sangat pun betul, org tengah tidur lagi pun betul. Ada 4 kumpulan aje, yang lain sume datang arma lewat dan terus mengisi perut. So lepas ni x yah la buat sukaneka pagi2 yer, susah nak bangun. Acara2 outdoor memang mendapat sambutan, sy cuba masukkan balapan tahun ni.
Ada 100 m, 400m, 4X100m, 4X400m dan 1500 m. Alhamdulillah ramai pulak yang masuk. Terima kasih kepada Unit Pertolongan cemas yang membantu pelari2 yang mengalami kecederaan selepas berlari. Acara pun bertambah tahun ni, maka saya naikkan budget daripada 1500 pound tahun lepas ke 2000 pound kali ini. Nasib baik peruntukan cukup, alhamdulillah.
Budget Apabila mendapat mandat sebagai pengarah, sy terima sebab sy nk bawa beberapa perubahan. Tetapi bukan perubahan2 ini yang menakutkan sy, tapi duit peruntukan yang menggusarkan saya, perlu rancang dengan teliti agar semua yang dirancang berjaya.
Bila kena cari sponsor, hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya untuk habiskan study dan cari sponsor dalam masa yang sama. Pergi cari alamat syarikat yang boleh dipanjat, turun naik pejabat Dato' Duta untuk dapat cop dan pengesahan serta sokongan. Semata-mata nk membawa sesuatu yang baru-mencari duit bukan lagi seperti program2 perubatan sebelum ini, menerima duit.
Menebalkan muka dengan strategi marketing, bukan lagi menebalkan muka dengan strategi peminta sedekah. Executive committee saya sume busy peksa, dah bahagi2 sponsor pun x nak juga, lagipun diorang banyak subjek, so saya akur kena cari sendiri sponsor.
Minta tolong Arif, Marsyitah, Siti Farhan dan Shuib Khairuddin untuk sama2 cari sponsor, walaupun mereka ni tak tertulis langsung nama mereka sebagai executive committee Karnival Perubatan. Semoga allah Membalas jasa2 sahabat2 sekalian. Meeting dengan sponsor lebih drpd 20 kali kali. Pejabat masing2 bukan dekat ground floor pulak tu, X guna lift, terpaksa la panjat tangga tu. Office pulak ada dekat sabe3, ada kat heliopolis, ada dekat Maadi, ada dekat Mohandeseen etc.
Nasib baik ada motor, kalau naik teksi la, tokey balak pun bankrupt. Mesyuarat lama pulak tu, setiap kali balik lewat malam, saya terpaksa menyengkang mata tak tidur malam sebab nk habiskan study. Ada sekali tu tidur 4 jam ajer dalam seminggu. Sampai jatuh2 motor sebab tak fully conscious, cedera kat kaki berparut lagi, thrill sungguh!!
Petronas yang selama ni bagi peruntukan kali ni x bg peruntukan. Katanya peruntukan tak ada. Dah bagi raya aritu untuk sambutan raya di Alex. Isk isk, yang ni pun aku geram, program raya tu untuk satu muhafazah boleh bagi sampai 7000 dengar kata, Karnival perubatan ni untuk semua Muhafazah kecuali alex sbb diorang ade peksa, tapi satu sen pun tak dapat. Kecewa sungguh. Simpan ajer sorang2 sebab committee carnival lain masih peksa.
Syarikat Manyalawi pulak tetapkan beberapa peraturan selaku sponsor terbanyak. Saya kata ok ajer syarat2 yang ditetapkan, ajer asalkan dapat duit sponsor. Kalau tak dapatlah sponsor ni, semua program tak jadi. Encik Puat banyak betul membantu, memahami sungguh. Minta jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, maklumlah bulan satu kerajaan memang tak ada duit. Lagi2 nk pilihan raya ni. Katanya duit masuk pertengahan bulan 2 atau bulan 3.
Beliau kata pada mulanya boleh bagi 5000 pound, tapi masuk akaun perubatan kemudian bila dah dapat duit, disuruhnya dahulukan duit Perubatan dahulu. Duit sewa padang dah guna duit pelajar 1300 pound, cash dah kena ada, so sy try minta Bendahari Kehormat Perubatan. Kata beliau maximum boleh keluar 1500 pound, iaitu 500 dr perubatan dan 1000 dahulukan bagi JPMK. Saya naik pelik so tanya kenapa. Katanya JPMK belum confirm boleh dapat cash berapa.
Dalam kepala saya memang betul pun. So sy Tanya lagi kalau betul masuk 5000 pound duit peruntukan Karnival ni macam mana? Kata beliau nanti kita boleh buat jamuan untuk ajk Karnival dan selebihnya bayar hutang----------- ????????
Sy hanya jawab satu perkataan saja UNREASONABLE pastu trus blah dr meja computer berfikir nk buat macam mana supaya kewangan cukup.Call en Puat balik, beliau setuju kalau ambil tender kantin arma, bayar separuh, separuh lagi lebih kurang 3000 pound JPMK settlekan dengan kantin Arma. FUh!! Lega beta. At least ada juga yang mengurangkan beban. Tapi waktu tu tak decide lagi nk ambil tender kantin tu atau tidak. Kena tgk back up plan yang lain dulu.
Selepas tu setelah diteliti peruntukan kewangan yang menelan belanja hampir 11 000 pound nih, sy fikir kami mampu untuk buat jual beli makanan di arma, maka batalkan dengan kantin. Apabila diteliti masa, masa jual beli perlu dipanjangkan daripada tutup pukul 4 ke tutup pukul 8 malam, Pak musyrif pulak melenting. Beliau fikir duit api, duit air, dan sebagainya.
Call balik En Puat. Saya minta salurkan bantuan JPMK yang 3000 tu kepada elektrik dan air arma. Mustahil kalau tak pakai elektrik dan air waktu carnival ni. Dia setuju. Saya terus hantar emel agreement. Beliau forwardkan emel tu trus pada bosnya di Malaysia tengah malam tu juga!! Pesan beliau jangan ada unsur PMRAM di situ. Saya setuju. Lagipun perubatan persatuan yang independent. Susah senang kita usaha sendiri. Tak perlu bergantung pada mana2 persatuan. Allah bagi tulang 4 kerat sama ajer setiap orang. So I definitely agreed. Tarik nafas lega balik..
Buku Opthamology tak habis lagi waktu tu. Sambung baca balik walaupun konsentrasi ntah ke mana. Minggu tu ada exam optha. Duduk tak rasa punggung di kerusi, baring tak rasa kepala di katil. Mengantuk punya pasal. Kalau kita ikhlas betul nk Bantu Allah akan tolong. Malam tu berjaya habiskan semua sempat ulang lagi. Alhamdulillah dapat jawab dengan baik keesokan harinya. Cuma konsep tawakal yang perlu diaplikasi.
Bazar Saya cakap dalam mesyuarat, jangan tunggu jpa naikkan biasiswa, kita sendiri naikkan pendapatan kita---sebab itu saya buat juga Bazar by hook or by crook!! Setelah minta pendapat ustaz2 yang pernah mengadakannya, kami tetapkan beberapa peraturan. Antaranya air akan dijual oleh AJk Karnival sahaja. Duit tu nk topup sewa meja, kerusi, khemah, dan lain-lain. Tapak Khemah 50 pound untuk satu gerai selama 3 hari. Everything was going as planned. Alhamdulillah.
Penyertaan menyeluruh sejak hari pertama daripada pelajar Perubatan dan pelajar Agama amat memuaskan hati saya. Sampai kini pak Musyrif belum ada rungutan apa2 pasal Karnival yang telah dijalankan. Cuma dia tak puas hati budak Medic yang bermigrasi di arma untuk sekian lama tanpa membayar duit 3 pound untuk satu malam. Tu bukan masalah sy, so korang settle sendiri yer, sendiri cari masalah. Ada unit penginapan korang x contact.
Kagum dengan executive committee Karnival Perubatan yang sanggup balik lewat malam, berhabis duit, perah tenaga dan minda untuk uruskan semua, ke hulu ke hilir, kutip sampah selepas jualan, siapkan backdrop, persiapan dewan, dan stadium, angkat berpuluh2 meja dan beratus2 kerusi, meeting dgn peniaga2, habis kredit handphone, habis cuti, sedangkan penat balik Sinai dan Bahria belum hilang lagi.
Semuanya creative. Hadiah dipelbagaikan, satu revolusi siap pingat untuk balapan, Good Job!! Unit pendaftaran yang banyak sangat kerja, unit dokumentasi yang sanggup implementasi cadangan pengarah ni walaupun belum cukup setahun di Mesir untuk uruskan semua(pelajar tahun satu).
Unit dewan dan tempat yang guna duit sendiri sebanyak lebih 1300 pound utk tempah stadium awal2 dan banyak lagi usaha yang telah mereka lakukan. Tak mampu sy nk cakap kat sini. Semuanya mereka dan saya lakukan atas satu perumpamaan::
::: Pupa ulat bulu ketuk kepala dia kat dinding kepompong tu beribu kali untuk keluar dari kepompong untuk terbang menjadi rama2 yang cantik. Usaha berlipat kali ganda perlu ada untuk berhijrah menjadi yang lebih baik.
:::berhijrah dari Perubatan yang hanya menerima duit kepada yang mencari duit
:::berhijrah daripada perubatan yang hanya guna bahasa Melayu kepada yang turut aplikasi bahasa Inggeris
:::berhijrah drpd menganjurkan program ala kadar kepada program yang besar dan melibatkan semua pihak
:::berhijrah drpd buat kerja sendiri mengikut unit kepada membuat kerja sebagai team work
:::berhijrah drpd consumer (pengunjung bazaar2 rumah negeri) kepada pengeluar ( penganjur bazaar)
:::serba sedikit kelemahan dalam Karnival Perubatan kali ni adalah lumrah. NO body is Perfect, mana-mana unit Karnival yang kecewa tak mampu menjalankan tugas seperti yang sy harapkan jangan sedih, sy tahu anda dah lakukan yang terbaik. Sy dah perhatikan. Sy puas hati. No big deal.
BIG DEAL = Sakit hati Cuma ada yang sy geram hari nih. Kita jemput sponsor. Orang berbudi kita berbahasa. Maka program hari ketiga kena la bahasa Inggeris. Dah sponsor tu orang arab. Kami pun buat dalam bahasa Inggeris unfortunately arab2 tu tak dapat dtg. Takperlah macam tu. Kira fortunate jugak sbb tak perlu susah2 uruskan mereka.
Cuma ada manusia celaka, cakap depan x nak, mengumpat ajer tahu. Dikatanya terhegeh2 guna bahasa Inggeris. Langgar perlembagaan!! …..eii, geramnya!!bahasa Inggeris ni bahasa perantaraan pelajar perubatan di Malaysia dan pelajar perubatan Malaysia di mana2 negara lain, Mesir ajer tidak. Dahla kurang practice English, balik nanti kena speaking pun macam budak sekolah menengah yg speaking. Kalau tak dilatih sekarang bila lagi??? Nak kene herdik dalam surat khabar lagi bahawa pelajar perubatan Mesir cakap Inggeris tersekat2???
Ajk carnival setelah mesyuarat sume dan dikira segala claim masing2, ada lebih, kami bagi 1 000 kepada persatuan Perubatan , bayar balik duit yang dipinjamkan untuk didahulukan, kemudian kami bagi lagi 1 000 pound sebagai hadiah. Kami bincang nk buat jamuan untuk executive committee 24 orang dan 77 orang ajk kecil. Ajk kecil diberi roti hasta setiap sorang , sebab bukan semuanya buat keje pun. So x kisah la, yang tu penghargaan kami. Untuk executive committee sume berpakat nk makan ayam-KFC. So kami beramai2 la memenuhkan kfc sayeda zeinab tempoh hari.
TUP TUP TUP. Hari ni ada suara daripada majlis tertinggi perubatan yang x puas hati apasal kami buat jamuan kfc, berpada2 lah sikit. Katanya terlalu membazir!! Sy x nampak apa2 salah pun kat situ. Mereka sume dah buat kerja sebulan lebih dengan baik, cari kewangan sponsor sampai input lebih kurang 11000 pound, kurangkan mana yang mampu semata2 untuk menampung makan minum, permainan pelajar perubatan waktu Karnival tempoh hari. Kalau nk harapkan sedekah la, duit makan pagi pelajar2 pun belum tentu cukup, inikan pula nk bayar duit stadium, air, elektrik, dan hadiah !
Sy x kata membazir pun. Makan minum mereka sejak uruskan program ini sebulan lebih yang lalu tak terbayar dgn makan kfc tuh… Orang dengki ajer yang timbulkan isu macam tu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Perubatan. Sy yakin dan percaya kalau diajak mereka sume sekali makan kat kfc isu ni x timbul.
Tapi sy bukan orang yg pemurah sedemikian rupa. Waktu susah dulu di saat kami x dapat langsung apa2 sponsor, ada ke yg nk bagi cadangan yg membina? Membantutkan lagi ada- x payah la buat mega2 ni, ukur baju di badan sendiri- cukup makan cukup main udah-menyusahkan diri---------ni semua pemikiran orang melayu yang x tahu nak maju—berada di tebing titi, tolak ke, tarik ke, dua2 jatuh dalam sungai. Makan dengan senior aritu mengikut perancangan awal, ajk carnival yg akan makan ngan senior, Cuma pada hari tu ada salah faham sedikit, ramai2 senior lain makan sekali, so sy kata kat ajk sy biar mereka ajer yg makan, raikan mereka, kita makan lain kali. Not a big problem. Hari ni benda ni balik yg diserangnya kita.
Katanya kenapa jamuan ajk sampai dua kali, ngan senior aritu dah buat…..geramnya daku.. lantak la korang nk cakap apa, aku buat apa yang aku rasa betul, penat mulut korang nt korang berhenti sendiri. Mulut org bukan boleh tutup! Kalau x puas hati cuba memberontak depan2 aku, akan aku cabaikan segala mulut tersebut..

Perogol!(2008)

hari ini geram ada, sedih ada, tension ada, kesian pun ada. Semua datang serentak apabila aku pergi hospital petang tadi. Lebih kurang pukul 3 petang tadi, ada family arab ni dikejarkan ke wad kecemasan dengan ambulan. Seorang kanak-kanak mengalami pendarahan di bahagian vagina dan anus, manakala kakaknya berumur sekitar 20-an pengalami pendarahan di bahagian yang sama di samping cedera di kepala dihentak dan ditampar berkali-kali, di abdomen akibat disepak dan dipijak berkali-kali gara-gara dajalnya 3 orang perogol. 3 perogol yang berbangsa arab dikatakan memecah masuk rumah mereka di Hadayek el-Zaitun, tatkala si suami tiada di rumah bekerja. 3 orang perogol ini dengan pantas mengikat si abang dan menguncinya di stor rumah, manakala merogol si isteri yang berumur 40-an, anak perempuan yang berumur 20-an dan adik perempuan yang berumur 7 tahun. Mereka dikatakan cuba melawan dengan membaling objek keras dan pisau. Si kakak yang melawan dengan ganasnya mengakibatkan kemarahan perogol2 tersebut lantas terjadilah adegan menyepak perut wanita itu bertubi2, ditampar berkali-kali dipukul dengan objek keras sehinga berlumuran darah. Si kakak terbaring kulai tidak mampu melawan, berdarah2 disamping tulang mandible(mulut) retak. Belum cukup dengan itu ketiga3 perogol itu merogol dengan rakusnya, memasukkan kemaluan mereka ke vagina, anus dan mulut si perempuan tadi sehingga pendarahan serius terjadi. Ibunya dan adiknya yang sedang diikat waktu itu dirogol secara bersiri tanpa belas kasihan. Keempat-empat anak beranak itu kemudiannya diikat bersama si abang di stor sebelum perogol melarikan sejumlah wang dan barang kemas bersama mereka. Si ayah tiba di rumah 2 jam kemudian dan mendapati keaadan sedemikian rupa. Dengan pantas menelefon ambulan dan mereka dikejarkan ke hospital. Malang tidak berbau, si kakak menghembuskan nafas terakhir ketika kami cuba menggantikan darah yang begitu banyak hilang akibat pendarahan. Pihak polis membuat laporan di wad kecemasan manakala doctor-doctor forensik menghantar mayat si kakak untuk dibedah siasat sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar yang sedang praktikal forensik. Itulah dunia, aku tak tercakap melihat keadaan mereka. Mengalir air mata mengenangkan sekiranya perkara demikian berlaku pada keluarga sendiri. Mesir mampu mengesan cap jari dan melakukan Dna investigation tu tetapi mereka tiada bank DNa yang membolehkan mereka mengenalpasti individu secara berkesan. Laporan hanya tinggal laporan. Hanya seluar dalam LeeCooper dan el_masry sahaja yang ditinggalkan oleh dua daripada 3 perogol tadi. Jiran-jiran pun tak keluar rumah walaupun mendengar jeritan si Ibu. Si abang yang patah tangan dan si ayah yang kelihatan dalam keadaan sangat tidak terkawal meraung-raung di Bilik kecemasan. Si adik yang berumur 7 tahun itu dapat diselamatkan nyawanya namun alat sulitnya rosak teruk dan berada dalam keadaan kritikal. Kejamnya dunia! Jagalah keluargamu yang disayangi setiap masa. Manusia yang sakit mental ada di mana-mana...aku yang kerisauan....

Pencuri!! (2008)

Pencuri!!

Erghh! aku stress skit hari ni bila mengenangkan pasal pencuri ni. Pagi tadi pukul 10am aku ambil motor aku dari garaj, aku letak kat bawah apartment ni, senang sikit aku nak bertolak pergi kuliah pukul 11. 45am nanti. Aku kunci motor dengan mangga yang begitu besar, pastu aku tutup motor aku dengan pembalut motor, supaya motor aku tak menarik perhatian orang yang lalu lalang, takut kena curi. Apabila aku dah turun dah nak ambil motor, tinggal motor aje, pembalut dah hilang, mustahil kena tiup angin sebab pembalut tu berikat. Maka sudah tentu ada orang yang mencurinya. Aku tension betul, nasib baik dia tak curi motor aku sekali, selalunya motor aku tak berkunci, Cuma hari ni terbuka hati nak kunci. Aku sakit hati betul. Kat dunia ni tak boleh percaya sesiapa dan tak boleh terleka walau sekejap, nescaya ada pencuri yang mengganggu ketenteraman sama ada pencuri harta, pencuri maruah, pencuri kepercayaan dan yang seumpama dengannya.

Sebelum raya aritu aku pergi kedai motor nak beli tiub tayar. Tempat simpanan barang aku tak dapat dikunci. Aku parking aje motor depan kedai tu. Tak sampai 5 minit bila aku nak letak tiub tayar dalam tempat tuh, pump kaki aku dah kena curi. Aku tak perasan langsung. Licik betul pencuri tuh!

MalaysiaMinggu lepas aku pergi solat Zuhur kat masjid dekat kuliah, aku tanggalkan kasut dan letakkan bersama beg aku dekat muka pintu tempat wudhu tu. Aku ambil wudhu dekat tepi pintu tu. Tak sampai seminit aku toleh belakang tinggal beg aje, kasut aku dah hilang. Muka aku merah padam!Aku berlari ke luar masjid tak nampak pulak kasut aku dipegang atau dipakai orang! Kawan arab aku(Ahmed) sampai,aku suruh dia tunggu kat muka pintu tu tolong tengokkan orang yang lalu-lalang, habis satu masjid tu aku geledah, tikar2 sume aku terbalikkan, tak jumpa juga. Sakit hatinya. Kasut tu dah la baru beli, 400 pound, Reebok lak tuh. Aku memang angin betul waktu tuh, dah niat dalam hati kalau aku dapat pencuri tu aku bunuh, pecahkan tempurung kepala dia, sepak abdomen die sampai pecah nampak isi perut patahkan tulang belulang die guna fire extinguisher kat situ.

Dulu aku tak berani nak mengamuk kat org sampai macam tuh, tetapi setelah bergelumang dengan perubatan ni, aku tak peduli, apa nak jadi-jadilah! Akan kubunuh pencuri itu, kalau x bunuh sekarang dia curi kasut orang lain lak! Ahmed tolong tenangkan aku, tapi mata aku melilau lagi mencari pencuri durjana itu. Setelah nak dekat dua jam aku tak jumpa gak, baru aku putus asa. Ahmed belikan sandal kat luar university. Nasib baik ada Ahmed, kalau x aku balik kaki ayam dari university tuh. Tak boleh nak terlepa sikit, dalam sekelip mata harta ko kena curi. Hidup sini x boleh nak percaya orang langsung. Kat Malaysia pun sama sebenarnya.

Orang yang mencuri ni kebanyakannya tak sekolah, tak didedahkan dengan ajaran agama. Untuk dapatkan apa yang dia nak, dia kena mencuri. Dekat area Sayeda Zeinab yang banyak orang miskin ni pencuri paling handal bukan lelaki dewasa, tetapi perempuan tua ngan budak2 kecil. Jangan salah sangka. Diorang ni memang tak sekolah. Dan kawasan yang paling banyak kecurian adalah dalam masjid(kasut) ngan luar masjid(penyeluk saku)

Tapi bila fikirkan balik orang yang belajar agama pun lagi terer mencuri. Kawan aku kat smapkajang dulu, ada sekali tu aku kat umah dia, dengan bangganya dia cakap kat aku bahawa dia baru berjaya curi motor kapcai kat kedai tadi. Aku bengang!Aku sound balik. "Tak tefikir ke dalam kepala otak kau yang Allah bagi ni betapa susah dia kena kerja, kumpul duit nak beli motor, senang nak bawa isteri dan anak-anak p memana. Kumpul duit punya lama, meminjam ke, Kau senang-senang curi motor dia". Tak cukup dengan itu, aku sound lagi sampai aku keluar terus dari rumah dia, depan parent dia aku cakap aku tak nak berkawan dengan pencuri. Kawan aku xde yang jadi pencuri. Kalau dah pencuri tu, tu bukan kawan aku, Kau curi barang orang, lambat laun orang curi barang kau!

Isk, geramnya sampai hari ni, aku dah tak jumpa dia sampai bila-bila dah, nampak muka ajer aku terus toleh tempat lain. Dekat smap kajang dulu, kecurian selipar hari2. Abang2 senior bila dah takde selipar, dengan tak bersalahnya menyarung selipar2 junior. Selipar pak guard yang lebih dikenali oleh pelajar dengan gelaran kamikup (cuba terbalikkan) pun dicuri oleh pelajar, mengamuk pak cik tu banyak kali.

Aku form 1 dulu siap beli mangga yang panjang, aku manggakan selipar jepun aku. Lepas isyak aku nampak senior sarung selipar aku. Tapi disebabkan bermangga, dia mengamuk, dibalingnya selipar aku dalam semak! Aku black list abg tuh. Apabila dia pergi perhimpunan, aku baling pulak kasut dia, of course bukan dalam semak la, dalam tong sampah! Waktu tu aku dah jadi pemimpin pelajar, mana kasut dan baju yang x dikemas sebelum perhimpunan memang menjadi kewajipan kitorang campak kat bawah(tong sampah). So kira tak bersalah la ni, Puas betul aku hari tu.

Aku ada adik angkat kat smap kajang dulu. Ramai la juga. Cuma yang seorang nih lain sikit. Bila dah pmr, dia fly. Kawan dia pecahkan locker dia, jumpa banyak barang hilang yang dicuri oleh adik angkat aku tuh. Handphone, cd player, kaset, mp3 dan macam2 lagi. Berita ni sampai ke pengetua, dan budak2 desak ambil tindakan disiplin. Hari dia dibuang sekolah tuh dia panggil nama aku depan cikgu Bakru dan Pengetua(waktu kebetulan aku ada urusan kat pejabat), namun aku tak mampu beri muka pada dia lagi. Hilang kepercayaan aku selama ini kat dia.

Itulah dunia. Aku sekarang ni sampai tahap tak boleh dah nak percaya sesiapa. Aku hanya percaya diri sendiri.

Susah hidup macam ni, tapi bila percaya aje kene belot, makan hati, mati, baik tak percaya pada sesiapa.

Aku dulu bakai pencuci muka Neutrogena yang dermatologist approved tuh. Selepas 2 bulan lebih apasal lak banyak jerawat kat muka aku. Tak silap aku cleanser tu dah nak habis bulan lepas lagi. Apasal tak berkurang ni? Bila aku check, rupanya botol Neutrogena aku tuh dah ditambah air. Budak dorm aku guna, diorang tambah air, pakai tak bgtahu!Aku bengang sebab diorang mencuri pun betul gak, aku bengang sebab muka aku dah banyak jerawat pun betul gak. Itu yang aku mengamuk, satu dorm kena basuh malam tu. Itu namanya pencuri! Dan aku kena didik kawan2 aku supaya tak jadi pencuri!

Pencuri harta ni ada di mana-mana ajer, baik dengan kita bukan main, bila nampak kelemahan kita terus dimulakan niatnya. Aku teringat kisah waktu kat kampung dulu.

Ada kereta datang umah wan aku, lelaki dan perempuan, suami isteri kut fikirku. Mulut manis.

"Makcik nama hajjah halijah yer? Kami dari kedai perabot Singer. Nama makcik ada tertulis ni sebagai pemenang kami," sambil menunjukkan borang bercop. Wan aku tersenyum kegembiraan. Setelah naik atas rumah, Si wanita tu cakap kitorang menang tv besar 29 inci ni. Aku pula yang teriak! Kitorang memang nak beli tv besar pun nk pasang astro kat umah kg waktu tuh. Dia cakap kalau nak dapat tv ni kena pendahuluan rm400 , lepas tuh dia akan terus balik seremban ambil tv tu, dan hantar tv tu ke rumah. Kalau tak percaya boleh bawa aku sekali, nanti dia hantar balik. Arwah Atok aku yang dah uzur mengamuk. Atok aku tu pencen polis. So segala tipu muslihat ni dalam kocek dia. Dia halau si perempuan ngan lelaki tu keluar dari rumah. Wan aku bila dah sampai kat pagar, cakap baik-baik. Atok aku tu tak sihat, cepat marah-marah. Jangan ambil hati. Si perempuan tu kata kesiannya pakcik tu. Pastu bila wan aku toleh tempat lain, si perempuan ni toleh kat lelaki tu buat muka tak puas hati. Lepas tu diorang pun blah. Atok aku bgtau tu taktik penipu, jangan lekas percaya.

Keesokan harinya jiran aku mengadu dan buat report polis yang dia dah kena tipu ngan perempuan dan lelaki Singer celaka tuh. Bukan itu sahaja, barang2 kemas pun kena curi. Agaknya kena pukau kut. Nasib baik atok aku mengamuk halau diorang aritu. Kalau x, pisang berbuah dua kali lah jawabnya.

Itulah pencuri. Pencuri harta lebih spesifik. Dah dewasa tapi tak ambil tahu halal haram. Orang zaman sekarang ni dah sakit mental. Doing anything to get his will. Tu belum cerita pencuri kepercayaan, pencuri maruah atau pun pencuri spesies lain. Sampai kau tak boleh nak percaya orang di sekeliling kau langsung.

Aritu aku terbaca kat akhbar, ada suami isteri ni gajikan cikgu tuition ajar matematik kat umah waktu dia keje. Lain pulak jadinya. Budak perempuan tu sekolah rendah. Cikgu tu ajar pasal seks pulak. Asal waktu tuition ajer, cikgu tu ngan budak sekolah rendah tu buat seks kat rumah itu. Habis dara diratah cikgu sial tu. Kalau aku ada waktu tu, aku tembak mati ajer cikgu tu!

Kisah kedua dalam akhbar tu pulak ada tunang ni. Ada sekali tu si lelaki ni pergi ke rumah perempuan tunang dia tu, jumpa adik perempuan tunang dia. Diajaknya jumpa akak kat office, akak nk belanja makan. Sampai tgh jalan, ntah mana dibawanya budak tu, diugut kalau bgtahu akak atau family, budak tu kena bunuh. Dirogolnya adik tunang dia tuh kat semak mana ntah. Bila sampai rumah, budak tu dengan teresak-esaknya maklumkan perkara ni kat parent dia. Si bapa dengan abang2 dia ambil parang, cangkul, pistol, sabit p cari lelaki jahanam itu. Dapat aje, dibelasahnya sampai koma budak lelaki itu. Brain hemorrhage, patah riuk tulang belakang. Kalau aku aku bunuh terus dengan keadaan yang menyeksakan. Tu dengan adik tunang dia tuh!ntah ngan tunang dia dah berapa kali buat seks mana kau tahu!Mak aku kata dulu waktu mak aku duduk serumah ngan kawan-kawan dia, kawan2 dia selalu aje bawa boyfriend masuk bilik. Buat apa lagi? Pakai tudung lak tuh!

sekali tu ayah dia datang, horn dari luar, selamba ajer dengan bercoli dan panties kluar ke beranda suruh ayah dia tunggu. Tak tau malu langsung.

Buat lelaki di luar sana,

carilah isteri yang tahu ilmu agama dan masih dara.

Check dulu sebelum kahwin! suruh physician perempuan la yang check, jangan ko menggatal pulak!

Sebab ramai yang bg maruah kat lelaki bukan suami sekarang ni. Tu pun pencuri juga. Pencuri maruah! Kalau confirm dah tak ada dara tu tinggalkan ajer. Dia tak mampu nak jaga maruah sendiri inikan pula nak jaga maruah suami. Go to Hell! Kalau perempuan carilah yang lelaki yang beriman. Lelaki ni tak ada bukti teruna ke tidak, susah sikit bagi perempuan nak detect. Jangan mudah memberi cinta. Pencuri cinta ada di mana-mana…By the time u realize, it is too late, and u will regret the rest of

ur

lives!

Waktu tahun satu dulu aku ada digicam. Waktu aku jalan2 kat

Tahrir Square

, tetiba ada motor ni lalu sebelah aku, pembonceng belakang terus ragut beg digicam aku tuh.

Aku terkejut! Motor tu memecut . Puas nak terkeluar anak tekak aku menjerit pencuri. Motor tu dah x dpt dikejar dah. Waktu bulan 4 aritu sesapa yang duduk dekat2 sini mesti tahu pasal rumah aku yang dimasuki pencuri pukul 3 am melalui balcony. Dipendekkan cerita handphone yang dia capai berjaya aku ambil balik. Cuma bergelut dengan pencuri tu sampai masuk hospital. 2 operation lagi tuh. Kau jangan bagi muka kat pencuri. Kena pertahankan hak kau. Kalau aku tak melawan aritu, dah lama handphone aku kena curi ngan barang2 lain dalam umah tu. Kawan2 lain pula nyenyak tidur. Pencuri tu dah sampai muka pintu nak cabut lari baru diorang tunjuk muka. Moral Values: Don’t depend on others. Fight with

ur

own hand.

Apa lagi erk? Mak aku describe aku sebagai seorang yang possessive. Jaga harta. Harta aku x boleh kacau. Bukan apa aku mengikat perut nak beli barang2 yang aku nak. Tetiba nak biarkan barang kesayang aku tuh kena curi, tak pun kena sepah kat orang. Itu bukan aku . Aku jaga barang2 aku. Sebab tu kalau kat rumah adik beradik aku ambil buku novel aku tanpa kebenaran pastu sepahkan bawah meja, atas lantai, kat dapur, kat tandas, memang kene combo dari aku. Aku puas la menyimpan duit beli novel2 tu. Diorang dah la kedekut tak nak kluar duit, guna novel aku tanpa kebenaran, pastu sepah2kan. Mana aku tak mengamuk. Balik cuti aritu aku jumpa novel aku kat UIA Gombak(bilik abg aku), kat bilik akak aku, bilik adik aku dan dekat kg aku. Aku kutip semuanya balik. Semua sekali, abg ke, akak ke, adik ke, sepupu ke kena laser ngan aku. Tak bercakap2 sampai dua hari. Padan muka korang. Sepupu aku lagi la. Ambil CD player aku bawa asrama, pastu hilang. Tu bukan kena maki ajer, u can expect what i did.

Maka pada siapa mampu aku percaya?Dulu ada kawan yang aku percaya kat smapk, dia belot kat aku. Aku tak maafkan dia sampai bila2. Kat Mesir ni pun aku jumpa orng macam tuh, lagi la, budak syariah, aku panggil dia Gollum, tak layak dipanggil Ustaz, kalau syaitan tu tak nampak, Gollum tu nampak, maka dengan rasminya kami semua yang membencinya panggil dia Gollum. Dah aku ajar seadanya. Cuma dia tu jenis x pernah mengaku kalah. Maka campakkan dia jauh2 dari hidup ni lebih baik. Aku ingin hidup bahagia. Back stabber ni hanya buang masa aku aje.

Apabila difikirkan mungkin ada orang yang sakit hati ngan aku, memang ada pun, sebab tu Allah duga aku dengan pelbagai pencuri ni. Yang mampu aku lakukan hanya berwaspada. Kekesalan semata-mata tak memberi makna.

Dalam Surah Maidah ayat 38 yang bermaksud" Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka usahakan, juga sebgai suatu hukuman pencegahan dari Allah dan ingatlah Allah MAha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."

Mungkin sebab tiada pelaksaan hukum2 Islam sebab itu kejadian mencuri ni berleluasa dan tiada hentinya. Aku teringat kata Ustaz Wan Akashah kat smapk dulu. BIarlah orang curi hak kita, jangan kita curi hak orang. Aku tak pernah curi hak orang, tapi aku tak akan biarkan orang curi hak aku. Aku susah nak percaya orang. Kini aku percaya hanya pada aspek2 tertentu aje, susah jugak kalau tak percaya orang langsung. Aspek-aspek tertentu ni aku akan pastikan kalau dia belot, tak memberi apa2 kesan pada aku, ataupun kalau dia belot, aku boleh memusnahkan dia! Takde la sampai membunuh, tapi dia akan menyesal seumur hidup! Wallahu alam-aku yang tgh stress...

Best Ke Bertatu? (2007)

Best ke bertatu???????? Hah, tajuk kat atas tu bukan bermakna aku nak try pakai tatu, Cuma aku nak ajak kalian berfikir best ke tidak pakai tatu ni setelah difikirkan dalam berbagai-bagai aspek. Meh aku citer… Cuti musim panas tempoh hari aku balik Malaysia. Dah setahun aku tak balik, nak mengubat rindu terhadap keluarga. Anyway tahun ni aku terkejut sikit, cultural shock la orang cakap, sebab aku nampak benda yang berleluasa di sana sini, yang amat jarang aku nampak kat Mesir ni iaitu tatu. Wei, tatu tu apa erk? Tatu dalam bahasa arab berbunyi rajahan, kalau dalam arab pasar aku tak ingat pula nama dia apa. Tatu ni tanda yang dibuat di mana-mana bahagian badan tak kira la kat muka ke, tangan ke, bahu ke, perut ke, punggung ke, kaki ke atau kemaluan sendiri. Tatu ni guna dakwat yang bersifat kekal seperti indigo, aniline, carbon etc. Mari tengok contoh-contoh tatu nih: orang ni dah menjahanamkan badan sendiri dengan membuat tatu seluruh badan bahagian belakang Ni tatu glow in the dark, perghhh…. 1st time aku jumpa
Tatu paling hodoh dan x masuk akal pernah aku jumpa Tatu di Mesir? Kat Mesir ni tatu hanya oleh orang Masihi(Kristian) ajer. Mereka berbangsa arab, semua muka arab, kacak-kacak, lawa-lawa belaka. Kalau orang bangsa asing yang pertama kali datang negara arab mungkin akan menyangka semua arab yang mereka nampak tu beragama Islam, but believe me, ramai juga yang beragama kristian dekat sini. Nak kenal pasti mereka ni agak senang bagi wanita, kerana kebanyakan Muslimah pakai tudung. Lelaki ajer yang susah sikit laa nak recognize muka sama ajer Arabic pattern. Cuma ada satu feature iaitu tatu yang dapat dilihat dan membezakan antara Islam dan Kristian. Kebanyakan Arabic Kristian di sini ada tatu salib di tangan mereka.

Tatu kat tangan kawan arab, ni yang paling besar pernah aku jumpa kat mesir ni. Selalunya kecil aje dekat pergelangan tangan tuh. Boleh ke tak bertatu??? Badan kita ni dicipta oleh Allah,cuba rujuk quran sunnah Allah beri kebenaran ke tak? Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammah bersabda,"Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut, yang meminta rambutnya disambung, dan Allah melaknat perempuan yang mentatu dan meminta ditatu". Al bukhari dan Muslim Perbuatan mentatu adalah haram, dilaknat orang yang mentatu dan orang yang meminta untuk ditatu. Contoh-contoh orang yang dilaknat, pentatu, dan orang yang meminta ditatu Sebab apa huh???? 1. Mengubah kejadian Allah yang asal 2. Melahirkan perasaan sombong dan takbur 3. Menyerupai amalan orang kafir 4. terdapat unsur penipuan dan kepalsuan Kekal sampai tahap mana? Kalau kalian dah mati pun, dah decompose pun tatu akan kekal pada badan kalian, sekiranya kulit kalian dihiris bahagian epidermisnya, nescaya tatu masih wujud kerana tatu bukan sahaja di bahagian epidermis kulit, malah dermis juga. Kalau kalian dah meninggal dunia, badan tu dah busuk nescaya badan kalian masih boleh dikesan tatunya. Sekiranya pulak dah tak nampak pada kulit kalian, it still can be visualized by exposure to Ultraviolet lamp or I.R. photography(ni dalam tajuk forensic). Kalau waktu medical check up lak, ada effect x? Haa, ni soalan penting, allah azab kalian yang bertatu ni kat dunia lagi, tu belum akhirat! Waktu kalian ada penyakit tertentu, contohnya ada cancer ke, tendonitis ke, multiple sclerosis ke, jangkitan otak atau saraf tunjang dan sebagainya, waktu sebegini kalian perlu menjalani MRI(Magnetic Resonance Imaging). Waktu rawatan ni, unsur metal yang ada pada tatu tu akan ditarik oleh mesin MRI ni, dan kalian akan merasa kulit kalian yang bertatu ni seakan-akan dicarik disiat dan yang sederita dengannya. Kalau perempuan mengandung , menyusukan anak, atau bakal mengandung dan menyusukan anak, boleh ke bertatu???? Ni lagi satu bebal bagi wanita2 spesies ni, dah haram tu dah la, tentu ada sebab Allah haramkan, badan ni allah yang cipta, Dia tahu mana yang baik dan mana yang tak baik. Tatu ni akan menyebabkan reaksi allergic(alah) dan jangkitan yang akan memberi kesan pada ibu dan anak yang dikandung, yang bakal dikandung, yang disusui atau yang bakal disusui. Immuniti badan akan berkurang disebabkan tatu, sell histiocyte semua kalau boleh nak pergi menyerang kat kawasan tatu tu, sell histiocyte makan dakwat tu, pastu mati kat situ, cian dia. Apabila ada bacteria ke, virus ke, apa2 lagi pathogen yang datang menyerang badan, kalian akan tewas, dan anak-anak kalian juga menerima padah. You will die sooner… Macam mana nak hilangkan tatu ni mak???????? Aku teringat citer drama waktu aku kecil dulu, ada lelaki ni desperate nak hilangkan tatu dia sebab tatu ni menyebabkan air wudhu dia tak sah, tak dapat dia solat(insaflah pendek kata). Dia cuba hilangkan pakai api, dia bakar kulit dia kat api nak hilangkan tatu tu sebab semua cream dia dah pakai tak mampu nak hilangkan tatu tu juga. Menangis-nangis kulit dibakar hidup-hidup tetapi keputusan dia masih menghampakan, berdarah, dan melarat lagi ada. Allah dah kata haram bertatu nak buat juga, sekarang terimalah padahnya. Teknology sekarang laser for tattoo removal menjadi pilihan. Laser ni akan menyebabkan elemen-elemen dakwat tatu tu berkecai dan dibersihkan oleh Immuniti badan. Tetapi kena ingat rawatan bukan sekali, tetapi berkali-kali yang amat menyakitkan badan dan dompet orang yang menjalani rawatan tersebut. Nak tengok cuba pergi hospital yang buat ni. Wa cakap sama lu, lu x brani tgk punya! Jerit rasanya satu hospital boleh dengar. Aku tak tahu pulak dr tu pakai anaesthetic ke tak, atau pun anaesthetic tak boleh digunakan, Wallahualam, Tanya pakar kulit laa.. Nak tatu x nak? As a physician, I consult you not to do so.

Cuti (2006)

Hari ni habis peksa penting, Cuma tinggal psychology yg mengikut firasat aku boleh dihabiskan dalam masa beberapa hari sebelum exam bertulis. But now Merdeka! Seperti sebelum ini, apabila cuti datang macam-macam perkara terlintas di lautan fikiran ku ini, kadang-kadang mampu membuat aku tension! Namun kuharap cuti ini tidak sebegitu, ku telah rancang beberapa aktiviti yg boleh dilakukan. I don’t know, just see. Cuma hakikatnya benda yg mampu menenangkan mindaku drpd memikirkan benda yg bukan2 hanyalah membaca! Emm nampaknya kene pergi midvalley la ni p baca buku terbaru dgn free di MPH, baik punya taktik! Antara perkara yg cukup menegangkan urat di forehead aku adalah perempuan! Tak kiralah mak aku ke, wan aku ke, keluarga aku ke, kawan2 aku ke, bakal isteri aku ke(dah adake?) dan lain2. Tapi pokok pangkalnya PEREMPUAN! Minta allah jauhkan kelemahan hampir semua kaum lelaki di dunia ini daripada diriku. I should be strong !

Kedatangan Parent Ke Mesir(2006)

Ni pengalaman aritu, my mom n my dad were coming from Saudi to Egypt to visit me. I told them I was in d months of exam. Tapi tu la x sampai hati nk kata no, alhamdulillah they didn’t take much time, 4 hari aje, bcoz they concern more about my education. Thank you for understanding, terlepas rindu di dada selepas 2 tahun x bersemu muka dan menjamu selera bersama. Tapi untuk 4 hari tu macam-macam aku kene buat. Bilik aku x rajin sgt kemas waktu exam2 cam ni, dh kemas bila baca buku nanti bersepah balik ngan buku, alat tulis, atlas, kamus, tulang2 manusia. So disebabkan nk datang terpaksala aku membersihkan n memvakum bilik tue. 2 jam woooooooooo Beranda aku berhabuk! Mesir ni dh la banyak sangat habuk. Antara penyumbangnya asap petrol berplumbum, habuk padang pasir, dan cell-cell mati manusia ( ada research aku baca habuk tu sebenarnya cell mati yg tanggal dr kulit. Aku x caya, tp bila memandangkan penduduk mesir ni 75 juta dan jumlah habuk yg luar biasa banyak, aku terpaksa menerima fakta sains tersebut. Tunggulah aku dh buat research nt baru aku betulkan balik,hahahaha) 3 kali dalam seminggu aku kene bersihkan guna penyapu yg macam berus dawai tu, x mampu sebersih beranda aku kat msia. So aku beli 2 pasang selipar kalau2 mak ngan ayah aku nk pakai bila keluar beranda. Tapi mak aku pakai juga selipar tu waktu dalam dapur! Malas aku nk ulas, paham2 sendiri la. Cuma aku bgtahu ni rumah org bujang, cukup makan aje,huhuhhuhuh. Pembersihan dapur pun agak lama. Detergen yg diguna belum mampu membuang kesan2 kotoran degil. agaknya kesan hydrophilic n hydrophobic in emulsification system terencat sbb lama sgt x bersih, huhuhhuh. Ala kadar ajela. Aku nk study jugak tgh musim peksa ni! Pinggan mangkuk, cawan plastic, dan alas meja baru terpaksa dibeli kerana ahli rumah akan bertambah ( cawan plastic aje, cawan kaca sekejap aje pecah la kat rumah aku, gara- tekanan air yg kuat dan cukup menjengkelkan memecahkan banyak cawan kaca yg dibeli oleh Sobri.) Adala benda2 lain x larat aku nk kenang. Nasib baik periksa aritu xde yg sangkut banyak tp dh cuak tahap maksima dh sbb byk x habis baca, menyesal giller!Namun kepulangan aku ke Malaysia nanti cuti akhir tahun nanti aku nk warning siap2 seluruh ahli keluarga dan kawan2 aku supaya jgn sesekali menjejakkan kaki ke Mesir waktu aku study. Degil jugak aku x nak jumpa. Muktamad.

Rigid Dengan Masa (2006)

Rigid dengan masa! Amaran: don’t try to read if u r not prepared mentally!

Hari ini kehausan menzahirkan diari hati pada tulisan hilang setelah habisnya peperiksaan yg cukup2 membuatkan diriku ini terasa abnormal berbanding manusia lain. Tak mampu aku gambarkan begitu byk ilmu yg perlu dijamah, dicerna, diserap, diasimilasi dan digunakan untuk kebaikan diriku pada masa depan. Hanya semangat yg ditonjolkan oleh teman2 di sini dan senior2 yg begitu kuat study mampu menahan diriku drpd menurut nafsu untuk masa setahun. Leganya……result tu tawakal aje, dh usaha.

Surah al ‘ashr ada termaktub tentang prinsip masa yg awal telah Alah s.w.t. tekankan sejak turunnya alquran bagi umat Muhammad.

  1. Demi masa……..
  2. Sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian
  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran.

Now I would like to share with all d readers how rigid I am with time, too rigid I think! Ini jadual tahun 2 aku!

Waktu hari kuliah (average) tp setiap hari aku buat jadual menikut kesesuaian masa

2300-2315 15m mandi(nak kurangkan masa mandi tetapi byk sgt aktiviti yg perlu dijalankan,huhuhu, keep it within myself!)

2315-2345 30m makan dan solat isyak dan ibadah lain waktu ni(aku makan lama, sebab bertambah, well i need glucose for my brain!)

2345-0045 1j study (jadual subject yg study mengikut jam x perlu dinyatakan di sini)

0045-0145 1j study

0145-0245 1j study

0245-0345 1j study

0345-0445 1j study

0445-0545 1j study

0545-0600 15m bersiap untuk ke kuliah! (Jaga imej, tu ambil masa 15 minit tuh)

0600-0700 1j study ngan kawan arab kalau dr lambat sampai (setiap hari menunggu pakcik bawab yg pegang kunci bukak pintu kuliah, kena berdiri dekat pintu pulak tu, kalau x nanti ade budak pompuan arab yg very annoying stick kat pintu tuh so bila pintu bukak aje die serbu masuk, ambil tempat aku, lepas tu dia susun segala buku, lab coat dia atas kerusi penuh 1 bench untuk kawan2 dia!sedangkan kawan2 dia sume datang lambat so biar kosong sampai dr sampai baru kawan dia datang, org lain x dpt duduk,geramnnya! So aku dtg awal setiap hari , melekat kat pintu tu subuh2 buta sampai pintu dibuka, serbu masuk dan aku cop 2 benches pertama depan pentas untuk kawan-kawan arab aku aje(mereka dtg awal), arif ngan wafi x berminat position tuh, tanya mereka sendiri laaa. Aku tinggalkan tempat untuk budak perempuan tp kat belah kanan sekali, aku ambil central position, bench kedua, bench pertama sempit! Tu la perangai aku nk duduk depan, kalau aku terlambat budak arab copkan, tp hampir sepanjang tahun aku duduk depan, senang nk paham, senang nk tanya waktu profesor mengajar, senang ditanya,senang nk ingat benda yg ditanya dan senang nk kejar profesor kalau dia dh habis mengajar!)>> brutal giler mengejar ilmu, terikut budak arab,hahaha, xpe,ilmu, bukan benda lain! Boleh aje nk datang pukul 7, rumah dekat aje, tp aku nk duduk depan!

0700-0800 1j selalunya waktu ni dipenuhkan oleh dr rashid bahgat, dr mo’tasim atau dr akif yg sanggup memberi kuliah secara percuma (awal gila! Fajar belum menyinsing lagi waktu musim sejuk! Mesti best giler tidur waktu ni,tarik gebar, fuh, tp kene berkorban, i want the best!)

0800-1100 3j waktu rasmi kuliah ( asyik kene attacked aje dgn dr, sapa suruh duduk depan! Xpe aku terus ingat sampai bila2 maklumat yg diattacked tu)

1100-1300 2j waktu lab pertama(selalu habis awal, so aku sambung study di muzium anatomy, library atau masjid)

1300-1400 1j solat zuhur slalunya waktu macam ni disertakan doa dan study selepasnya, ahaks!

1400-1405 5m beli snack ( perut waktu ni dh nyanyi karaoke!)

1405-1600 1j55m lab kedua atau psychology yg cukup me’psycho diriku ini( x paham sgt, completely arabic!)

1600-1620 20 jalan balik rumah( naik bas sangkut traffic jam nanti hampir 1 jam!)

1620-1720 1j waktu aku p pasar, solat asar dan dan masak (kalau bukan hari giliran memasak, aku siapkan nota)

1720-1820 1j study

1820-1830 5m solat maghrib

1830-2300 4j30m tidur amat sesuai waktu ni( badan letih, ditambah pula jalan depan rumah aku bising waktu ni, so drpd study dalam keadaan tension baik aku tidur)tp selalunya terlajak sampai 5 atau 6 jam, dan aku bangun dalam keadaan tertekan dan mulalah study giler2 untuk hari berikutnya, ahaks, jam loceng gergasi aku dan alarm handcell aku selalunya x mampu membuat aku terjaga tapi mampu membuat kawan2 aku sebelah bilik yg terjaga, sory beb, nk buat cammana, x terjaga!

analysis waktu harian kuliah

tidur 4jam30min

study(bersendiri dan kuliah) 17 jam

aktiviti selain study setiap hari 2jam30min

YG tercatat di atas adalah kisah benar berdasarkan average peruntukan waktu dalam buku nota aku yg sudah diamalkan sejak sek menengah, namun aku kadang2 x mampu menahan diri drpd main internet, main piano, tgk tv, dan berborak dgn kawan2, Cuma aku pastikan waktu yg dilalaikan itu di “qada”

UNTUK WAKTU CUTI HUJUNG MINGGU DAN STUDY LEAVE, aku x mampu nyatakan di sini atas beberapa sebab, cukuplah sekadar mengetahui aku x buat benda lain dh selain study dan perkara2 wajib. Budak rumah aku lagi rajin! Aku lalai aje, tertengok diorang study, insaf 5 minit 30 saat sebelum mula study balik,ahaks!

Manfaat jadual sebegini, hidup sentiasa dalam keadaan menuntut ilmu, didoakan oleh tumbuhan, haiwan, malaikat, dan segala makhluk tuhan di sekeliling kita. Sekiranya aku pergi waktu study sekelumit penyesalan pun x timbul. Besides aku x menyesal dgn result aku.

Disadvantage waktu sebegini, aku x dapat nk buat benda lain yg lagha2 tuh! So bila cuti jangan suruh aku baca buku sepanjang masa, mustahil, tp radio 3 subang mak aku tu berbunyi jugak! Takpun radio antik nenek aku kalau aku kat kg, siap caklempong lagi! SO far, im proud with my achievements so far, but need to work harder next time, ramai lagi yg perlu dicontohi dan disaingi.

Yg baik ambil pengajaran yg x baik jadikan sempadan, semoga kita lebih baik setiap hari kerana allah suka umat islam yg kuat berbanding yg lemah. Kuatkan ilmu, so u wont be deceived by others. Jazakallahu khairan

Menaruh Harapan (2005)

Lagu ini ditujukan kepada sesiapa yang mengenali diri

-kenalan

-ex-schoolmate

-ahli keluarga yg sudi baca

Zaiton Sameon

Menaruh Harapan

Sepanjang perjalanan ini Lembah dan lurah ku lewati Ketenangan yang ku cari Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun Mencari pepohon yang rimbun Bertemu dahan yang rapuh Tempat ku berteduh

( korus ) Dulu aku sendiri Kini masih sendiri Hadapi hidup ini Susah senang diri ku Tak bertempat mengadu Seperti burung kepatahan sayap... Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah Aku akan terus melangkah Ku yakin rahmat buat ku Di hadapan menunggu

This is one of my favorite songs. Coretan penulis lirik ini terlalu sinonim dengan hidupku. Memang adakalanya kurasa bahagia, adakalanya kurasa gembira, namun hidup hanya sementara hakikatnya jiwa ini pada Tuhan tempat mengadu.

Rangkap pertama mengguriskan betapa hati ini mencari ketenangan sejak dari kecil. Konflik keluarga yg kualami waktu kecil dahulu tetap menjadi mimpi ngeri yg mengganggu hidupku sehingga awal ketibaanku ke mesir. Tinggal di bawah jagaan arwah datuk dan nenek, masuk asrama(smapk) now hopefully I can vanish this feeling by coming to egypt.

I busied myself by participating in many fields of extra curricular activities, study ala-ala iqbal haziq, got many achievements so far but ketenangan masih sukar ditemui. Kini aku x ambil peduli langsung. Biarkan darah luka itu beku walaupun kutahu ia masih mampu cair kembali. Who cares?Apa nak jadi jadilah. I don’t want to give a shit anymore! Let me lead my own life.

Rangkap kedua menunjukkan Allah sahaja tempat kumengadu. Tetapi kekadang aku buat dosa juga, Allah tunjuk lagi jalan lurus, tiba2 buat dosa lagi, dan lagi, dan lagi. Malu bersinggah di dada tatkala mengadap Ilahi. Hanya taubat yang mengiringi dan kuharap taubatku diterima.I know how much Allah loves me.

I got sek men agama persekutuan kajang, n hopefully I would get the message. Then result ok minta ijazah luar Negara, nak ke eropahlah konon, sekali dapat Mesir. Undeniable, things I got here much more better than expected. Ilmu agama, perubatan Mesir, far more advanced even though it develops in the Third World Country (who has the right to label others?). Hopefully this is the best for me, carilah hikmah disebalik apa yg kita dapat.

Rangkap ketiga lebih mengharukan. Aku x sanggup cerita panjang. Cukuplah aku simpan seorang diri.

Ada dulu tempat mengadu, belot pulak. Sekeji-keji manusia aku dibuatnya. Lebih baik aku curahkan tekanan dalam bentuk yg membina daripada curahkan pada makhluk bernama manusia (e.g. baca quran, main piano, reading, bercakap dgn kucing, jogging, menyanyi(got that point), writing something then koyakkan pastu bakar,fuh! puas hati)----yg ni jgn komen, suka hati akulah

Rangkap keempat setiap baris hanya membawa satu makna, pengharapan syurga sekiranya aku berjaya tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini (dan org lain tabah dgn perangai aku).

Huraian ini x sehebat huraian dr Ros, cukuplah sekadar mengenali diriku.

Withdraw Blood From Obese Patients (2005)

Everyday at 9 am , blood sample of the patient should be taken for further investigation n follow up treatment in the hospital. Before this I just be an observer only thinking it might be a nurse’s job not a doctor’s. >>>>huh berlagak giler aku.

One morning a senior nurse asked us to do it by ourselves. She called a name n I have to find that patient. U know who? An Obese Egyptian lady in her thirties with diabetes n hypertension……..this is very common in Egypt . You can see obese people everywhere. Nak mengurat perempuan arab tgk mak die dulu. Kalau mak die besar tong, lupakanlah anaknya. It will be inherited as soon as u have just married. Believe it!

The problem is I couldn’t find even a single vein in her cutaneous skin even though she has a white pallor skin. No vein in the forearm could be detected. Then I searched on her dorsal of hand. Nothing! Just a little sign of dark blue stream. Better than never, I tried to take the blood sample.

Waduh-waduh! Misplaced! The lady began to yell (common in Egypt even though the syringe didn’t enter her skin yet). I tried my best n consoled her. She is yelling like her son is dying! So I stop n took out the syringe. And the blood was pouring out of the hole! I took it but it was still insufficient. So that nurse came and took it by herself.

That obese lady was very angry with me. In the same days, my Egyptian friends also did the same mistakes like mine. We thought the patients would not allow any medical student to take the blood sample again from them. And we thought we would not come to this ward again until all the faces in this ward disappear, then we will take blood sample again and of course, more careful!

Moral value: avoid fat! It helps ur doctor!

Hematoma Operation (2005)

Arini ni aku buat minor operation haematoma—coagulated blood in vessel. One in the arm (a lady ) and one on the forehead (an old Egyptian man.

Tak ada yang best sangat, buat cam biasa, potong kulit n fascia in that area, just take the coagulated blood carefully without injure any nerve or vessels with a lots of tools helped by a medical officer n a nurse. Doctor tu ajar banyak juga

But something crosses my mind at that moment. Why the coagulated blood is white instead of dark red? Who knows the answer tell me. Did I make a mistake?(calcified??)

Bengang Waktu Operation (2005)

Arini aku diberi peluang bantu doctor buat major operation. Aku dah pakai operation suit, sekali glove pulak tak cukup. Doctor dah nak start dah. Aku dan member arab pergi minta kat nurse, nasib baik ada. Bila dah start operation, doctor suruh sorang berdiri sebelah dia tolong apa-apa. Aku yang eager nak tolong pun pergilah kat sebelah die.

Bila tengah operation aku macam tunggul dibuatnya. Dia suruh nurse pegang itu, kawan aku pegang ini, potong itu, potong ini, aku tak diminta pun buat apa-apa. aku cuba juga nk tolong apa-apa, lalu aku pegang one of the tool holding the flesh and the skin, sekali dia cakap, “don’t cross the border” . Aku pun tarik tangan aku balik sebab mungkin ganggu dia buat kerja. Tengok aje la mereka buat kerja.

Tangan ni dah dua kali sterile dia suruh. Tak berguna pun. Aku dah confirm I cannot do anything to help, aku pun letak tangan di sisi. Ada sorang nurse datang hulur barang untuk doctor, aku yang terdekat capai la. Sekali die kata tgn yg aku pegang tadi kene tukar glove. Aku pun tukar la walaupun aku tahu tiada guna aku tukar, bukan die suruh pegang apa=apa pun. Tengok lagi mereka buat kerja. Aku dah bosan, letak pula tangan kat belakang, tiba2 nurse yg tolong doctor marah. Die cakap apa2 ntah aku tak paham(bahasa arab).

Doctor pun marah, aku cakap la, ana mosh fahem. “Don’t put your hand at your back” kata doctor. Aku pun tarik tangan ke depan walaupun aku tahu langsung x guna. Tak dapat tolong apa-apa pun. Nama aje sterile, pakai suit lengkap, macam org bangang aje die buat aku kat situ. Aku cuba tanya pasal apa yg dia buat, doctor x jawab apa-apa pun. Aku fed up, I went out.

Operation theatre lain, skali aku tengok kawan arab aku lain siap buat jahitan for the surgery. AKU MELETUP! Inilah nasib org macam aku kat dunia arab ni! Dia anggap orang melayu ni bodoh sangat! Memang ada yg bodoh, tapi aku rasa jpa tak hantar budak bodoh dari Malaysia buat medic kat luar Negara, habiskan duit rakyat. Apa nak buat, aku ni bukan apa,ada serba sedikit perasaan x boleh tengok org lebih, mesti nak lawan. Tapi aku lawan cara membina. Aku tak boikot orang.

Kawan arab aku dah boleh buat post mortem for surgery. Aku? Tak diberi peluang langsung nak BANTU major operation, tu Bantu, belum buat lagi! Bengangnya aku dengan org mesir nih! Petang ni aku tak dapat focus nak baca buku, aku rasa nk pelempang aje sume yg ade kat hospital tadi.

Kawan arab aku pun pentingkan diri sendiri – ni yang buat aku sakit hati. Apa-apa pun lepas nih, aku tekad aku akan usaha untuk majukan diri independently. Aku dah betul-betul sakit hati nih. Lantakla apa nk jadi, aku akan bersendiri lagi, hanya itu yg buat aku bahagia, tak adala sakit hati hari-hari! AKU NAK BALIK

MALAYSIA

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kene Kencing Waktu Sunat (2005)

I don’t remember a word for circumcision in Arabic language. It reminds me to my 1st patient: an egyption baby.

In my own personal experience, I have been given 5 injections of anaesthesia before the operation. Then the doctor did his work with my eyes opened. I could see what he was doing to me!

Now it’s my turn to do it. Before that in operation theatre, an M.O. demonstrated it 1st so then we know how to do it in Egyptian verse. They use no anaesthesia ! Luckily the patient is a baby. No circumcision will be conducted in Egypt when the baby more than 1 year old . So basically the baby will be crying, if a 9 year-old boy, he will be screaming of course or even kicking the doctor.

Yangg ni versi mesir. Don’t try it in Malaysia, you will be penalised then! The skin of the penis will be pulled backwards until the white flesh appears and of course the blood will be spilled too! Then we have to stretch the skin forwards (extra skin) n a tool is used to cut the skin. With no suture, the nurse will put a medicine (antiseptic) and just cover the penis of the baby with a clean white cloth. That’s all. Less than 5 minutes. And I have to do it as long as the babies are available

The first baby is the most memorable! When I cut his skin, he shot his urine all over my lab coat. Fortunately not on my face! It is a nice present for his doctor! Ha3mel eih, enta Masry!

Umrah Tak Jadi (2005)

Ni bulan 7 yg lalu(2005)

Sudah maklum qada’ dan qadar di tangan Allah. Allah juga yang menentukan rezeki hambanya sebagai tetamu di Tanah Suci Mekah. Itulah kata-kata kesumat yg subur menyirami dan menyejukkan hati sedihku di kala ini.

At the beginning of our examination, instead of going back to Malaysia

I hope I can learn native Egyptian Arabic and do my umrah. It is better for me because next year I want to go back to Malaysia during my summer holiday with my best Egyptian friend, Ahmad. I did all the documents needed for application in the middle of the exam. My mushrif, an Indonesian told me, there should not be any problem for us. “Confirm, insyaallah” is my consideration.

Saudi Arabia Embassy considered it as an error. Truly I said there is no such a single name of my grandfather in any documents.Now my summer holiday began already. The merriness I dreamed in this vacation honestly vanished and I could feel the anger filling up my mind when this bad news was heard. The mushrif said the problem arises from the documents. My grandfather’s name and my father’s name are quite confusing and Saudi Arabian Embassy considered it as an error. Truly I said there is no such a single name of my grandfather in any documents (not like arabian's name).

Whether they have any problem or they just ignored my application.

I won’t be damn sad and furious if they tell me earlier than this. Just now I was informed by the musyrif even though the date of departure just the day after tomorrow. I have packed up all my things and cashed some of my money needed to bring along with. My eyes closed. My mouth locked and I don’t know what I will do now except be patient till I got hidayah to decide.Aaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh!

Wanita Bagi Seorang Doktor 2 (2004)

Cinta perlu dipupuk bukan dipungguk. Cinta itu bagaikan tumbuhan, ada makannya,ada minumnya, ada bajanya (ini persepsi sastera bukan fakta sains yang mengatakan tumbuhan buat makanan sendiri tu, photosintesis). Lantaran itu jika kurang jagaannya, mana mungkin tumbuhan itu subur dan mengeluarkan buah-buahan yg ranum untuk dijamah bersama keluarga mahupun bunga-bunga yang mekar mewangi menghangatkan lagi cinta teruna buat si dara.

Begitulah cinta, perlu dipupuk dan dipelihara. Di sini aku ingin menyatakan cinta terhadap manusia. Salah aku mudah terpikat wanita hiasan dunia. Senang melafaz cinta, senang pula melafaz rasa sesedap jiwa yang memusnah segalanya. Namun begitu sukar untuk menyuburkannya.

Wanita itu mengetahui aku pelajar perubatan. Sudah menjadi lumrah duniaku, pelajaran itu nombor satu kerana itu matlamatku, harapan ibu bapaku, biasiswa rakyat negaraku demi menjamin hidup keluargaku dan masyarakatku.

Namun wanita itu seolah-olah baru terjaga dari tidur, tiba-tiba tersedar duniaku bukan sesuai dengan dunianya. Kesibukan menelaah pelajaran demi peperiksaan akhir tahunku yang selama 2 bulan ini menyebabkan aku redha berkorban demi kejayaan. Tiada tidur siang bagiku, tiada internet untukku, tiada tv pengkhabar duniaku, tiada radio penghibur tidurku, tiada outgoing yang mensia-siakan masaku. Hidup ini ku turuti demi pelajaranku Untuk siapa? Untuk keluargaku sekarang dan akan datang.

Bukan salahnya dia tidak memahami, bukan salahnya dia tidak mengetahui, bukan salahnya jika dia ingin waktu bersama dipenuhi. Namun itu yang x mampu aku berikan buat masa ini. Ku tak mampu berbuat apa2 apabila sms hadir mengggegar telefon bimbitku tatkala aku mengisi masaku selepas peperiksaan untuk menonton sebuah filem arab mesir yg berkisar tentang pembunuhan suami oleh si isteri.

Katanya:

Sy nak bgtau 1mende

Sy Cuma x dpt lg feeling kt awak

Sy x dpt tipu diri sy

N x nak tipu awak

Sy dh try tp tetap xleh

Emmmm, degup hati ini agak kencang, raut wajahku yg sepatutnya berkerut memikirkan penyelesaian kes pembunuhan dalam filem yg ditonton bertukar menjadi mimik muka tatkala menonton filem “Pontianak Harum Sundal Malam”.Salah siapa? Bukan masa untuk menuding jari pada sesiapa melainkan diri sendiri. Dia tidak bersalah, hanya aku yg belum bersedia menerima hakikat kehidupan seorang doctor.

Lantaran mengajak aku berfikir kewarasan kata2 ibuku untuk mengahwini seorang doctor. Namun aku masih memberi diriku masa untuk berfikir. Wanita solehah bg lelaki soleh. Hanya itu yg mampu kukatakan demi memujuk hatiku agar berusaha ke arah itu dan Allah memberi yg lebih baik demi hidupku. Amin. Mungkin ada benarnya kata2 ibuku. Aku termangu membatu tanpa dibantu.

Wanita Bagi Seorang Doktor 1(2004)

I think it was the 4th time my mama asked me to marry a doctor when the time comes. She convinced me that a life of a doctor will be definitely understood by a doctor. She said when she was in her twenties; she had a boyfriend which was a medical student in a local university. Boring, lifeless, bookworm, less talking, no outgoing, absolutely made my mama to leave him. She couldn’t tolerate this type of human can be his husband even for a single day. That’s the time when she didn’t know what actually a medical student is.

Now this is her son, giving her a second glance to peep into the life of a medical student. Honestly she already knew how it would be if her son might end up as a doctor. A lady that understands this horrible life definitely must be a doctor also. She doubted an ordinary girl like her in my age would be simply adapting herself in a life of a doctor.

Sleeping in alternate days, 24-hours on call, less time for himself and reading for every single second really annoyed any girl who expected her beloved one to be by her side all the time. Furthermore, she thinks the relationship will not last longer except the girl is the doctor herself.

I have my own opinions in this matter; I denied all my mother opinions about this and insisted on marrying a non-doctor woman. This was her response “we will see”. These three magical words really terrifying me all this time and converting my confidence to a doubtful decision…………to be continued.

Jumlah Pelawat

Warung Kopi


ShoutMix chat widget

FEEDJIT Live Traffic Feed

 

Diari Hatiku | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates