Cara Gugurkan Anak (2010)

"Ya sitti, feen Dr  Nadia? El-concent lissa ma kameltesh, (miss, Dr Nadia mana? Concent tak lengkap lagi ni)"tanyaku monotonous.

"Mosh 3arfa wallah, momkin fe edara, (Saya tak tahu, mungkin dia di pejabat)"kata kak Maria sambil tolak troli ubat. Mukanya masam mencuka. Pesakit buat hal la tu. Hmm. Desah hatiku. Hari ni dah hari kedua aku cuba minta concent(kebenaran untuk sesuatu prosedur) daripada pesakit. Tetap gagal. Macam mana aku nak buat ni?resah~

Tuk tuk tuk (pintu diketuk)

"Salam alaik"sapaku.

"Wa3alaikumussalam," jawab Dr Nadia ringkas. Pintu dibuka. Seorang wanita tinggi lampai berbangsa arab berbulu mata lentik dengan muka putih licin tanpa jerawat terpancul di muka pintu. Kelihatan seorang lagi wanita tiga puluhan sedang duduk sugul membisu.

"3amel eih Faisal? Kef sehhatak?" tanyanya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah. No malignant disease, only malignant patients," jawabku selamba.

"Hahaha,"tertawa doktor berpangkat medical officer (MO) ini. "Jemput duduk,"pelawanya.
Aku yang tengah berpeluh-peluh kepanasan di musim panas ni tanpa berlengah melabuhkan punggung di sofa empuk di bilik berhawa dingin tersebut. Sedapnya dapat tidur!

"Ada hal penting ke?"tanyanya direct.

Mulut aku berat nak bercakap. Ragu-ragu. Kujeling wanita di depan Dr Nadia ini sebagai bahasa isyarat. Dr Nadia tak dapat tangkap maksud aku. Ditanyanya lagi. Wanita tadi mendongakkan mukanya dan memalingkan muka ke wajahku yang berada 5 meter darinya.

"Abang Hisham tak nak sain concent,"kataku.

"Hisham Abduh?"

"Aiwah"

"Kenapa? Dia cakap apa-apa?"tanya Dr Nadia ingin tahu. Tangannya mencapai segelas jus oren yang terletak di atas meja lantas meminumnya.

"Dia nak tukar hospital Faransawi,"bualku dalam bahasa arab Mesir pasar.

Shafa (wanita tadi) tak berkata apa-apa. Dia tahu barangkali hajat suaminya. Hisham adalah suami kak Shafa. Hisham berumur 45 tahun. Pangkat ayah aku sebenarnya. Apabila aku panggil ammu (pakcik) dia marah. "Aku belum tua lagi,"katanya. Aku yang sememangnya annoyed dengan perangainya panggil nama ajer walaupun sepatutnya dia digelar pakcik.

Bulan lepas Hisham didiagnose menghidapi cancer of prostate. PSA waktu mula-mula masuk hospital 30 ng/ml. Kerana umurnya yang dibawah 70 tahun, doktor-doktor pakar bersetuju untuk membuat pembedahan membuang prostate untuk mengembalikan kesihatannya. Kencingnya tidak keruan. Sakit sewaktu kencing dan kencingnya yang berdarah telah menyebabkan beliau dihantar untuk pemeriksaan oleh kak Shafa bulan lepas. Namun berita malang yang didengar. Barah prostate amat mengerikan mana-mana lelaki sebagaimana barah payudara mengerikan mana-mana wanita.

Dr Nadia pandang Shafa, matanya redup, katanya tersusun. "Mengapa perlu bawa Hisham keluar? Bukankah Dr yang bekerja di Hospital Universiti ini adalah doktor yang sama bekerja di Faransawi Hospital? Di sana kos sangat tinggi,"kata Dr  Nadia kepada Shafa memberi penjelasan.

"Shafa tahu, Shafa tak mampu. Shafa bincang dengan Hisham tetapi dia masih tetap dengan keputusannya,"tutur wanita ini perlahan. Volume suaranya seakan sama dengan volume nafasnya.

"Habis nak bayar dengan apa nanti?"sampukku tiba-tiba. Dr Nadia menjegilkan matanya kepadaku menyuruh diam. Shafa membisu. Bunyi penghawa dingin ini lebih didengari. Nafasnya seolah-olah terhenti.

"Macam inilah Shafa. Mari kita bincang dengan Hisham. Tengok dia setuju ke tidak. Kalau dia tak setuju untuk pembedahan ini dan masih nak tukar hospital, Shafa boleh cuba pohon insuran atau baitulmal.

Mulut aku rasa nak menyampuk sangat waktu tu tapi Dr Nadia dah jegil mata awal-awal. Baitulmal kat Mesir ni mana boleh harap? Rakyat dia ramai sangat miskin. Kerajaan pun miskin. Yang kaya menteri-menteri korupsi kat atas tu. Mintalah berulang-kali. Cukup setahun, duit tak dapat, nyawa dah melayang dulu. Geram  aku. Cubalah buat ajer pembedahan tu kat hospital universiti ni. Dah la bayar murah. Doktor pun sama. cuma layanan ajer la lain. Hospital Faransawi tu private of course la selesa, berbayar!

Pintu dikuak. Dua wanita ini berjalan keluar dari pejabat menuju ke wad pembedahan. Aku nak tak nak ajer ikut mereka. Marah dengan Hisham tak hilang lagi. Kusambar 2 gelas air oren atas meja baru kuhayunkan langkahku mengikuti mereka.

Jam pukul 3 petang.

Kelibat Dr Nadia yang berjalan memasuki wad pembedahan (Surgical Department) mencuri pandangan hormat daripada semua pesakit yang sedang terlantar di atas katil. Jalannya laju, tertinggal si Shafa di belakang.

"Ustaz Hisham 3amel eih?( Encik Hisham apa khabar?)"sapa dr ini dengan senyuman.

"Matshofteshesh? (tak nampak ke?)," balas orang tua tak sedar diri ni kasar. Aku rasa nak angkat meja sebelah katil tu hempuk atas dia. Geram. Mengetam gigi yang mampu kubuat ketika ini.
Ahmad dan Mostafa (kawan arab) baru masuk ke wad. mereka berdiri di belakangku sambil mencucuk belakangku dengan jari sebagai isyarat.

"Muka masam macam cuka ni kenapa?"tanya Mostafa. "I want to explode," balasku padat.

Dr Nadia tergamam apabila Hisham jawab macam tu. "Hisham sakit. Hisham tak perlu keluar. Kesemua doktor pakar di hospital ini adalah doktor yang sama di Hospital Faransawi. Di sana kosnya mahal. Pembedahan di sana tak kurang LE 15 ribu (sekitar RM10 000)," ujar Medical Officer ini.

"La, ana 2oltilko khalas (tidak, saya dah kata macam tu, sudah)," jawabnya sombong.

"Kasihanlah isteri awak ni. Awak dah tak kerja, dia kerja cikgu sahaja. Macam mana dia nak tampung kos hospital swasta lima kali ganda tuh?" kataku tanpa mempedulikan Dr Nadia yang mengenyitkan mata suruh diam.

"Dia kena cari duit! Saya suami dia. Saya tak peduli macam mana dia nak cari. Apa yang saya nak cakap kat kawan-kawan? Mereka semua tahu saya kahwin anak orang kaya. Mintalah dari mak ayah dia. Mana saya nak letak muka apabila kawan-kawan datang dan tengok saya duduk dalam hospital macam gua ni. TV tak ada, aircond tak ada, kongsi tandas pula dengan orang lain. Keluarga orang lain tidur di beranda hospital, sama macam anjing,"

KELENGKANG!

Meja depan katil kurempuh. Tray makanan terhumban jatuh ke lantai. Tumpah segala sup. Roti baladi tertiarap mencium bumi. Fail di ketiakku jatuh.

"Kau jaga sikit mulut kau!!!!!!!!!" jeritku dalam wad. Mulutku dah terasa nak maki orang. Ahmad dengan Mostafa terus mencapai tubuhku dari belakang ! Tanganku digenggam.

"Kau ingat kau siapa dekat hospital ni????"

"Sabar Faisal,"kata Ahmad. Tanganku tak diurai.

"Timbangrasa la sikit dekat isterikau ! Dah la kau tu tak ada kerja. Makan duit bini. Gaji isteri kau bukan besar nak bayar kos bedahkau berpuluh ribu tu! "mulutku terlepas.

Menggeletar tangan aku waktu tu. Aku rasa kalau Ahmad dengan Mostafa tak pegang aku, dah kuhayun penumbuk dekat orang tua tak sedar diri nak mati tu!.

Dr Nadia terus menyuruh si Mostafa tarik aku keluar dari wad. Orang tua tu sempat mengutuk aku. Mukaku merah padam, nafasku kencang. Tubuhku ditarik keluar. Kunampak orang tua tu mengurut dada. Dah nak matilah tu, bagus sangat!

Si Ahmad rentap beg aku dari kaunter jururawat dan mengheret aku keluar dari hospital waktu tu juga. Aku terasa nak makan orang waktu tuh.

Bengang tau tak?BENGANG!

Cuba baca soalan yang orang bagi direct ke dalam inbox aku dalam 4 minggu sebelum ini:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan satu

Saya sedang membuat persiapan untuk menikah, insyaallah pd awal Disember ini. Memang sebelum ini saya mengamal gaya hidup bebas dan pernah terlanjur. Pada 13hb Ogos 2010 saya membuat ujian kehamilan didapati positif namun saya masih tidak pasti berapa usia kandungan itu kerana saya terlewat haid lebih kurang 1 minggu lebih & saya juga tidak membuat pemeriksaan doktor.Saya merancang untuk menggugurkannya kerana tidak mahu ibu bapa saya tahu & kecewa kerana mereka amat gembira apabila tahu saya ingin berkahwin kerana saya yang akan memberikan mereka menantu pertama. Saya ingin tahu cara gugurkan kandungan dan risiko seseorang itu jika ingin menggugurkan kandungan yang berusia 4 bulan ? -yang terdesak-

Soalan kedua

Saya telah disahkan mengandung anak luar nikah selama 2 bulan.  Boyfriend saya telah meninggalkan saya di saat saya memaklumkan kepadanya berita ini. Saya tiada tempat bergantung dan tidak mahu keluarga mengetahuinya. Can you give some infos how to do abortion?Saya masih belajar dan tak sanggup mempunyai anak.

Soalan ketiga

saya telah berkahwin secara senyap di Siam bersama kekasih hati setelah disahkan mengandung 2 bulan namun saya tidak maklumkan kepadanya sebelum kahwin. Setelah berkahwin, saya maklumkan kepadanya dan dia memaksa saya menggugurkan kandungan. Saya benci dia! Kini telah 5 bulan. Saya tak sanggup pulang ke keluarga dengan perut yang besar begini. Dr tolong bagi solution. Saya amat terdesak!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah baca?  prepare yourself sebab saya nak membebel sekarang:


Kenapalah perempuan ni bodoh sangat sampai percaya lelaki bulat-bulat? Si Shafa tu ada kerjaya, ada masa depan, yang pergi kahwin dengan lelaki menganggur tak nak kerja tu apa hal? Kalau dah tak ada kerjaya, iman ada, sikap tanggungjawab ada, at least ada yang positifnya. Ini dah la kerja tak ada, isteri pulak yang kena tanggung suami, apa kes? Demand tinggi pula tuh. Tak sedar diri yang isteri tu bagi makan hari-hari. Ini isteri tu dibuatnya macam hamba abdi. Ikut telunjuk suami membabi buta. Dahla suami tak ada kerja, tak bagi makan, ego tinggi, apa yang ada lagi? Setakat bagi air mani. Buanglah k**e tuh! (perkataan diedit atas nasihat pembaca)

Itu belum situasi zaman kini, asal keluar dating perempuan yang keluar duit. Alasan ? "Tak ada cash" Kalau tak berduit jangan fikir nak bawa keluar anak dara orang. Ini duit minyak, makan, duit wayang semua duit perempuan. Aku naik pelik kenapa perempuan ni pemurah sangat. Terdesak ? Takut jadi andartu? Lebih baik tak bersuami daripada terseksa jiwa batin dek suami. Tau-tau dapat penyakit , mati !

Aku ada dengar radio era, ada satu segment ni Pak Nil conduct untuk sesiapa yang tak puas hati boleh luah di radio. Ada seorang mamat ni dia boleh bagitau yang dia sakit hati sangat sebab girlfriend dia tak nak bayar duit sewa bulanan kereta dia. Orang macam ni pun ada ke? Kereta sendiri bayar sendiri lah! Yang pergi suruh girlfriend bayarkan tu apa hal? Perempuan tu memang bagus buat macam tu. kalau aku, tinggalkan terus!

Orang lelaki ni waktu tengah naik nafsu mulalah merayu-rayu. Si perempuan ni khayal, termakan janji bodoh, lama-lama diri diperbodoh. Dara dah hilang, perut dah besar, keluarga dah buang, boyfriend dah tinggal, nak pergi mana? Ingat lelaki  ni akan maklumkan ke pada keluarga dia yang dia dah tanam benih kat anak dara orang? Nak kena kapak dengan abah? Lelaki ni waktu berpacaran ni perempuan sexy-sexy, gedik-gedik ni semua orang suka. Nak buat isteri? Minta maaflah. Dia akan cari yang solehah dan masih dara lagi. Korang yang terkontang-kanting bawa diri apabila dah tak ada apa-apa. Aku tahulah, aku pun lelaki.

Kalau di wad bersalin tu, kami siap kena susunkan anak-anak yang dilahirkan ibu tidak bersuami ni untuk diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai anak. Masuk ajer wad bersalin sekarang doktor akan tanya mana surat nikah? Kalau tak ada surat nikah, doktor tu tak akan halau ibu mengandung ni balik. Dia akan sambut juga. Anak-anak tu akan ditanya nak bela atau perlu diberikan pada orang lain. Bersalin di hospital lebih baik walaupun kamu malu nak berhadapan dengan doktor. Buat maksiat tak malu pula. Bersalinlah di hospital. Banyak komplikasi menggugurkan anak atau melahirkan anak tanpa pengawasan doktor atau bidan. Silap haribulan nyawa si ibu melayang. Jangan dibuang anak itu ke dalam tong sampah atau pun dibunuh! Dah dosa besar, bertambah lagi dosa besar. Tak ada manusia pun tahan azab api neraka. Jangan fikir kamu tu superwoman badan kebal, api neraka tak nak makan. Cuba cucuh diri tu dengan api, tahan ke tidak? Api neraka 7 kali ganda lagi dasyat daripada api dunia.

Pasangan mandul macam-macam cara usaha nak dapat anak. Allah dah bagi kamu rezeki fikir nak gugurkan anak pula. Kalau dah kahwin dan mandul lepas tu baru padan dengan muka. Doktor ni manusia juga. Kami pun ada emosi. Ingat  kami ni kerja sambut anak luar nikah aje? Apabila aku baca akhbar yang mengatakan pusat hiburan akan ditambah di Malaysia, aku mencaci pemimpin tersebut sampai hari ni. Dia duduk rumah taraf 5 bintang, naik kereta mewah, pejabat ada aircond tapi merancang benda yang nak memunahkan masyarakat. Kami yang terpaksa tidur disukat ni la yang terpaksa "membersihkan" noda-noda masyarakat akibat pemimpin sial tersebut. Pandai ekonomi kononnya. Jahil agama yang pasti.

Waktu aku buat attachment dengan seorang profesor OnG yang  amat popular di Cairo Universiti ni, beliau ada cakap tanggungjawab kita, diagnose, buat rawatan apa yang patut, tutup mulut. Tak payah nak sibuk-sibuk mentarbiyah atau menguruskan anak gadis semuda 14 tahun yang positive pregnancy test ni. Aku terus menyampah dengan profesor tersebut. Tu bukan professional. Itu bukan manusia. Nak biar ajer perkara terjadi depan mata tanpa nasihat atau didikan sewajarnya?

Cari lelaki tu tembak mati lagi baik. Geramnya!!!

p/s: Tajuk bukan isu sebenar yang ingin disampaikan. Sekadar memerangkap golongan pembuat maksiat dan pembunuh bayi ni baca. Maaf bahasa kasar. Saya tengah stress sangat.

**********PERINGATAN SEPANJANG MASA KETIKA MEMBACA BLOG INI*************

1.Semua nama karakter yang dinyatakan BUKAN NAMA SEBENAR. Saya tidak menggunakan nama sebenar untuk mana-mana karakter dalam blog ini. Sekiranya berasa tidak selesa dengan sebarang karakter atau kebetulan sama nama atau saya cuai menukar nama karakter, sila maklumkan kepada saya.

2.Sebarang prosedur perubatan atau investigations yang TIDAK DINYATAKAN SECARA DETAIL DAN LENGKAP harap dimaafkan. Sini bukan tempatnya untuk berbincang teori ilmu perubatan.

3.KISAH BENAR INI DIOLAH SEMULA SERBA SEDIKIT agar sesuai untuk tatapan pembaca.

Comments

sgt bersetuju.. sebagai seorang perempuan kita kene jaga akhlak... x terlambat lagi untuk bertaubat.. thanks atas info yang sgt bermakna... =)
Budak Hitam said…
nauzubillah min zalik... mnta djauhkan dari perkara maksiat dn keji tu semua..

org skrg da smkin ssh nk gunakn akal.. baik lelaki mahu prmpn.. lelaki bodoh sbb suka ikt nafsu.. prmpn pulak bodoh sbb cpt hanyut dgn pujuk rayu lelaki..

Kte (laki&prmpn) x blh harap org lain jg diri kte.. org lain x mampu nk kawal iman kte melainkn diri kte sndri..

peringatan utk prmpn:

1. jgn keluar dgn lelaki jika rs tidak mampu mengawal nfsu apbla btemu lelaki
2. jika bertemu lelaki bw bersama org lain (abg@kakak yg blh dpercayai)
3. msti tahu cr mempertahankan diri utk mghadapi mcm2 kemungkinan..

kslhn x blh dletakkn pd bahu org lain.. bla jd mcm2 mslh yg ptt disalahkn diri sndri..


utk kes shafa.. pd kaum lelaki yg sprti hisyam.. ptt ad rs malu. aii klu sy jd de sy malu. da la skt, menyusahkn is3.. pastu lg nk menyusahkn is3 mntk tggung de sume.. adoii x sgka ad jgk org x tau malu mcm ni..

bg yg prmpn.. cari suami tgk la agmanya dlu.. lps tu tgk plak peribadi de.. jgn ckp org yg agma baik ni peribadi pun baik... (mn la tau kot2 ad kes tpencil).. then kna tgk fmly de.. tgk siapa kwn2 de.. x mustahil org blh berubah krna pengaruh sekeliling..

p/s:maaf tuan blog.. sy terkomen panjang pulak.. hehe
princess~ said…
kudos to doc faizal!!
yes.. saya setuju...
pompuan zaman skrg da ade y mcm2... xtau malu..pndai buat pandai tangung laa..senang sgt layu ngn pujuk rayu lelaki... lelaki da puas nafsunya..abis laa kene tinggal laa... mmg betoll..kalo pompuan y gedik2 n sexy2 ni mmg jd bahan laa...lantak korang laa sape suh pakai pelik2...

kalo saya laa.. xmau laa jd tukang sara kemudian ari.. lepas penat elah sara si jantan tu. ni balasan y dorg bg...hampeh tol...!! samelaa cm kes syafa n hisyam tu... kalo saya da lame tinggalkn lelaki camni...tak sedar diri.. huh...!!

sorry tuan punya blog.... suka bace... =D
yatiyahya said…
marah sungguh ya...tapi apa yg awak tulis semua betul...kat malaysia cerita moral dan gugur anak tak jadi satu isu besar lagi....:(
Hazwani said…
allah..dlu2 naqibah pun ada kp bnda yg sama.hakikatnya skg ni kita mmg akan super marah bila bhadapn dgn bnda2 mcm ni, tapi xmampu nk fight pda peringkat akar umbi dlm msa yg singkt.

skg ni dlm kelas saya ada bbrapa ank luar nikah yg keliru dn sedih dgn nasib diri, jdi inferrior even dia xsalah pun dlm hal ni.

lebih dri stgh pljar dlm kelas yg ada mslah kewangan; which ayah duk rumah mak pula keja penat2. pergi sekolah atok yg hantar sbb ayah x bangun tido lagi.

ayah sndiri xdpt jdi qudwah dlm pimpinan. sikit sbnyk pengaruhi kpimpinan student tu sendri.
incik said…
slm..1st time baca blog i..entry yg bermanfaat..
dpt muhasabah diri bila baca entry ni..
kisah2 mcm ni patut diketahui umum sbg teladan..
zaman kejatuhan umat Islam.dan kerana tidak tertegaknya Islam kat muka bumi ni lah trjadinye byk kemungkaran2.isk3..pemimpin pun ntah ape2..anyway,post yg best n membina.girls,kne alert.huhu
Jacknaim said…
wah.. stress sangat nampak tu bro faizal.. sabaq2. karang balik mesia jadi doctor xleh kasar2 n garang2 macam tu.. marah sikit2 bleh la.. kang kena saman..hehe
nurul said…
slm.citer menarik,mcm novel plk..hu2.ni dr ke sasterawan ni..sy xder pnglmn mrh smpai cmtu..hrp2 bleh bsabarjela..
jijan said…
salam...bro saba bro..ikot hati mati ikot rase binasa..haha ayt x blh blah
girlz klu b'cinta otak dieorg weng2 cikit 2 yg mcm2 jd...blog ni best..mcm2 info sy dpt..trus b'karya >_<
disagree said…
hi, i have a comment to make as a fellow medical student. i was of the opinion that respecting your patient's right of choice and making positive and constructive comments, without judging them was a part of the Hippocratic oath, even if not blatantly stated. Don't you feel your take on abortion should not be the one and only right take?
We have apparent guidelines for abortion, regarding medical perspective, our religion and moral issues. Then we know which one is permitted and which one isn't.

Patient who comes to you with apparent and serious medical problems should be managed accordingly. Abortion in this case is life saving.

Other than that,it is an excuse for me. This kind of people needs tarbiyah.
fana said…
whew...! i can't believe that i actually read ALL ur post in one night.

Ruginya tak jumpa blog ni awal awal. I m not a medcal student, but a student. Sangat kagum dengan semangat nak belajar kamu tu.. kalau jumpa dari dulu mungkin boleh tukar perspektif tentang belajar. *sigh*

Unfortunately, i m in my final year to apply those..

nway, Good luck bro!!
dayanaazhar:) said…
tak sangka prof OnG yang masyhur boleh berfikiran macam tu sekali. apa matlamat dia nak jadi pakat dalam bidang tu.

anyhow, sabar yer. tau tension sbb tgh menduduki peperiksaan. banyakkan zikrullah. sy setuju sgt bila dr naik berang dengan Hisyam, sbb saya ada pengalaman dengan wanita yang suaminya dayus sperti itu. tak bagi nafkah mengharapkan isteri jer. tak patut, mereka patutnya belajar semula silibus pendidikan agama tingkatan lima. hahaha kalau yang malaysian la.

cerita yang menarik. teruskan menulis. anda memberikan inspirasi kepada bakal2 doktor dan pembaca blog di luar sana.:)
lymeq said…
yeah.pregnant out of wedlock macam dah sangat common kat sini.when i worked at watsons, almost every week ade je some female customers yg beli pregnancy test.saddening.
btw,did you supply them info's on abortion?

"prepare yourself sebab saya nak membebel sekarang"
lol.
of course no...x nak saham akhirat yg ke arah neraka
kucIngbUnge said…
sedeyh dengar ade prof yg ajar kite utk meremehkan tanggungjawab mcm tu..
alhamdulillah,setakat nih,mostly prof yg kitorg jmpe ,sume bagi kesedaran pasal tarbiyah.
n sangat kagum dgn sorg prof OnG ni [head dept kot], yg sangat famous ,, n tarbiyah dye sangat mantap, smpi mampu tarik org masuk islam.
*amazed*
dan banyak lagi contoh2 prof2 yg laen..yg tak lokek memberi kesedaran dalam lecture mahupon round..
hmm..doctors macam diorg la yg umat kite perlukan..
=]
ffh said…
hey cheers from uk medic!
Q said…
Assalamualaikum.. hahaha kamu membebel lg.. amazingly.. aku tak pernah baca sampai habis blog kawan2 aku.. tp blog kamu.. hoho.. 3.45 pagi.. waktu malaysia.. dan aku maish belum mengantuk.. hahaha! lepas satu entry, satu entry lg aku bc.. bagus2.. teruskan ya doktor! semoga istiqamah..
Zahra said…
manusia ni seharusnya menggunakan iman, logik dan komplikasi masa hadapan atas segala tindakan yang mereka ambil... bagus jugak bengang sekali-sekala ni kan, dapat jugak sedarkan anak2 gadis yang sedang leka kat luar sana tu..lagi dr point of view seorang lelaki.-Zahra
Black Pearl said…
saya perempuan, dan saya sendiri mengaku yang ramai perempuan zaman skrg ni yg bodoh. muka lawa, kaya, pandai, tapi sanggup murahkan diri kpd lelaki yg mcm tak ada masa depan.
lebih baik jadi andartu daripada hidup merana, terbeban dgn lelaki x guna. Nauzubillah..
p/s: saya baru nk masuk 21 tahun

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)