Telefon: Angin Ahmar (2011)

Telefon: Angin Ahmar

Photobucket“Assalamualaikum,ni ustaz Farhan ke?”

“Waalaikumussalam. Ya, Farhan bercakap, ni siapa?”tuturnya lembut.

“Saya Faizal, pelajar perubatan. Kawan saya Hasan sebentar tadi ada telefon, dia kata ustaz Farhan ada maklumkan pada dia tentang sahabat ustaz, ustaz Ahmad tidak sihat. Sakit macam mana tu?”

“Oh yer, Ni Dr Faizal yer? Ustaz Ahmad baru balik dari Turki. Di Turki dia tiba-tiba rebah tak mampu berjalan dengan betul. Orang terpaksa papah dia. Dia kata dia ada masalah mata, semua benda nampak dua. Kawan-kawan dia suruh dia balik terus memandangkan dia tak berapa sihat.”

“Dia boleh bercakap?Umur dia berapa?”

“Boleh, tapi susah sikit nak faham. Umur dia 24 tahun”

“Dah berapa hari sampai Cairo? Ada pergi mana-mana hospital?”

“Dah 3 hari sampai. Dia balik seorang diri. Semalam ada pergi klinik. Doctor Arab tu ada cakap, tapi saya tak faham sangat. Dia bagi beberapa ubat dan kami terus balik rumah.”

“Ustaz Ahmad ada situ? Boleh saya cakap dengan dia?”tanyaku.

“Ada. Tunggu kejap doctor.”

“Assalamualaikum.”

“walakumsalam. Nni  tor Faizal ?”Tanya Ahmad.

“Ya, saya bercakap. Ahmad macam mana sekarang?”

“Ssya au balik Turki. Dah%$%^$*&(*(.45&^&^(*&*%$$&%^&
amp;*&^&*^*%$%&*%^%$%%&^(*&* #@!#$@$%$&

,”katanya semangat. Intonasi tak keruan. Ayat awal ajer yang mampu kufaham. Baris seterusnya tidak. Kuminta diulang semula kata-katanya namun masih sukar difahami. Aku terdiam.

“Boleh saya cakap dengan Farhan?”pintaku.Lantas telefon diberikan pada ustaz Farhan.

“Macam ni Farhan, sekarang dah lewat petang. Klinik pesakit luar kat Hospital Kasr El Ainy pun dah tutup. Saya cadangkan kalau boleh Ustaz Farhan bawa Ustaz Ahmad ke hospital saya esok pagi pukul 8.”kataku pantas. Antara yakin atau tidak. Ustaz Farhan hanya akur menyetujuinya dan kami menamatkan perbualan telefon.

Aku masih  berdiri memegang telefon bimbit hitam Nokia. Tercegat. Seribu satu perkara bermain di benakku. Begitu juga seribu satu barang baru sahaja memenuhi ruang tamu rumah kami. 3 orang adik tahun 5 berpindah keluar, memberi ruang 3 orang adik tahun satu yang baru sahaja sampai ke bumi Kaherah untuk masuk ke rumah ini.

“Doctor Faizal tolong jaga dan beri tunjuk ajar mereka ini yer,”ayat seorang bapa kepada salah seorang pelajar ini yang sangat diingati sehingga kini. Daku tersenyum.

“Insyaallah pak cik, saya anggap macam adik saya sendiri ajer. Pakcik jangan risau. Saya akan bantu mereka apa yang patut, tahan ajerla telinga,”jawabku bergurau. Kami semua tersenyum. Bekas ahli bait tersengih (adik-adik tahun 5). Mereka telah lali. Aku tak adalah berleter sengat pun.(rasanya) Mereka semua ni rajin-rajin. Bilik-bilik mereka sentiasa tertutup dan senyap. Kalau tak study, tidur, tak tidur, study. Tak pernah tiba-tiba masuk aku bilik mereka ternampak mereka main game computer atau chatting tak tentu hala. Result adik-adik tahun 5 ni pun bagus-bagus. Senang nak jaga diorang. Kuliah tak pernah ponteng, solat tak pernah tinggal. Bilik aku jer yang kadang-kadang (kadang?) bising karaoke akibat tension study. Huhuhu.

Perpindahan masuk ini telah menyebabkan rumah bujangku yang “bujang” bertukar menjadi rumah dalam erti kata sebenar. Huhuhu.  Saya tak ada tv pun kat rumah di Mesir ni sebab memang tak ada masa nak tengok. Hari tu pakcik tu belikan tv, siap ngan areal. Dapurku yang sentiasa kontang dengan makanan hari ni penuh dengan barang-barang basah yang dibeli di Carrefour.  Meja-meja study adik-adik ini beserta kerusi memenuhi ruang tamu kami yang tidak berapa besar.

Semuanya perlu dikemas supaya nampak lapang. Niatku terpaksa ditangguh memikirkan ustaz Ahmad sebentar tadi. Kujalan masuk ke bilik. Hati tidak tenang. Lantas……

“Ustaz Farhan, Faizal bercakap ni. Sekarang pukul 5 petang. Saya nak tanya boleh tak kalau ustaz bawa Ustaz Ahmad ke hospital saya malam ni. Saya takut melarat,”jawabku secara terang-terangan.

“Boleh doctor. Kami di Shoubra sekarang ni. Lagipun tak jauh dari Kaherah,”

“Pukul berapa ustaz boleh sampai?”

“Kami ambil masa setengah jam ajer untuk sampai ke Kaherah,”kata-kata ustaz Farhan yang melapangkan dadaku.

“Baiklah, macam ni. Kita jumpa di stesen metro Sayeda Zeinab pukul 7 malam, lepas solat maghrib,”kataku.
“Insyaallah,”jawab ustaz Farhan ringkas.

Aku menarik nafas lega. Ada sebab sebenarnya mengapa aku tukar perancangan dan suruh bawa ke hospital malam itu juga.

Lebih baik begini. Yakin dengan keputusan sebentar tadi. “Abang tak study ke malam ni? Nak exam kan?,”tanya Nasrullah mengingat. “Emergency, kasihan ustaz tu,”jawabku perlahan lantas pergi mandi.
2 jam telah berlalu. Langit Kaherah gelap. Pukul 6 lebih tadi telah maghrib. Orang sentiasa sesak di stesen metro ini. Metro sebenarnya merujuk kepada keretapi ala-ala LRT@Komuter  tapi lebih panjang, murah dan jauh lebih pantas. Jauh berpuluh-puluh kilometer pun tambangnya tetap 1 ginih (1 egyption pound= rm0.40).

Atas dasar tersebut metro merupakan pengangkutan utama di Kaherah. Who wants to pay more? Orang miskin pun mampu nak ulang-alik naik metro hari-hari. LRT@Komuter Malaysia? Dah la pendek, semakin jauh semakin mahal, kalau naik dari KL Sentral tu menuju ke Pelabuhan Klang, sesak sangat dengan orang. Waktu balik kerja janganlah naik komuter, sampai 3 kali komuter datang pun belum tentu naik lagi, dek padatnya dengan orang. Tambah la gerabak kalau dah tahu pelanggan bertambah. Research buat tak habis ~

Kaki dihayun keluar dari stesen metro sayeda Zeinab. Kelibat orang arab memenuhi ruang penglihatan. Nun di sana terlihat kelibat melayu yang tipikal di Mesir; berjubah @ baju Melayu, berkopiah dan tidak setinggi orang-orang Mesir. 2 kelibat di situ. Aku beranikan diri menghampiri mereka.

“Assalamualaikum, ni ustaz Farhan ke?” tanyaku lembut dibalas senyuman mesra Ustaz Farhan. Beliau mengangguk.

“Dah lama sampai? Ini Ustaz Ahmad ke?”tanyaku tergesa-gesa. Ustaz Farhan berjubah. Ustaz Ahmad memakai t-shirt. Tidak berkopiah seperti aku. Rambutnya panjang melebihi paras bahu. Kulitnya agak gelap. Matanya terpejam. Tangan kirinya memegang pemegang tangga. Tangan kanannya sangat kurus. Seluar jeans nampak lusuh. Beg sandang terpaut pada bahu.

“Kami baru sahaja sampai. Ini ustaz ahmad yang saya maksudkan,”kata Ustaz Farhan.

“Ni doctor Faizal?”kata Ustaz Ahmad. Aku dapat menangkap kata-katanya walaupun tidak terang sebutannya. Dia seumpama manusia bercakap dengan air liur penuh di mulut. Ku perhatikan sama ada mulutnya senget atau tidak. Tangannya kusambut untuk bersalam. Kutepuk belakangnya perlahan sambil tersenyum tanda mesra. Tanganku tersentuh tulang belikatnya (scapula) dengan mudah. Wasting. Segala kemungkinan penyakit yang menjadi sebab tersenarai dalam kepala, namun tidak teratur.

Ustaz Ahmad tidak mampu berjalan sendiri. Beliau mesti dipapah. Mulutnya tidak berhenti bercakap. Petah sungguh ustaz ahmad ini walaupun tak difahami hampir keseluruhan kata-katanya. Ustaz farhan sekali sekala bantu “translate”. Huhuhu. Kami berjalan agak-ahak 200 metre sebelum sampai ke pintu kecemasan hospital.
Kutunjukkan kerneh @kad ID ku kepada pengawal hospital.

“Meen da? (siapa dia?) Tanya pengawal sambil merujuk kepada dua ustaz yang bersamaku.

“Wahed menhom el-a3yan. Tany Sahby (salah seorang daripada mereka pesakit. Lagi satu kawan saya),”jawabku ringkas.

Pengawal lantas menghulurkan kerusi roda dan menyuruhku mengisi nama dan alamat ustaz Ahmad ke dalam buku log. Kuserahkan buku tersebut pada ustaz Farhan. Biar dia yang mengisinya. Aku tak tahu alamat dan no passport mereka.

Setelah selesai urusan tersebut, kutolak Ahmad ke dalam bilik casuality. Seorang pembantu perubatan lelaki sedang duduk mengisi borang sambil mengabil bacaan tekanan darah pesakit yang tiba sebelum kami. Wad kecemasan sesak dengan orang seperti biasa. Kadang-kadang sesak dengan pesakit, kadang-kadang sesak dengan pembantu perubatan yang suka berborak di kaunter, selalunya sesak dengan ahli keluarga pesakit.

“Law samaht, momkin awsa3 et-tareq syuwaiya?  Mosh hayenfa3 kollo nas hena (excuse me, boleh bagi ruang tak, tak boleh semua orang sesak-sesak di sini),”kataku pada nurse di kaunter. Beliau terus menyuruh pembantu perubatan mempersilakan ahli keluarga yang memenuhi ruang casuality supaya menunggu di luar.

“Esmak? raqam safar? Beteshteki men eih? (nama, no passport, sakit apa?),”Tanya abang yang duduk di casuality. Ustaz Ahmad tak dapat tangkap soalannya. Aku dapat kesan ustaz Ahmad lemah dalam bahasa arab pasar, namun boleh bertutur bahasa arab formal. Tak hairanlah dia tak faham.

Lantas kusuruh pembantu perubatan tersebut memanggil doctor yang bertugas di situ malam itu. Beliau lantas menjerit memanggil Dr Mostafa yang sedang berjalan di ruang wad. Seorang doctor arab lelaki tiga puluhan, berkulit putih dan sasa melintas masuk. “what does he has?” tanya beliau pantas kepadaku.

“He fall down 3 days ago in Turky suddenly, cannot walk alone unhelped. No loss of consciousness. Full Glascow’s Coma Scale. Since then he developed double vision (diplopia) and inability to speak normally, aphasia. He complained  of weakness on the right side of the body but gradually improved until now. He told me there is disturbed sensation but personally I didn’t examine yet. I left him walk alone just now and I noticed there is a deviation of gate to the right side, ataxia I mean. No difficulty in swallowing but drooling of saliva presents, no deviation of mouth. My provisional diagnosis is stroke. I don’t know the causes yet. We need Ct can or MRI soon enough,” kataku pemudah cara.

Doktor Mostada terdiam. Ustaz Ahmad di atas kerusi roda ditenungnya selama beberapa saat. Dia lantas mengeluarkan lampu suluh dan memeriksa mata ustaz Ahmad (extraocular movement). Muka ustaz Ahmad ditekan-tekan dan disuruh senyum untuk menilai 7th cranial nerve (saraf).

“can u ask him to stand and walk?” Tanya Mostafa. Ustaz Ahmad lantas bangun dan berjalan 2 meter sebelum hampir terjatuh. “Did he take drugs?”Tanya Mostafa. Aku yang tak tahu perjalanan hidup sahabt ini terus bertanya sama ada beliau mengambil dadah atau tidak. Beliau menafikannya.

Dalam kepala aku terlintas,”Mana ada pesakit yang mengaku ambil dadah walaupun pesakit tu ambil?”. Aku bertanya kepada ustaz Ahmad sekadar memenuhi permintaan Mostafa. Aku tak salahkan Mostafa pun, sebab tu memang perlu kami tanya. Dengan imej selekeh dan keadaan tidak terurus ditambah dengan rambut panjang yang kusut-masai, tak hairanlah kalau soalan tu muncul. Firasatku ustaz Ahmad tak ambil dadah. Beliau jalan terhuyung-hayang sebab otak Cerebellumnya turut tercedera.

“Wait here, we will send him now for CT,” kata Mostafa.

Aku berdiri di situ 5 minit sebelum menolak ustaz Ahmad ke bilik CT scan. Beliau masih kerap bertanya. Yang sakit badannya, mulut dia tidak. Penat menjawab, kemudian aku senyap.

Sebenarnya sejak dalam telefon tadi kusangka ustaz Ahmad mengalami stroke atau angin ahmar, Cuma sebab stroke itu sahaja yang tidak diketahui.  Untuk memudahcara, cara nak diagnosis stroke ni ada tips iaitu FAST

F-face-muka senget, atau muka lumpuh

A-arm-tangan lemah atau lumpuh, sama ada sebelah tangan atau kedua-duanya

S-speech-susah nak bercakap, atau cakap tidak difahami (slurred speech@aphasia). Untuk mengetahui bagaimana aphasia dizahirkan. Sila tonton petikan filem ini. (sila pause audio piano buat sementara untuk mendengar audio dari video ini)



T-time- ini SANGAT-SANGAT PENTING. Selalunya stroke ini disebabkan dua perkara; 1. Salur darah di kepala tersumbat atau bahasa perubatannya thrombosis 2. Salur darah di kepala pecah . Sekiranya stroke disebabkan thrombosis, pesakit PERLU DIHANTAR KE HOSPITAL SECEPAT-CEPATNYA dan rawatan TPA (tissue plasminogen activator) perlu diberikan sepantas mungkin supaya segala salur darah dapat dibuka kembali dan otak “bernafas” kembali. Sekiranya lewat, mungkin sel otak telah mati, TPA tidak lagi berkesan, dan lumpuh seumur hidup. Sekiranya stroke disebabkan sebab kedua, tiada apa yang mampu dilakukan kerana selalunya sel otak yang mati tidak lagi dapat diselamatkan.

Maka hubungilah 999 secepat mungkin atau hantar pesakit ke hospital dengan segera untuk menyelamatkannya.

Ada cara yang lebih mudah untuk memudahkan kalian memastikan angain ahmar ini iaitu STR

S- smile –suruh pesakit itu senyum

T-Talk- suruh pesakit bercakap satu ayat lengkap dengan jelas dan tidak gugup

R-raise hands- suruh pesakit mengangkat kedua-dua tangan ke atas

(kredit untuk aunty Siti Sakinah Meor Omar)

Kegagalan melakukan salah satu pergerakan tersebut  memerlukan anda menghubungi 999 secepat mungkin, lebih-lebih lagi sekiranya pesakit didapati terjatuh, kepala terhantuk, ada kecederaan di kepala, tidak boleh bangun selepas tidur atau ada darah tinggi dan kencing manis yang sangat susah untuk dikawal.

Ada sahabat saya telah membantu saya menjawab persoalan berkaitan dengan stroke di Cyberclinics.org. Anda boleh melayarinya di sini.

Aku belum confirm sebenarnya bahawa Ustaz Ahmad mengalami stroke. Stroke hanya disahkan selepas CT scan dibuat. Aku menolak ustaz Ahmad ke bilik CT scan. Ada banyak sebab stroke sebenarnya. Semua teka-teki bermain-main di kotak fikiran tatkala tangan mengusung kereta roda tersebut. Dia masih muda. Umurnya sebayaku 24 tahun. Thrombosis sangat jarang terjadi di usia muda. Salur darah pecah barangkali ya. Tapi dia tidak mengalami hantukan pada kepala atau terlibat dengan apa-apa kemalangan. Ustaz Ahmad hanya memaklumkan padaku bahawa dia terlibat dengan kemalangan dengan lori sehingga mencacatkan tangannya, tetapi peristiwa itu berlaku lebih 10 tahun dahulu. Jangkitan pada otak tidak mungkin kerana tiada “neck stiffness” atau pun demam. Ketumbuhan barangkali namun mengambil masa yang panjang, bukannya tiba-tiba terjatuh dan terus juling sebegini. D.S (demyelinating sclerosis) mustahil , histeria pun tidak. Aku terpinga-pinga.

Ustaz Ahmad masuk dan keluar dari bilik Ct scan 10 minit kemudian. Aku tolak beliau ke katil berhampiran dan menyuruhnya baring.

“Kita buat apa kat sini?”Tanya beliau berpuluh-puluh kali. Ayat tersebut difahami setelah diterjemah oleh ustaz Farhan. Berpuluh-puluh kali juga aku memujuk beliau untuk sabar menantikan keputusan CT scan.


Beliau tidak duduk diam. Beliau ingin segera bangun walaupun disuruh baring khuatir kepala terhantuk lagi. Tidak dipedulikan. Mulutnya tak berhenti bercakap. Sesekali terdengar dia menghirup air liur yang bertakung di dalam mulutnya (7th cranial nerve affection). Kasut tidak dibuka kerana ingin segera balik. Ustaz farhan , sahabatnya setia menunggu dan menjawab soalan yang tidak henti-henti daripada ustaz Ahmad.


Seorang jururawat masuk. “Nah, lancet,” tuturnya dalam bahasa arab. Kuambil darah di jari telunjuk kanan si Ahmad untuk pemeriksaan kencing manis. Tekanan darahnya sebentar tadi menunjukkan bacaan normal. Beliau tidak menghidapi penyakit darah tinggi yang seringkali menjadi sebab berlakunya salur darah pecah dalam diri pesakit stroke.

Tup Tup! Pintu bilik diketuk.

Seorang doctor lelaki yang jernih mukanya dan berjambang masuk. Di tangannya terdapat fail CT scan. Aku berdebar. Ahmad cuba bangun namun kuhalang dan menolak dadanya supaya baring ke atas katil. Ustaz Farhan membisu. Sunyi.

“Dr Faisal, can you come with me?”

Akur. Langkah berat kuakur. Mungkin kali ini disebabkan pesakit ini pesakit Melayu dan sakitnya bukan sakit biasa, jantungku macam nak luruh.

Doktor Khaled lantas mengambil Ct scan dan meletakkannya ke kotak putih berlampu untuk membantu penglihatan. Kubuka mataku luas-luas.

“You know what is this?”tanyanya monotonous. Kuperhatikan secara terperinci. Mistake is not allowed in medicine. Sukar diamalkan prinsip ini kerana doktor manusia biasa yang membuat kesilapan. Kulihat lagi. Nafasku berbunyi, dengar di telinga sendiri.

Intracranial hemorrhage. Brainstem level” tuturku perlahan. Mataku masih terpaku pada kepingan CT-scan tadi. Ustaz Ahmad disahkan mengalami stroke. Salur darah di kepalanya pecah. Setitik darah sebesar duit syiling 5 sen terzahir pada CT-scan. Punya perfectnya ciptaan Allah. Tak ada defect pun sepatutnya pada manusia normal. Allah jadikan pendarahan SETITIK sahaja di otak brainstemnya, kucar-kacir hidup manusia. Subhanallah.

Dr Khaled pandang aku. Aku memandangnya kembali. “What can we do?”tanyaku.

“Nothing” jawabnya ringkas, seperti yang dijangkakan. Sekiranya salur darah pecah di otak Cerebrum, masih berpeluang untuk melakukan pembedahan dan mengeluarkan darah tersebut. Begitu juga sekiranya salur darah pecah di otak Cerebellum. Hal yang amat mengecewakan sekiranya salur darah pecah di otak Brainstem. Brainstem adalah kawasan yang sangat sensitive. Pusat pernafasan manusia dia situ. Fungsi mata, muka,leher,bahu,lidah, tekak dan sebagainya semua di brainstem. Salah sentuh sahaja kawasan ini pesakit tidak lagi bernafas dan mati. Oleh yang demikian doctor pakar bedah saraf yang kutemui pada malam itu tidak membenarkan pembedahan dilakukan, hanya supportive measure.

Kumaklumkan pada Ahmad dan farhan mengenai perkara tersebut. Tiada pembedahan dapat dilakukan. Hanya tunggu dan lihat. Sama ada darah tersebut hilang sendiri atau sebaliknya. Cuma yang pasti perkara ini memakan masa, mungkin berbulan-bulan, mungkin bertahun-tahun, mungkin selamanya.

Ahmad yang bermulut murai terus diam tidak bersuara. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian syariah di Universiti Azhar dan bercadang untuk balik pada minggu hadapan, mencari kerja dan berkahwin secepat mungkin. Di mindanya seolah-olah semua harapan musnah. Mata dah tak nampak, mulut ada masalah, nak berjalan tak boleh, berdiri tegak akan tak stabil dan jatuh. Matanya merenung lantai. Mulut bisu. Farhan senyap. Bilik itu sunyi.

Perkara yang paling menyeksakan diri ini adalah untuk menyembunyikan emosi. Tidak patut sama sekali aku bersedih di hadapan pesakit. Kucuma mampu mengetam gigi. Kuhembus nafas dan terus keluar mendapatkan dr Khaled. Kami berbincang lebih kurang 15 minit sebelum  kumasuk kembali ke bilik.

“Sekarang kita tunggu apa? Baik balik ajer Malaysia sekarang,”tuturnya sayu. Kutidak membalas. Seorang jururawat masuk. canula dipasang pada tangan kanan ustaz Ahmad. Kulantas menggapai jarum suntikan dan menyuntik 2 ml Mannitol  ke dalam air saline yang disambungkan canula tersebut.

“Ustaz Ahmad bertenang dan rehat. Saya nak cakap sesuatu. Kami akan buat MRI pada esok hari untuk mengenalpasti sebab stroke ni, mana tahu kalau dengan mengetahu sebab ini kita boleh rawat ustaz. Tadi saya bagi mannitol, biar ustaz kencing skit, ini untuk kurangan brain oedema, otak dalam tu bengkak, jadi kita bagi kencing, kurangkan air dalam otak supaya kurangkan kebengkakan dan kurangkan compression atau tekanan dalam kepala,” tuturku. Aku yakin 100 % dia tak faham apa aku cakap, ditambah dengan tekanan perasaan yang dialaminya sekarang.

“Ustaz Ahmad harus bersyukur. Orang yang kena stroke selalunya hilang nyawa, nauzubillahi minzalik,tetapi ustaz Ahmad tidak. Allah bagi kesempatan pada kita untuk bertaubat dan menambah bekal kita di akhirat. Ada ramai lagi orang yang tidak mendapat nasib sebaik kita. Semua itu dah ditentukan Allah, ada hikmahnya. Buat masa sekarang kami tak benarkan ustaz Ahmad pulang ke Malaysia kerana takut komplikasi sewaktu dalam kapal terbang nanti kerana perubahan tekanan udara.


Saya nasihatkan ustaz Ahmad stay dulu di hospital ni sambil kami follow up kesihatan Ahmad. Esok kita buat MRI dan tengok macam  mana. Sekiranya ada yang boleh kami lakukan, kami akan buat. Tapi ustaz kena admitted dulu di hospital,”tuturku panjang lebar. Ustaz Farhan membantuku memujuk ustaz Ahmad dan akhirnya beliau akur berada di hospital.

Setiap hari 2 kali suntikan mannitol diberikan. Beliau akan dapat melihat tanpa ada penglihatan bertindih buat sementara sejurus mannito diberikan. Cuma keluar masuk tandas secara kerap tidak dapat dielakkan. Hampir seminggu lamanya tidur dan studiku tidak menentu sedangkan peperiksaan besar penghabisan hanya tinggal 2 minggu. Tengah malam sampai di rumah, hatiku tak tenang tidur, habis semua buku dan sumber internet ku geledah mencari sebab berlakunya stroke pada usia semuda 24 tahun. 2 malam tak tidur sebab kena cover study. Sakit kepala silih berganti, panadol menjadi teman sejati.

“We didn’t find any cause of the stroke from the MRI,”kata neurosurgeon ini di biliknya kepadaku secara personal. Tangan dan mataku ligat memerhatikan MRI yang agak sukar ditafsirkan. Perlukan training.

“What else can we do now?”tanyaku.

“We can do arteriography to see specific lesion,”jawabnya ringkas.

“I didn’t agree. This procedure is invasive. Even if we know the cause, it is impossible to do any other intervention. Besides, the procedure is too expensive,”kataku tegas.

Neurosurgeon itu hanya mengangkat bahu dan tersenyum.

“Same opinion with you. Continue with mannitol. I will make a reference letter for him to bring in Malaysia. He can continue the treatment there,”jawabnya. Kuucapkan terima kasih dan mengorak langkah keluar dari biliknya.

Hari tersebut hari keempat Ustaz Ahmad ditahan wad. Emosinya kembali ceria. Ramai sungguh sahabat-sahabat beliau menziarahinya. Makan sama, duduk sama, tidur atas katil sama-sama, kena halau balik oleh pengawal pun sama-sama. Huhuhu

Walaupun imejnya yang tidak terurus itu tak menggambarkan peribadi seorang graduan pengajian agama, pendapatku lama-kelamaan terkikis atas peribadinya. Beliau jujur, peramah, tv di dalam bilik sentiasa dibuka bacaan ayat suci-suci al-Quran. Dia tidak dapat melihat secara jelas kerana semua yang dilihatnya menjadi dua dan memeningkan beliau, lantas beliau hanya menutup mata setiap waktu, hanya buka sebelah mata kadang-kadang. Mulutnya walaupun tidak dapat makan dengan betul dan nasi bersepahan di atas meja , makan seumpama kanak-kanak, mulut ini jugalah yang mengikuti setiap bacaan al-Quran yang tersiar di tv. Beliau seorang hafiz al-Quran. Telinganya masih bernyawa. Ayat yang didengar ditasmi3.

Aku seringkali terpaku melihat peribadinya. Diriku yang sihat walafiat, berapa banyakkah ayat Quran yang dibaca setiap hari?dihafal?diperdengarkan? Secara jujurnya bacaan, dan hafalan buku-buku perubatan berpuluh-puluh kali ganda lebih banyak daripada bacaan dan hafalan al-Quran.
Aku pulang malam itu dengan seribu satu rasa bersalah pada Allah. Sampai sahaja di bilik, terdapat satu bungkusan di atas meja, tertulis “To:Faizal , A Token of Appreciation from Aunty sakinah."-terima kasih aunty-

Photobucket

Kubuka bungkusan tersebut dan senaskhah al-Quran kecil zahir di pandangan mata. Aku termenung seketika memikirkan hidayah yang Allah beri. Tak tergambar apa perasaan yang tersisip disanubari. Kuambil wudhuk dan baca ayat-ayat suci dengan nada yang sungguh…….........…sayu.

“Saya dah tulis apa yang pakcik boleh usahakan untuk anak pakcik. Sampai sahaja di Malaysia, dapatkan rawatan dari mana-mana doctor saraf. Buat masa ini ustaz Ahmad kena solat duduk. Ada kecederaan pada otaknya yang menyebabkan dia tidak dapat menganggar jarak dengan lebih tepat. Jika dia solat seperti biasa dan sujud, dia rasa kepala dia dah sampai ke lantai tetapi hakikatnya masih jauh, maka kepalanya akan tersembam dan terhantuk ke lantai. Ini sangat bahaya kerana stroke boleh jadi lebih parah,”kataku pada bapa kepada ustaz Ahmad yang tiba ke Mesir dari Malaysia pada hari keenam ustaz Ahmad ditahan wad.

Bapanya, ustaz Ahmad dan sahabat-sahabat mengucapkan terima kasih. Kurasa waktu tu diriku manusia paling bahagia, terasa diri dihargai. Sesuatu yang jarang berlaku dalam hidup kami. Yang selalu hanya makian, silap sikit kena saman. Ermm

Kami mengabadikan gambar bersama-sama dengan kamera milik bapa ustaz Ahmad dan berpelukan di luar masjid sebelum ustaz Ahmad melangkah pulang ke Malaysia dan kuteruskan perjuangan yang belum selesai di waktu itu. Shafakallah. Jangan berputus asa dari rahmat Allah.

p/s: buat junior-junior yang masih menuntut, bantulah sahabat-sahabat yang sakit lebih-lebih lagi apabila kita sama-sama di rantau orang. Mana ada pelajar perubatan yang tidak sibuk? (sepatutnya sibuk). Berkat secebis bantuan ini, Allah dah tolong abang waktu exam final tempoh hari. Dikehendaki manage pesakit STROKE dari awal exam clinical sampai akhirnya termasuk peperiksaan oral. Alhamdulillah, percayalah dengan bantuan Allah. Ilmu jangan ditinggalkan, tanggungjawab jangan diabaikan. Semoga Berjaya !

Comments

salam doktor,
sy fhm karier sbg doktor sgt sibuk tetapi alangkah ruginya jika akibat kesibukan itu doktor berhenti menulis dan bkongsi pengalaman. kalau tak kerap pun, sesekali mcm ni pun memadai. sy yakin belum ada doktor yg menulis mlalui pendekatan begini. terasa sgt jujur dan hampir.

ianya bukan saja bagus utk pesakit (tak kiralah apa jenis penyakit pun),pelajar, bakal2 doktor, masyarakat dan sesiapa saja.

moga Allah memberikan rahmat dan kesihatan yang berkekalan. tuan insan terpilih.
As said…
Apabila kita memudahkan urusan saudara kita, Allah pasti memudahkan urusan kita pulak :)
ada kelebihan pada sesuatu, jangan kita lokek membantu :)
Rabbuna yusahhil~
kucIngbUnge said…
subhanallah..
speechless.
may Allah bless u always~
HH said…
masya Allah :')
anboosan said…
bro. aku suka blog ko. teruskan menulis lagi cerita2 saspen ko..

rabbuna ma3k.
fay said…
terharu baca..
fay said…
best citer.. heheh
:) said…
terkedu~
subhanallah.Allahuakbar.

Moga sentiasa dalam rahmatNya.IA.ameen.
ana said…
subhanallah..x sabar nak habiskan sisa 5tahun lg=)syukran 4 d remind..
c.i.k.m.a.d.i.e said…
suka bace cherite pasal dokter2..pernah bercita2 menjadi seorang dokter tp sy bukan insan terpilih. mungkin tidak mampu mnjadi sperti kalian.
akhirnye jalan yg laen Allah buka untuk sy..
may Allay bless u always :)
Q said…
Assalamualaikum.. bagaimana harus aku mulakan? kagum dengan kebaikan kamu.. aku habiskan sebahagian zaman remajaku di hospital.. bukan sebagai seorang doktor.. tp sebagai penjaga pesakit.. insan2 yang aku kasihi.. aku masih menuntut.. namun.. bukan dalam bidang perubatan.. ada kaitan tapi bukan perubatan. apa yang aku mahu tekankan ialah.. jadilah seorang doktor yang benar2 mahu membantu sesama manusia.. bukan kerana title semata2.. kerana sepanjang aku menjaga insan2 yang aku kasihi.. aku hanya nampak insan yang bergelar doktor yang bangga dengan gelaran itu.. apa yang kamu lakukan adalah baik.. semoga istiqamah.. kamu sewajarnya bersyukur.. diizinkan Allah berbakti dengan kurniaan-Nya.. tak seperti aku.. yang hanya mampu mendengar doktor berbincang sesama mereka ketika melawat insan2 yang aku kasihi.. huhu.. skali lagi.. semoga istiqamah.. aku tak mampu menjadi spt kamu.. semoga dengan pemberian Allah ini, kamu menjadi lebih baik dan dipermudahkan.. amin ya Allah..
Anonymous said…
salam...sy rasa panadol x baik utk kesihatan klu sentiasa dijadikan teman...
Sakinah Omar said…
Salam Faizal,
Hari ini baru Aunty terbaca entri ini.Mulanya Aunty terkejut bila Faizal bagi kredit kat Aunty tentang STR sebab Aunty sendiri pun dah lupa.
Kemudian terkejut kali kedua tentang pemberian Quran tu.Tak tau pula Faizal merakamkannya semua di sini.
Apa yang boleh Aunty ucapkan selepas membaca entri ini hanya Subhanallah.Bagaimana Allah mengatur segalanya untuk berlaku pada waktu yang sungguh 'precise'.Maha Suci Allah.Jauh perjalanan Quran itu.Menunggu diambil dari pejabat Aunty sudah berminggu-minggu.Nak diterbangkan ke Cairo pula dan seterusnya diserahkan pada Faizal juga mengambil masa.Namun Faizal terima pada waktu yang sungguh 'kena'.Alhamdulillah.
Sungguh tak rugi bila kita membantu orang.As the saying goes "What goes around comes around".
Thanks Faizal for this meaningful entry.I have benifited from it spritually intensely.
Keep on reading the Quran and do take time to read its meaning.Semoga Aunty juga dapat tempias pahalanya. Ameen.
Anonymous said…
My patient 24 year old male , an army with hx of smoking since 11 years old , on admission high bp 156/94mmhg. On ct scan very suggestive of thrombotic stroke. Just wanna share, now anything can happen at young age :(

Popular posts from this blog

Study la wei!

Pesakit Mati !!

Sakaratul Maut (2011)